"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, December 31, 2008

kecundang di tengah jalan...

sedih ada, malu ada, rasa rugi pun ada bila mengenangkan nasib yg telah menimpa...mungkin bukan rezeki ku kali ni...ataupun mngkin juga akibat kesilapan diri sendiri yg agak leka dan kurang bersungguh2...wlaubgmanapun itulah hakikatnya...aku x dpt meneruskan pelajaranku diperingkat sarjana sains sukan di UiTM Shah Alam apabila keputusan yg keluar baru2 ini menyaksikan aku telah gagal dan diberhentikan dari kursus tersebut...

mmg agak teruk keputusanku utk semester yg lepas...mngkin ini satu lagi pengajaran dari-Nya utk aku muhasabah diri kembali...insyallah, aku akan terima dgn hati yg tenang dan terbuka... bukan salah org lain pun, salah diri sendiri jgak...aku percaya, keputusan ini juga telah mengecewakan beberapa pihak terutamanya ibubapaku sndiri...walaupun mereka tak menunjukkan sgt reaksi kecewa, tp aku pasti mereka kecewa..."maafkan saya mak, ayah..."

utk jangka masa terdekat ni, aku masih belum merancang utk menyambung semula...skrg ni, nk fokuskan pada kerjaya dahulu...kalau ada rezki dan diizinkan ALLAH swt, aku akan teruskan cita2 ini pada masa akan dtg...semangat utk mendapatkannya masih menebal dlm hati ini...namun, masa yg akan menentukannya...insyallah, aku akan cuba lg...

cuti oh cuti...

lama gak aku ambil cuti utk habiskan baki cuti aku utk tahun ni...dari 22hb hari tu, smpai la 31hb ni...tp kadang2 tu dtg gak opis, saje tgk kot2 ada keje yg perlu di setelkan...hari ni pun masuk opis gak, dh lama sgt tak jengok blog...dh bnyk ketinggalan crita2 mengenai shbt2...bnyk episod suka dan duka perjalanan hidup ini dlm tempoh 2,3 minggu kebelakangan ni...

lagi beberapa jam lg, kita akan melangkah ke tahun baru 2009...maka bermulalah satu lg episod perjalanan sebuah kehidupan ini...dlm masa cuti ni, dh biasa bangun lewat...biasanya lepas subuh terus tido blk smpai kol 9, 10 pagi...pasni kena la bangun awal blk, haha...smoga tahun akan dtg akan lebih baik dari tahun2 sebelum ini, insyallah...

Tuesday, December 9, 2008

salam aidiladha...


selamat menyambut hari raya aidiladha @ hari raya korban 1429 hijrah...sama2lah kita berkorban ke jalan ALLAH swt...smoga segala pengorbanan yg telah dilakukan, diberkati oleh-Nya, insyallah...

Wednesday, December 3, 2008

tahniah sahabat...

sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada sahabat2 dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam diatas kejayaan menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-69 UiTM

tahniah kepada ustat @ barakah, abe @ andaiku tahu, mus @ w.g.t.e, mie @ tropic puppet, dan sahabat2 yg lain…smoga sgala ilmu yg diperolehi diberkati-Nya serta dpt digunapakai dan dipraktikkan di masa akan datang demi kemajuan agama, bangsa dan negara, (ceewah ayat, hehe)...

selamat bergelar 'alumni UiTM'...

Monday, December 1, 2008

s.u.a @ a.u.g 2008


Sukan Universiti Asean ke-14 2008
11 - 21 Disember 2008
Kuala Lumpur, Malaysia

aku telah mendapat amanah dari bos utk melibatkan diri dlm temasya sukan ni sbg sekretariat bersama2 Majlis Sukan Universiti2 Malaysia (MASUM) dibwh bahagian persediaan atlet...aku merupakan wakil tunggal dari MSN sbg sekretariat...yg lain pun ada terlibat, tp kebanyakan mnjadi jurulatih dan pengurus pasukan...

bermula dari 27hb Nov hingga 7hb Dis ni, kem centralized training di UPM...pastu, rehat jap raye haji...pastu 9hb smpai 21hb Dis, bermulalah cabaran kontinjen Malaysia ke kejohanan tersebut...sama2lah kita mendoakan kecemerlangan kontinjen negara dan sama2lah kita menjayakan Sukan Universiti Asean ke-14 2008 ini... "Malaysia Power"...

Friday, November 28, 2008

sambung kontrak...


alhamdulillah…itulah ungkapan yang perlu dilafazkan terlebih dahulu setelah mendapat surat Tawaran Perlantikan Secara Kontrak utk tahun 2009 dari salah seorg staff di opis ni…ini bermakna, kontrak aku di MSN akan disambung utk tempoh setahun lg…alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi rezki pada hambaNya ini utk terus bertugas di sini…

aku ckup risau jika kontrak aku tak disambung atau ditamatkan…manalah aku nk cari kerja lg…bukan senang nk cari kerja skrg…setakat ni, aku rasa sgt seronok dan ckup selesa bekerja disini…kerjanya juga agak mencabar dan tidak membosankan…bnyk bnda yg aku boleh belajar dan dpt disini…cuma skrg ni, aku berdoa agar dapat diserapkan ke jawatan tetap disini kalau ada rezki, insyallah…

tp yang penting, aku harus tunjukkan prestasi kerja yg bagus dan disiplin yg baik terlebih dahulu...smoga aku dapat mnjalankan amanah yg telah diberikan dgn baik, insyallah…

Monday, November 24, 2008

zoom malaysia...


semalam dan kelmarin (sabtu & ahad) merupakan hujung minggu yg sgt seronok dlm tempoh beberapa mnggu yg lepas...selama 2 hari aku berada di tapak letak kereta komplek membeli belah one utama di damansara bagi membantu syarikat TEAMTACT (Total Adventure Consulting & Training) serta beberapa rakan dari PERLU (Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar) mengendalikan xtvt flying fox dan wall climbing bersempena dgn karnival ZOOM Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia.

aku x ketinggalan menyibukkan diri dlm mengendalikan xtvt flying fox dan wall climbing...dapat jugak aku melepaskan gian utk buat xtvt2 outdoor ni...selama 2 hari tersebut, dari pagi hingga ke malam, x putus2 org ramai mencuba xtvt tersebut sbb ianya percuma kepada semua pengunjung yg dtg...mmg badan agak penat sikit, berpanas dan berhujan...tp hati aku betul2 seronok dpt join semula xtvt2 yg sering aku lakukan zaman belajar dulu...setelah mengharungi beberapa minggu yg lepas2 dgn kerja, bengkel, exam dan sebagainya, akhirnya hujung mnggu ni dpt jgak release tensen dgn wat xtvt2 outdoor tersebut dan bergembira brsama kwn2...fuh, lega rasanye, hehe...

hrp2 lepas ni berpeluang lg join xtvt2 outdoor...trima kasih bnyk2 pada shawn, mus dan yasir dari TEAMTACT selaku majikan utk prgm tersebut serta ajoy, amnan, mubin, safwan, lenny, angah, dan diella@ayg yg sama2 membantu dlm prgm tersebut...hari ni, org2 kt opis semua tanye, "baru blk picnic kt laut ke..." muka sudah rentung, kulit pun sudah pedih2 sbb berjemur tgh panas, haha...gelap pun gelaplah, janji hati hepi, haha...

