"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Monday, December 6, 2010

selamat datang 1432 H...

doa akhir tahun...

ertinya:
dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta para keluarga dan sahabatnya...ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untuk ku, dan Engkau telah mengajak ku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat..kerana itu ya Allah, ku mohon ampun dari-Mu dan ampunilah aku dengan kemurahan-Mu...segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah, wahai Zat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah...dan semoga Engkau memberi rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya...


doa awal tahun...

ertinya:

dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabatnya...ya Allah Engkaulah yang abadi...dan hanya kepada anugerah-Mu yang maha agung dan kepermurahan-Mu tempat bergantung...dan di tahun baru yang telah tiba...kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan setan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya...dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami taat melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan...semoga Engkau sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, Nabi yang Ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya...


Selamat Menyambut Awal Muharam 1432 H...semoga tahun hadapan akan memberi satu lembaran baru dalam usaha untuk kita menjadi seorang muslimin dan muslimat yang benar2 bertaqwa kepada-Nya...semoga tahun akan datang akan lebih baik dari sebelum2nya, insyallah...

Monday, November 8, 2010

dah pindah...

salam...

untuk makluman semua, saya telah berpindah rumah dari Ampang ke Putrajaya...ibu saya telah bertukar tempat bertugas di Putrajaya dan mendapat sebuah kuarters kerajaan...berikut adalah alamat rumah kami di Putrajaya:

A-T02-U01,
Blok A-Parcel 5R1,
No 1 Jalan 6,
Presint 5,
62200 Putrajaya.

lokasi: dkt Presint 5, berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dan Pullman Lakeside (Hotel & Resort)...

nota: kalo ke Putrajaya, jemputlah ke rumah...

Tuesday, September 28, 2010

ini boleh mendatangkan marah...


bukan susah sgt pun nk bg signal sblum belok...suis signal tu btol2 dekat dgn stering kereta...cuma perlu tolak ke atas bila nk belok kiri, dan tolak ke bawah bila nk belok kanan...lepas belok, tak perlu susah2 nk off balik signal tu...dia akan off sendiri bila stering dh tegak...bersusah payah engineer kereta ni memikirkan teknologi utk buat signal kereta tu semata-mata utk keselamatan semua pengguna jlnraya...tp malangnya ramai lg pemandu yg tak reti nk bagi signal bila nk belok...

adakalanya bile berhadapan dgn pemandu2 spt ini, boleh naik darah dibuatnye...mana taknye, kadang2 sampai kena emergency break...di samping mengundang bahaya kpd org lain, ia juga dpt meningkatkan tahap kemarahan pemandu lain ke tahap maksima...lalu terkeluarlah cacian dan maki hamun kpd pemandu 'bodoh' tersebut...tp dia bukan dgr pun, kita je dok maki sorg2 dlm keta, haha...tak pasal2 je dpt dosa kering...

seringkali penunggang motosikal yg menjadi mangsa...dah la tak reti bg signal, cermin blkg pun tak reti nk tengok...tiba2 teruih je belok...mmg 'bodoh' lagi 'mangkuk hayun' org2 sebegini rupa...bukan saja pemandu2 baru, malah pemandu2 lama pun ramai yg 'bengong'...mngkin bile dorg pasang signal, minyak kereta akan kurang kot...sbb tu la susah sgt nk bg signal...ntah la, bukan la nk berdoa benda2 buruk...tp kalo kena dkt diri sndiri atau insan2 yg terdekat, baru dorg nk sedar kot...

kpd pemandu2 'mangkuk hayun' sekalian...tolong la ubah cara pemanduan tu...anda menyusahkan pengguna jlnraya yg lain...kalo anda masih teruskan perangai 'bahalol' ni, setiap pengguna jln raya yg lain akan menyumpah seranah anda...bayangkanlah dalam satu hari, 3 org ckp anda 'bodoh'...kalo sebulan atau setahun, dh berapa bnyk 'bodoh' yg anda dpt...mngkin sbb tu anda jadi btol2 'bodoh' smpai ke tua tak reti nk bg signal bile bwk kereta...wallahualam...

nota: jgn contohi mr. bean yg bwk kereta sesuka hati mcm jlnraya tu mak bapak dia yg punya...kalo ye pun mak bapak korg kerja kt JKR atau yg tukang buat jalan tu, tak bermakna jlnraya tu mak bapak tiri atuk cucu nenek sedara pakcik belah ipar ko yg punye...ada pahaammm...

Monday, September 27, 2010

selamat berjuang...


selamat berjuang diucapkan kepada semua atlet negara dari sukan akuatik, memanah, olahraga, badminton, tinju, berbasikal, gimnastik, hoki, lawn bowls, ping pong, menembak, skuasy, ragbi dan tiga acara paralimpik dalam menggalas harapan negara ke temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India pada 3 - 1 4 oktober 2010 ini...harapan agar sasaran pingat dapat dicapai dan seterusnya mencapai kejayaan yg lebih baik dari temasya sebelum ini...

kami seluruh warga sukan khasnya, dan warga Malaysia amnya, mendoakan keselamatan dan kejayaan anda semua...

Wednesday, September 8, 2010

salam aidifitri 1431 hijriah...


sempena aidilfitri 1431 hijriah ini, saya memohon ampun dan maaf di atas segala dosa dan ketelanjuran masa lampau kpd semua yg mengenali diri ini...mohon dihalalkan segala ilmu, makan dan minum yg telah diberikan...saya juga dgn hati yg terbuka memaafkan segala kesilapan sesiapa sahaja kenalan2...semoga aidilfitri kali ini meninggalkan kenangan yg manis buat kita disamping insan tersayang, insyallah...

perkara2 sunat menjelang aidilfitri :

  • memperbanyakkan takbir (dari malam raya, hingga pagi raya)...
  • mandi sunat aidilfitri...
  • memakai pakaian yg terbaik yg dimiliki...
  • memakai bau-bauan yg harum (khusus bg lelaki)...
  • menjamah sedikit makanan sblum ke masjid...
  • jika berkemampuan, digalakkan berjalan kaki ke masjid...
  • pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yg berbeza...
  • solat sunat aidilfitri...
  • mendengar khutbah aidilfitri...
  • menziarahi jiran & sanak saudara...
  • mengucapkan slmt dan mendoakan satu sama lain dgn ucapan "taqabballahhu minna