Friday, November 21, 2008

pekak ke aku...

nak kata pekak, tp aku dgr...ntah la, mngkin ada sound trouble skit kot telinga aku ni...tp nk kata ada masalah pendengaran pun, rasanya xde, sbb aku dpt dgr semua bunyi di sekeliling aku...malah, kadang2 bunyi yg perlahan dari jarak jauh pun aku masih boleh dgr kalau aku amati btol2...

cuma kdg2 kalau seseorg bercakap dgn aku secara spontan, aku xdpt nk tngkap apa yg org tersebut katakan pada aku...selalunya, aku akan bertanya kpdnya semula kali kedua utk memastikan apa sbnrnya yg org tersebut katakan...masa study kt U dulu, kwn2 rapat aku pun dh tahu keadaan aku ni...ustat, yasir, rock dan bebrapa org lg yg rapat dgn aku...bila dorg ckp, aku mesti sruh ulang blk...kdg2 smpai 2, 3 kali, haha..."hish, ko ni pekak ke apa...?" ungkapan yg sering terkena btg hidung aku, hehe...

skrg ni, ia berterusan plak kt opis aku ni...beberapa org di opis ni termasuklah bos aku pun dh perasan keadaan aku ni...kdg2 aku rasa bersalah jgak sbb sruh bos aku ulang blk arahan yg diberikan pada aku...tp kalo x tnye blk nti, langsung tak tau plak...ada skali tu, bos aku sruh telefon salah sorg pegawai kt opis aku ni sbb nk jumpe pegawai tersebut...masa aku col tu, aku dgr pegawai tersebut ckp, dia ada kt ISN...so dgn konfidennye aku ckp kt bos yg pegawai tersebut ada kt ISN...selang beberapa minit lepas tu, bos aku pnggil aku blk...rupa2nya dia sendiri dh col pegawai tersebut dan dia bukan di ISN sebenarnye, tp di FAM...aduh malunye, cmne la aku boleh tersalah dgr FAM jadi ISN, huhu, kantoi2...

mngkin sbb malas korek telinga kot, haha...tp setakat ni aku rasa dh abis dh bijih timah dlm telinga ni aku korek...skrg ni yg kena mengadap masalah ni makwe aku la, diella @ warna warni kehidupan, hehe...kdg2 tensen gak dia sbb aku asyik x berapa dgr ckp dia, hehe...mngkin bkn sbb telinga kot...mngkin jgak sbb otak aku yg lmbt skit nk menerima input secara spontan ni kot, wallahualam...hrp2, ni bukan satu nikmat yg ditarik sedikit2 oleh ALLAH swt...aku x dpt bygkan kalau salah satu pancainderaku ditarik oleh ALLAH swt, astarfirullahalazim...ya ALLAH, ampunkanlah dosa hamba ini...jadikanlah aku insan yg sentiasa bersyukur ya ALLAH, amin...

bersyukur sebelum ditarik semula...

Secara umum, nikmat dikurniakan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, nikmat bersifat fitri atau asasi iaitu nikmat diterima manusia sejak dilahirkan lagi. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat diterima dan dirasakan mengikut keadaan dan waktu.Nikmat bersifat fitri itu digambarkan Allah dalam firman-Nya bermaksud, "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (Surah al-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Namun mereka dilengkapi dengan alat diperlukan dalam perjuangan hidup ini. Dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan akal fikiran.Adapun nikmat mendatang itu pula ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala sesuatu yang ada dalam dunia ini, bermula daripada tanam-tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan hasil dari perut bumi, semuanya disediakan semata-mata untuk dimanfaatkan umat manusia.

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah. Nikmat dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang sesiapapun.Lazimnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari betapa berharganya nikmat dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (diambil kembali oleh Allah).Misalnya, mata menjadi rabun, telinga menjadi pekak, kaki patah dan tangan putus. Apabila perkara ini berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah amat terasa kehilangan nikmat dan kekurangan diri.

Sesungguhnya nikmat kesihatan amat dirasai apabila seseorang itu sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat; dan akan merasa sebaliknya jika dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya. Oleh itu, peliharalah setiap nikmat yang diperoleh itu. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekal-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah akan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah untuk melakukan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.


oleh Mohd Shukri Hanapi...
Berita Harian (21 Nov 08)...

Wednesday, November 19, 2008

bengkel pelan periodisasi 2009...

dh 2, 3 hari x bukak blog...ni bru je smpai opis, trus jengok blog...alhamdulillah, ramai shbt2 yg update blog masing2...at least dpt gak tau khabar berita shbt2 semua walaupun jarang berjumpa...

3 hari 2 mlm aku berbengkel di hotel palm garden di putrajaya...bengkel kali ni agak sibuk sedikit merancang prgm2 latihan dan kejohanan, termasuklah hal2 berkaitan atlet utk tahun 2009...semuanya perlu disiapkan dgn cepat supaya x kelam kabut hujung tahun nnti...

tahun depan, aku diberi tnggujwb menguruskan sukan Lawn Bowls dan satu lagi sukan baru iaitu Hoki Wanita...sukan Bina Badan dan Ragbi akan diserahkan kpd pengurus sukan yg lain...so, bermula dari bngkel ni, aku dh pun didedahkan dgn sukan baru ini...insyallah, aku akan buat yg terbaik utk kemajuan sukan2 tersebut...

lepas ni pasti lg sibuk utk finalize apa yg telah diputuskan dlm bngkel tersebut...sgala yg telah dirancang perlu dibentangkan kepada pihak atasan...smoga tiada masalah besar utk sukan aku ni, insyallah...

Friday, November 14, 2008

hepi besday syg...

hepi besday 2 u...hepi besday 2 u...hepi besday 2 u syg...hepi besday 2 u...

tanggal 13hb November 1987, tepat jam 6.33 ptg, di hospital besar kuala lumpur, lahirnya seorg bayi perempuan yg diberi nama Siti Fadhilah bt Abd Hamid...

semalam, 13hb November 2008, genaplah umur insan tersebut 21 tahun...abg doakan ayg sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera, dipnjgkan umur, dimurahkan rezki, dikuatkan keimanan, diberkati segala kurniaan, dan dipermudahkan segala urusan dan niat yg baik...abg doakan ayg sentiasa tabah dlm mengharungi sgala dugaan dan cabaran dlm hidup...smoga ayg dpt mencapai cita2 yg diimpikan...insyallah, abg akan sentiasa bersama ayg...

semakin meningkat umur, semakin besar tngjwb yg perlu dipikul sbg khalifah ALLAH swt dibumi ini... semakin meningkat umur, semakin juga kita mendekati penghujung perjalanan... smoga hari ini akan lebih baik dari semalam...ayg dh semakin dewasa, warnailah perjalanan ayg dgn warna warni yg indah...jauhilah ia dari dikotori dan dicemari...sekiranya tercalit sedikit kekotoran, cucilah ia segera agar warna warni tersebut kekal bersih dan terus berseri...

salam sayang...
hepi sweet 21...; )

Monday, November 10, 2008

dah balik...

salam shbt2 semua...

alhamdulillah, aku dh selamat pulang semula ke tanah air...aku dh smpai hari khamis lepas, pkul 3.45 ptg...maaf x dpt nk update blog sgt...blk2 je trus keje, bnyk plak hal2 keje yg perlu diselesaikan...maklumlah, dh hujung2 tahun ni...kena wat preparation utk program2 dan kejohanan tahun depan...esok dan lusa plak kena hadir konvensyen sukan di PWTC...mnggu dpn pun ada bengkel pelan periodisasi selama 3 di hotel palm garden...

lebih kurang seminggu aku di Shenzhen...satu pengalaman yg menarik dan seronok...kalo nk diikutkan, mmg bnyk cerita2 yg ingin dikongsi bersama...insyallah kalo brkesempatan, aku akan kongsikan pengalaman dan kenangan2 ku disana...disana pun, ada jgak bukak blog sekali sekala...cuma x brkesempatan nk post cerita2 disana...dok hotel pun utk tido je...dari awal pagi smpai lewat petang, dok di venue aje...

alhamdulillah, pasukan lawn bowls kebangsaan telah memenangi 7 dari 10 pingat emas yg dipertandingkan...pasukan wanita menyapu bersih kesemua 4 emas yg diprtandingkan dalam kategori Singles, Pairs, Triples dan Fours...lelaki pula hnya mendpt emas dlm kategori Singles... dua lagi emas melalui kategori Singles U25 lelaki dan perempuan...tahniah buat pasukan lawn bowls Malaysia...semoga terus maju dlm memartabatkan sukan lawn bowls dipersada antarabangsa...

Thursday, October 30, 2008

shenzhen, tunggu…

insyallah, ptg ni jam 4.50 pm aku akan berlepas ke Shenzhen, China...bandaraya yg terletak di daerah Guangdong dan berhampiran dgn Hong Kongperjalanan mngkin akan mngambil masa kira2 4 jam…insyallah aku akan sampai di sana jam 8.45 mlm ni…

tak dpt bygkan mcmmana keadaan disana…org kata sejuk, ntah lah…hrp2 tiada aral melintang…hrp2 semuanya berjalan lancar dan dijauhi dari sebarang masalah dan bala bencana…smoga dpt mnjalankan amanah yg diberi dgn baik…pertama kali nk tinggalkan tanah air yg tercinta ni, ceewah, hehe…

insyallah, 6hb ni aku pulang semula ke tanah air...kejap je pun, seminggu je...untung2 dpt la jumpe jacky chan ke, jet li ke, ekin cheng ke, stephen chow ke, squ ki ke, zhang zee yii ke, huhuhu...x pun jumpe yasir foo pun bleh la, huahaha…(jgn marah yasir..;p)

so, mngkin blog perjalanan ni akan berehat selama seminggu...tp kalau boleh pakai internet disana, insyallah blog perjalanan akan terus aktif...doakan perjalanan ku shbt...terima kasih…

Friday, October 24, 2008

exam oh exam...

mnggu dpn bermulalah final exam bg stdent2 uitm shah alam sehingga pertengahan bulan hadapan…aku juga tak terkecuali mnduduki exam utk sem ni…cuma bezanya exam aku takde jadual yg tetap, bergantung pada lecturer dan stdent…ahad ni, 26hb aku ada exam paper sport psychology…

aduh, pening gak memikirkannya…mmg membuatkan aku psycho,haha…study pun ntah apa2 ntah...konon2 nk stdy lepas waktu keje kt umah, tp kdg2 note tu yg baca aku blk...toyol pun ada la buat sikit2…tp jgn salah phm, toyol ni toyol baik tau, dia x ikut masuk dewan peperiksaan, haha…pape pun, exam lg sehari dua je lg…ntah apa pulak la soalan yg bakal keluar…pasni ada lg 3 paper lg, aduh…hrp2 xde masalah dan boleh jwb, wallahualam…

"ya ALLAH, tenangkanlah hati hambaMu ini...kuatkanlah semangat ku serta permudahkanlah aku utk menduduki peperiksaan ini ya ALLAH…berkatilah ilmu yg aku perolehi…sesungguhnya aku memohon hanya padaMu ya ALLAH…amin…"

Wednesday, October 22, 2008

keli kenyir...

baru2 ni aku ada dpt email...tjuk dia 'ikan keli kenyir'...trperanjat jgak masa tgk gmbr ikan keli tu...masyallah, besarnye...betol ke ni, mmg ada ke ikan keli besar mcm ni kt tasik kenyir tu... bukan apa, aku x la pelik sgt sbb dia besar...ALLAH swt tu maha mencipta kn...

cuma teringat masa pegi sana, bukan main syok mandi-manda dlm tasik tu...tp mngkin tmpt yg aku pergi tu xde ikan2 mcm ni sbb kwasan resort dan bnyk bot lalu lalang...shbt2 aku pun ramai yg selalu pergi ke sana dan ada juga yg menetap lama disitu...mngkin dorg pun penah nmpk atau tau kewujudan ikan2 besar mcm ni...peh, kalo saiz mcm aku ni, skali je dia telan,hehe...eh, ikan keli makan org ke...?

Friday, October 17, 2008

pertama kali...

smlm merupakan satu lg permulaan utk aku melakar sejarah baru dlm perjalanan ku ini…alhamdulillah, surat permohonan tugas ke luar negara yg telah aku isi sebelum raya hari tu telah pun disokong oleh pengarah cwngan ku, dan telah diluluskan oleh ketua pengarah utk aku memantau kejohanan asian lawn bowls championships 2008 yg akan berlangsung di Shenzhen, China pada 30 okt – 6 nov ni…

teruja jgak aku smlm…mklumlah, kalo tiada aral melintang, inilah kali pertama aku akan ke luar negara sejak 24 tahun aku hidup ni, huhu...seronok pun ada, takut pun ada gak sbb x pernah merasa pergi ke negara org…

insyallah, aku akan ke sana bersama atlet dan jurulatih lawn bowls kebangsaan...sbnarnye kejohanan akan tamat 9hb dan dorg semua akan blk pada 10hb…tp aku ada bengkel plak 10 – 11 nov ni, so aku kena la blk awal sket…

bg yg masih belum tahu, sbnrnya di msn ni aku bertugas sebagai pengurus sukan bagi sukan lawn bowls, bina badan dan ragbi…so sgala urusan berkaitan latihan, kejohanan dan sgala hal ehwal atlet dan jurulatih kebangsaan dlm sukan2 tersebut adalah dibwh tnggugjwb aku…bile ada kejohanan2 besar mcm ni, slalunya kami berpeluang utk ikut memantau…tp bukanlah utk semua kejohanan…

harap2 tiada la masalah utk kesana…stakat ni urusan utk atlet dan jurulatih telah hmpir selesai dgn kerjasama dari persatuan...cuma aku je la yg x setel lg, passport pun belum ada lg, huhuhu...kena la buat selewat2nya mnggu dpn…doakan semua berjalan lancar ye, terima kasih...

Tuesday, October 14, 2008

warna warni kehidupan...

alhamdulillah, akhirnya muncul juga blog yg telah lama aku nanti2kan...wahai rakan2 bloggers sekalian...memperkenalkan blogawan "warna warni kehidupan" @ http://ctfadhilahamid.blogspot.com

selamat datang ke blogosphere...


salam sayang...
salam perjalanan...

Monday, October 13, 2008

raye oh raye (open house hicmat@boss)…

skali lagi jemputan open house raye…kali ni di rumah en hisyam che mat @ boss di shah alam pada mlm sbtu yg lepas…ramai sdara-mara dan kwn2 beliau hadir dlm majlis tu…kami sbg pelajar dan bekas pelajar @ ahli PERLU beliau juga turut memeriahkan mjlis…

yang diraikan...

mlm tu, bukan shja jamuan raya, tp ada smbutan hari jadi jgak…anak sulung beliau kamelia, bro malin@PPT dan anaknya maisarah, shawn@hakikat rimba, boy@agone, dan apis@tiger masing2 diraikan dlm smbutan hari jadi mlm tu…
chef bidan terjun...

aku pulak jadi chef bidan terjun, bakar bbq,haha…aku mmg minat bakar bbq ni, tp nk buat x reti...tp kalo time bakar, serah je kt aku,hehe...seronok dpt bersama2 mlm tu, dpt gak jumpe lecturer2 yg pernah mngajar aku dulu...

antara yg hadir...

apapun, trima kasih bnyk2 pada boss sekeluarga diatas jemputan tersebut… alhamdulillah, mjlis berjalan dgn sempurna…pada yg menyambut hari lahir, smoga pnjg umur, murah rezki dan sentiasa diberkati ALLAH swt, insyallah…

Friday, October 10, 2008

raye oh raye (rumah terbuka cawangan elit, msn)...

jamuan hari raya aidilfitri
cawangan elit, majlis sukan negara malaysia
10 oktober 2008 (jumaat)
9.30 pagi
anjuran kelab cawangan elit, majlis sukan negara malaysia
makan, makan dan makan...biasalah lepas sminngu hari raya ni, mulalah org2 di KL ni buat open house...kalau kt kmpg, mngkin suasana raya dh kurang, tp kt KL raye baru je nk stat...opis aku pun x ketinggalan dlm meraikan aidilfitri ni...
seperti biasa tiap2 tahun akan diadakan jamuan mcm ni...tp bagi aku yg masih baru disini, ia merupakan pngalaman yg baru dgn suasana jamuan hari raya di pejabat seperti ini...mmg cukup meriah dgn kunjungan kebanyakan staff2 dari cawangan2 yg lain seperti cawangan pelapis, paralimpik, khidmat pengurusan, hal ehwal atlet, pengurusan acara, pengurusan jurulatih, organisasi, isn dan x lupe jgak ketua pengarah kami, dato' zolkples embong...
yg uniknya, jamuan ni kami x tempah makanan pun...masing2 bawak juadah2 yg berbeza dari rumah...mcm2 juadah ada, antaranya lemang, nasi himpit, lontong, lodeh, mihun, mee goreng, kek, nasi briyani, roti jala, roti canai, dan bermcm2 lg...aku bwk mihun goreng, pagi2 lagi mak aku dh bngun tolong masakan..."terima kasih mak"...mmg kaw2 pnye mkn smpai kembung, haha...ptg tu lepas solat jumaat, smbung lagi mkn...mlm ni ada jemputan open house lg...peh, rezki jgn ditolak, musuh jgn dicari, haha...

Thursday, October 9, 2008

lidah lanun…

mlm smlm, perjalanan ku terarah ke fakulti sains sukan dan rekreasi, uitm shah alam...mcm biasa mlm rabu ada meting PERLU...aku pun menyibukkan diri, saje2 nk dgr isu2 semasa persatuan...sbenarnya nk jumpe kwn2 semua nk ucap slmt hari raye…

bkn nk crita pasal meting pun, tp saje nk crita pasal 'lidah lanun'…ni sume disebabkn tuan presiden kita yg asyik 'tershashul' je mlm td…mngkin sbb kepenatan, baru abis klas terus dtg meting…tu yg asyik slah ckp je…tergelak besar kitorg mlm td, dh lama rasanye aku x dgr perkataan2 yg diubahsuai sendiri, hahaha…

kt dlm persatuan ni, ahli2nya mmg pelat2 belaka…aku pun x tau kenape, mngkin sbb isi perut dan darah kami dh berlainan dari org2 lain kot,hehe...kt sini, aku nk kongsi skit diantara perkataan2 yg sering digunapakai oleh kebanyakan lanun2 di kepulauan caribbean sbg bahasa dagang dan perang…

basikal = bachikal
putih = petah
gading gajah = gajing gadah
tali = tari
berat = berah
belah = belat
kiri = kari
kanan = kianan
buah murah = burah
sos = chos
campsite = clampsite
sudu = chudu
ok = oko
tandem = kandem
tarik = talik
katak = kadak
kodok = kotok
kambing biri2 = kambing buru2
cukai = kucai
bukit = bukut
kenari = kerani
udang = ujang
sebut = chebut
turun = tutun

sebenarnye bnyk lagi, tp aku pun x ingt...kalau ingt nnti, aku akan update lg perkataan2 yg xde dlm kamus dewan, tp ada dlm kamus PERLU ni..."awas, jgn gunakan perkataan ini sebarangan..."

Wednesday, October 8, 2008

raye oh raye (birunye rombongan cik kiah)…


raye thun ni btol2 surprise...mane tak nye, keluargaku dan keluarga pak lang aku masing2 pakai baju biru…semuanya kebetulan dan x dirancang…x sngka pulak fmily pak lang pun biru jugak…pagi 1 syawal tu abis semua berbaju biru…yg lelakinya berbaju melayu biru, yg perempuannya berbaju kurung biru jugak,haha…cuma atok je yg pakai warna putih…lepas smyg raye, mcm biasa kami semua mnziarahi sdara-mara di kmpg…kemana saja kami pergi, org akan menegur, “amboi, birunye cik kiah oii…” (kebetulan nama atok aku rokiah), hahaha…

Tuesday, October 7, 2008

raye oh raye (balik kampung)…


seperti biasa setiap tahun, aku sekeluarga (ayah, mak, nana, nani, man) akan pulang beraya di kampung halaman ibuku di nibong tebal, penang...walaupun alamatnya nibong tebal penang, tp ia terletak di sempadan penang dan perak dan berhampiran dgn pekan parit buntar, perak...yg memisahkan kmpg kami dgn kmpg di sebelah perak hanyalah sebatang jalan...kalau nk beli brg, kami akan ke parit buntar kerana lebih dekat berbanding pekan nibong tebal...

tahun ni kami pulang 2 kereta kerana ayah membawa bersama keluarga pak lang (adik mak) yg tnggal berhampiran dirumah kami di KL...mak merupakan anak sulung dlm keluarga...so bila blk kmpg, anak2 sedara akan pnggil dia mak long...begitu juga ayah ku, pak long...kami jarang pulang ke kmpg ayah di segamat, johor sbb disana atuk dan nenek sudah tiada lg...sdara-mara pun ramai dh brhijrah ke KL...dikmpg ni, ibu kpd mak ku (atuk) masih ada lg...cuma ayah kpd mak ku (tok wan) sudah tiada...

slalunya thun2 sblum ni, rumah atok agak meriah sbb rmai yg blk kmpg...tp kali ni kurang skit sbb ada 3 keluarga shja di pagi 1 syawal iaitu keluargaku, pak lang dan pak anjang...itupun, pak anjang cuma ada masa smyg raya je, pastu dia sekeluarga terus ke kmpg istrinya di setiawan, perak...adik bradik mak yg lain (mak andak, mak teh, mak cik, pak su) beraya di kmpg suami dan istri masing2...mak ada 7 adik-beradik semuanya...

kt kmpg ni, aku merupakan cucu sulung atuk...cuma aku dan adikku yg kembar tu je yg sudah agak dewasa...sepupu2ku yg lain semuanya masih bersekolah...ada yg masih kecik lg...semuanya lebih kurang sebaya dgn adikku yg bongsu...so kalau blk kmpg, adikku yg bongsu (man) mmg sronok sgt dpt jmpe spupu yg sebaya dgnnya...berbeza dgn sepupu2 di keluarga sebelah ayah...disana semuanya dh besar2...ada yg dh keje dan berumah tngga... sbbnya ayahku adalah anak bongsu dlm fmilynya...kalau blk kmpg ayah, mak aku akan jadi mak su la, haha...ayah aku ada 10 adik-bradik...

mmg sronok sgt beraya kt kmpg...rumah atok betul2 terletak ditengah2 sawah padi... cantik permandnganya...kalau dh ada kt kmpg, rasa xnak blk KL lg...tenang dan nyaman suasana disana...bila pagi, sejuk btol, kalau tgh tido msti bngun cari slimut,pastu tido blk,haha...sejak kecil, aku slalu blk kmpg...bnyk kenangan aku kt kmpg ni walaupun aku x dibesarkan disini...aku dan adik kembarku antara cucu yg sempat melihat tok wan semasa dia masih hidup...sepupu2 yg lain x sempat tgk tok wan...

aku masih ingt dahulu ketika rumah ini masih agak daif, semua diperbuat dari papan...masa tu, jlnraya pun xde lg...cuma ada batas kecik je utk masuk kerumah dari jln besar yg hnya boleh dimasuki oleh motosikal shja...skrg ni, alhamdulillah dah semakin baik sejak semua adik2 mak dah bekerja...rumah dh diubahsuai dan ditambah dgn binaan batu bata...dh ada jlnraya terus smpai depan rumah...wlaubgmnpun, rumah asal masih dikekalkan...rumah ni dulu tok wan aku yg bina sendiri bersama2 org kmpg...

Monday, October 6, 2008

jemputlah ke rumah...

sempena hari raya aidilfitri dan bulan syawal yg mulia ini, kami sekeluarga menjemput semua saudara-mara, kaum keluarga, sahabat-handai, rakan dan taulan ke teratak kami di alamat:

no 9, jalan indah 2,
taman ampang indah,
68000 ampang,
selangor darul ehsan...

no tel (rumah) : 03-42939658
no hp (ayah) : 019-3830164
no hp (saya) : 012-3652736 / 019-6741943

sudi-sudilah melencongkan perjalanan ke teratak kami di hari raya ini...kunjungan anda semua amat kami nanti-nantikan...lebih elok kiranya menghubungi terlebih dahulu sebelum bertandang, takut2 kami tiada dirumah...jamuan hari raya @ open house masih belum ditentukan lg...jika ada, akan diberitahu kelak, insyallah...bergantung pada bajet, hehe...

semoga silaturahim dan ukuwah diantara kita bertambah baik di hari mulia...selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin...

kembali bertugas...

pejam celik, pejam celik...tau2 dh raye ke-6 hari ni...dh hmpir seminggu beraya...hari ni aku dh pun memulakan tugas dipejabat semula...aduh, letih gak nk bgun pagi td, mklum la dh 9 hari bercuti raye,haha...

tp hari ni mcm hari cuti kt opis ni...ramai lg staff yg bercuti...hanya ada beberapa org shja... cwngan aku cuma ada lebih kurang 10 org je drpd 29 org yg bertugas hari ni...sunyi je opis, aku pun x buat keje sgt pun...mood raye masih ada lg,haha...pape pun, kerja tetap kerja...kna buat jgak, kalo tak nnti kena bambu la ngan bos, huhu...

bdn pun tgh penat lg sbb smlm tersangkut dlm jem hampir 3 jam di hghway karak, dari tol karak ke tol gmbak...smlm aku sekeluarga ke kuantan mnghantar adik ku yg belajar di UIA kuantan...mmg dh agak akan tersangkut dlm jem, tp apa nk buat, redah je la...pkul 1.30 pagi baru smpai rumah...

mcm biasa pagi ni, smpai je di opis, terus bukak blog...ramai lg rakan2 yg masih belum update blog masing2...mngkin masih bercuti raya...anyway, aku doakan kalian semua selamat pulang dari kmpg dan kembali bertugas dgn selamat, insyallah...raya, raya jgak...keje, keje jgak...adios...

Friday, September 26, 2008

salam aidilfitri...

sempena hari raya aidilfitri yg mulia ini...aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa, tersalah cara, dan terlajak kata dan perbuatanku selama ini...maafkan segala dosa ku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...aku juga telah memaafkan segala dosa2 sesiapa shaja sekiranya telah melakukan kesalahan padaku samada sengaja ataupun tidak...

semoga hari raya ini dapat disambut dengan meriah dan gembira disamping yg tersayang... semoga hari raya kali ini merupakan hari raya menjadi lebih baik dari sebelumnya...ku doakan anda semua sihat sejahtera, murah rezeki dan dipanjangkan umur serta diberkatiNya...kepada yg telah pergi, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dlm syurga ALLAH swt, insyallah...

selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir dan batin...


salam syawal...
salam perjalanan...

sakan...

smlm aku bercuti...so, satu hari suntuk aku habis masa bershoping raye,haha...peh, penat btol smlm...dari pagi smpailah ke ptg, aku dan dia bershoping...mula2 seawal pkul 10 pagi kami dh tiba di perkarangan jln tunku abdul rahman dimana lokasi yg sering dikunjungi oleh warga kota utk menghabiskan duit dibulan2 raye ni...destinasi pertama kami ialah shoping komplek sogo...dok kt dlm tu smpai tghari, x sedar masa berlalu...lepas tu smbung lagi di lorong tunku abdul rahman smpailah ke masjid india...dh dekat pkul 4 baru setel...pkul 4 lebih baru kami solat zohor, tu pun smpat pegi masjid kt area kramat...kalo nk pegi masjid area KL ni, mmg x smpat...jem teruk dlm KL...

mula2 ingtkan nk jln2 je sementara tnggu waktu berbuka, tp tiba2 aku dpt msg dari saudara hakikat rimba yg menyatakan bahawa barangan2 jenama columbia terlalu murah di midvalley...apa lagi, cargas la kami kesana lepas tu...kt sana, x beli pun baju jenama columbia... walaupun dikatakan murah, tp tetap agak mahal bagi kami, haha...tp ada la sehelai dua baju yg dibeli lagi...
kononya brcadang nk bukak pose di pizza hut kt dlm midvalley tu...last2 hampeh, baru pkul 6.15 pizza tu dh penuh gile...so, kami bukak pose kt tepi surau dlm midvalley tu...mkn skit2 je, lepas solat mghrib kami terus pulang dan sambung makan di pizza hut di setapak...punya la nk makan pizza, carik jugak, hehehe...

akhirnya, aku hntr dia pulang ke rumah kira2 pkul 9.30 mlm...fuh, mmg penat...mau x penat, penuh satu keta kami borong, huhu...tp bukanlah semua brg2 kami...kami beli 2,3 helai je... kebanyakannya beli utk mak, ayah, dan adik beradik dirumah...

nasib baik...

24 sept yg lepas, kita digemparkan dgn kejadian kemalangan yg melibatkan dua buah LRT di kwasan bukit jalil...masyallah, itulah kenderaan yg membawa aku tiap2 hari berulang dari rumah ke pejabat... kejadian ni berlaku ptg kira2 jam 5-6 ptg...waktu tu jugak lah slalunya aku akan naik train utk pulang kerumah...

mujur pada hari kejadian, aku bwk kereta ke pejabat...kebetulan ptg tu ada majlis berbuka puasa di opis...so aku buat keputusan nk bwk keta...kalau tidak.....wallahualam...x tau lah cmne kn...msti aku pun salah sorg dri mngsa kejadian...walaupun x brape teruk,tp kejadian ni yg pertama berlaku sejak LRT memulakan perkhidmatannya...

syukur kehadrat ALLAH swt kerana menjauhkan aku dari bencana tersebut, alhamdulillah...

rukun islam ke-4...



alhamdulillah...2 hari lepas aku dh pun menunaikan rukun islam yg ke-4 iaitu kewajipan berzakat...dari minggu lepas aku pasang reminder dlm henset utk byr zakat ni...tp berkesempatan...syukur, dpt gak aku selesaikannya...aku byr dirumah pakcikku sahaja yg terletak diperkarangan masjid bukit indah, ampang...dia merupakan bilal disitu dan merupakan salah sorg amil yg dilantik oleh lembaga zakat selangor...selesai satu tnggungjwb...

berbuka bersama...

minggu lepas, kami sempat berbuka dirumah bersama2...dia dtg kerumah ku utk berbuka bersama2 keluargaku...sronok rasanya dpt berbuka bersama2...minggu sebelumnya, aku telahpun berbuka dirumahnya...kali ni, dia pulak berbuka dirumah ku...ptg tu lepas je abis keje, aku teruih je blk...smpai je kt area umah, dia pun dh smpai...so, kami ke pasar ramadhan dulu utk beli beberapa juadah...tp kt umah, mak dh masak bnyk, so xbeli bnyk sgt, kuih skit2 je...


mlm tu dptlah kami berkumpul...tp x semua sbb adik aku yg kembar tu xde, masing2 di tmpt blajar masing2... wlaubgmanapun, ni bukanlah pertama kali dia kerumah ku...dh bnyk kali dah...tp ni baru pertama kali berbuka di rumah sepnjg bulan ramadhan ni...mlm tu, dkt pkul 12 baru dia pulang...kami bersembang pnjg, x sedar dh lewat mlm...

Tuesday, September 23, 2008

PERLU @ sinar


22 sept 08 / 22 ramadhan 1429, isnin...majlis berbuka puasa PERLU telah mendapat liputan akhbar sinar harian...kebanyakan ahli hadir bersama...boss sekeluarga, miss azlina, cik su, en din dan bro malin pun ada...terima kasih kpd wartawan yg publish berita ni di suratkhabar... seronoknye tgk muka kwn2 kluar paper...ada yg dh lama x jumpe...sedih x dpt nk join majlis ni...anyway, thniah pada semua yg terlibat...siap masuk paper lg tu...PERLU mmg gempak, chaiyok...!!! chaiyok...!!!

Monday, September 22, 2008

bowling ramadhan...












alhamdulillah, smlm kebanyakan ahli PERLU dpt berkumpul bersama lagi...kali ini dlm xtvt ad hoc bowling di plaza alam sentral, shah alam yg dicadangkan oleh saudari el dan ecah...semua yg hadir mnunjukkan bakat masing2...kami berpeluang main 2 frame...smpai dkt2 nk berbuka kami main, seronok btol...nk tgk aksi lebih ganas, sila ke blog abg rembang bertajuk "ada style lah"...
setelah selesai bermain bowling, kami berbuka bersama2 di kedai yg terletak dihadapan plaza tersebut...mkn ala kadar je, tp kenyang dan seronok...terima kasih pada pihak penganjur yg menjayakan xtvt ni...terima kasih juga pada yg hadir memeriahkan majlis...smoga dpt bersama2 lg di xtvt2 yg akan dtg, insyallah...adios...

af @ jusco klang...
























sabtu lepas, kami (aku & dia) telah ke jusco bukit tnggi,klang...besar btol jusco tu...perjalanan kami terarah kesana dgn tujuan utk membeli baju raya kononnya...kami x brcadang nk dok lama kt sana sbb ptg tu ada jemputan main bowling dan berbuka pose oleh persatuan PERLU...mula2 kami smpat membelek beberapa pakaian disana...tp blum beli lg...jam dh dekat pkul 3 masa tu...so kami pergi solat zohor dulu dan bercadang nk beli lepas tu...

tiba2 lepas solat, ternampak plak konsert af kt dlm tu...dia buat shooting utk raya kot, sume nyanyi lagu raye je...apa lagi melekat la pulak kt situ...dia pun mmg minat tgk af...snggup ambik kamera kt dlm keta nk tngkap gmbr dorg,haha...leka punye leka, tau2 dh dkt pkul 4 dh...last2 sehelai baju pun x beli, dok leka tgk af je...kami pun pulang dgn tangan kosong je,haha...lepas tu kami pun meneruskan perjalanan ke plaza alam sentral, shah alam utk main bowling dgn rkn2 persatuan...

Friday, September 19, 2008

bonus oh bonus...

bagi kakitangan kerajaan, hari raya yg bakal menjelma x lama lagi mngkin sedikit berseri dgn pemberian bonus oleh pihak kerajaan...bagiku yg baru saja berkerja di organisasi kerajaan ni, juga x terkecuali merasainya, alhamdulillah...ni lah kali pertama aku dpt bonus,haha...selama ni dok dgr je org ckp bonus, bonus...wlaubgmanapun, jumlahnya xlah sebanyak spt syarikat2 korporat atau swasta yg lain...biasalah, nama pun kerajaan...

bnyk ke, sikit ke, bukanlah menjadi ukuran...yg penting adalah cara kita berbelanja...brgantung pada individu masing2...duit ni kalau nk diikutkan, mmg x pernah cukup...org gaji besar pun belum tentu cukup...bagiku, bukanlah wang yg bnyk yg perlu dicari, tp keberkatan dari ALLAH swt tu yg lebih penting...ia akan memastikan yg kita akan sentiasa berasa cukup dgn rezki yg diberikan, insyallah...dan yg penting, ia dtg dari sumber yg halal...

so, nk raye ni, jgn lah berbelanja terlalu boros...x salah membeli belah, bkn slalu, setahun skali...tp, beringat2 lah...disamping tu, ingatlah jgak pada insan2 yg lebih susah dan menderita dari kita...mmg x larat kalau nk bantu semua...kita pun ckup2 makan je...tp, cukuplah sekurang2nya mengingati dan mendoakan mereka...mudah2an dimakbulkan Tuhan, insyallah...
akhir kata, moh le kita gi soping raye, hehehe...


salam perjalanan...

Thursday, September 18, 2008

"arghh, lambat..."

terlambat aku ke opis hari ni...bulan pose ni aku masuk opis waktu anjal 7.30 pagi sampai 4.30 ptg...so kena la dtg sebelum pkul 7.30 pagi...pagi td aku kluar umah mcm biasa la...gi keje naik LRT dari ampang smpai bukit jalil...hari ni LRT bleh buat hal plak...perjalanan dia slow sgt...lepas tu asyik brenti2 je...mngkin ada masalah skit kot...ada skali tu dekat 10 minit dia terhenti...

aduh, hati aku dh x tenteram dh dlm train tu...asyik tengok jam je...dh dekat 7.30 baru smpai...tp jarak dari LRT bukit jalil ke opis aku ambik masa kira2 5-7 minit jgak jalan kaki...peh, bkn main laju aku jln pagi td...mcm Yuan Yufang (atlet jln kaki negara) pun ada jgak, haha...tgh berjalan, tiba2 ada sorg rakan opis aku memberentikan motosikalnya ditepi aku...apa lg, melompat la aku naik motor tu...dia pun terus memecut motornya...dua2 dh lmbt...

last2 kami berdua 'thumbprint' pkul 7.34...lmbt 4 minit...nasib baik ada rakan yg tumpangkan motornya...walaupun dia dh lmbt, tp tetap berhenti ambil aku, alhamdulillah...trima kasih bnyk2...tp tetap lmbt jgak, haha...terpaksa la isi borang hadir lewat, kna bg alasan...mula2 menyumpah jgak aku kt LRT tu, tp pkir2 blk mngkin dugaan di bulan puasa...menguji kesabaran, wallahualam...


salam perjalanan...

Wednesday, September 17, 2008

masihkah kau ingat...(mulanya disini...)


sahabat2ku, masihkah dikau ingt akan peristiwa ini…bagi yg mengalaminya, aku pasti ianya masih segar dlm ingatan…mngkin x kurang juga yg dh pun melenyapkannya dari kotak minda...bagiku, inilah permulaan…disinilah mulanya aku berkecimpung dalam dunia rekreasi…kalau nk diceritakan keseluruhannya, 2,3 hari pun belum tentu habis nk dikarang…cuma nk berkongsi serba sedikit cerita dan pengalaman, bgaimanakah perjalananku boleh terarah ke dlm bidang rekreasi yg amat diminati skrg ni…

ianya bermula dari peristiwa ini yg berlaku pada tahun 2003 dimana aku diwajibkan mengmbil subjek ‘outdoor recreation’ semasa di universiti…pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis dirasai waktu itu…dari sinilah aku mula mengenali rekreasi…walaubgmanapun, penerimaanku pada peringkat awal agak dingin, sehinggalah aku sekali lagi diberi peluang melanjutkan pelajaran dan sekali lagi diwajibkan mengambil subjek ini pada peringkat yg lebih tnggi…

dan dari situlah, aku benar2 mengenali apakah itu rekreasi dlm erti kata yg sebenar…bukan sekadar beraktiviti spt yg aku fikirkan dahulu…tetapi semangat, tolong menolong, keikhlasan, kejujuran, keberanian, tolak ansur, kesabaran, ketenangan, keindahan, kerjasama, semangat setiakawan, semangat sepasukan, kekeluargaan, kesyukuran, dan bermcm2 lg aspek kehidupan yg telah bnyk aku pelajari membuatkan aku benar2 meminati xtvt rekreasi ini…

terus terang aku katakan, ia bnyk mengubah diriku, caraku serta perjalanan hidupku…bukan shja kerana xtvt tersebut…tetapi insan2 yg berada disebalik xtvt2 ini yg telah bnyk memberikan panduan dan mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti jemu dan malu walaupun dihina, dicerca dan dibenci…semangat itu amat aku kagumi dan ianya mnjadi perangsang kpdku sbg bekalan dlm meneruskan perjalanan ini…bagiku, peristiwa ini tidak akan pernah aku lupakan, walaupun tidak semuanya berada dlm kotak fikiranku…hanya aku, mereka, dan Dia sahaja yg mengetahui…


terima kasih sahabat, terima kasih boss...
salam perjalanan…

"myWay kemalangan...!!!"

seawal jam 7 pagi, aku dh smpai opis hari ni...mcm biasa, trus bukak blog...pagi ni aku dikejutkan dgn post dari saudara boyinton@ boyingon yg brtajuk "itulah kau"...blog tersebut menyatakan yg saudara shariman@ myWay telah mengalami kemalangan jalanraya ketika menunggang motosikal...innalillah hiwainnalillah hirajiun...mcm mana dia bleh xcident...dh nk raye dh ni...

katanya kejadian tu brlaku tghari smlm...tp aku xtau pun, xde yg bgtau...mngkin x brape teruk kot...tp seperti yg ditulis boy, mcm teruk je...so, pagi ni aku trus col sape2 yg patut...yg jawab cuma saudara "andaiku tahu" dan "wegreentheearth" saje...mngkin yg lain tido lg sbb terlalu awal...saudara "andaiku tahu" pun xtau pasal hal ni...menurut boy lg, shariman telah dibawa ke PPUM...so, skrg ni dia dimana...? kena tahan kt PPUM ke...? nk jugak melawat...

harap2 lepas ni kalau terjadi perkara2 mcm ni kt ahli persatuan, cpt2 la roger...x perlu la bgtau semua...just sms je kt 2,3 org ahli...pastu 2,3 org tu pasti akan sebarkan pada ahli2 yg lain... bukan apa, cuma perkara2 kemalangan mcm ni rasanya sahabat terdekat perlu tau terutamanya kita yg berpersatuan ni...tuan presiden tu yg kena, so semua ahli patut tahu...pape pun thanks pada boy sbb sebarkan brita ni...

pada shariman@ mangsa kejadian, aku doakan kau cepat sembuh dan dpt meraikan aidilfitri ni dgn sihat wal afiat...pasni lebih berhati2, ingatlah org tersayang...abis la moto kau yek, aduss...


salam perjalanan...

Tuesday, September 16, 2008

16 sept 08...


















16 sept 08...adakah benar bagai dikata...akan berlaku peralihan kuasa tampuk pemerintahan negara...wallahualam, tunggu dan lihat sahaja...post ini bukan bertujuan membincangkan isu politik negara...namun, sbg rakyat yg mencintai negara yg bernama Malaysia ini, sama2lah kita berdoa kehadrat ALLAH swt agar negara ini terus aman dan dijauhkan dari perbalahan dan perpecahan...smoga kita akan sentiasa dipimpin oleh insan yg dpt memajukan serta memartabatkan agama, bangsa, dan negara kita...smoga Islam terus menjadi pegangan, dan Melayu masih gah mengepalai negara..."bersatulah bangsaku...ALLAHhuakhbar...!!!"

Monday, September 15, 2008

selesai sudah...













alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kursus ku selama 4 hari di Port Dickson berakhir dgn jayanya semalam…kursus yg melibatkan semua anggota Cawangan Elit, MSN telah melabuhkan tirainya semalam setelah 4 hari kami disana memerah otak memikirkan kaedah dan cara2 penambahbaikan kearah kecemerlangan sukan tanah air…pelbagai perkara dibincangkan termasuklah perancangan2 masa depan supaya dpt dilaksanakan dgn baik dan lebih efektif…














sepanjang disana, seleraku diwaktu berbuka puasa dan sahur bertmbh 2 kali gnda…semuanya gara2 hidangan dan lauk pauk yg enak2 dan beranika jenis…agak tergugat nafsu makanku spnjang berada disana lebih2 lagi waktu berbuka…masyallah, bnyknye makanan…semuanya dhidangkan dgn cara buffet…ambil saja mana suka,haha…keadaan biliknya yg berkonsepkan apartment juga amat selesa dgn permandangan yg cukup indah menghadap pantai Port Dickson…subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan sekalian alam…














secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dgn begitu lancar…mngkin juga berkat buat di bulan ramadhan…bagiku yg masih baru bekerja disini, ia bukan saja satu kursus utk menyelesaikan permasalahan kerja shja…bahkan ianya dpt mengeratkan tali silaturrahim dikalangan semua anggota2 cawangan ini…dgn adanya kursus2 spt ini, kami dpt saling mengenali satu sama lain… inilah gmbr2 gelagat anak2 harimau disana...bukan stakat anak...mak, bapak, dan nenek harimau pun ada, hahaha...
salam perjalanan...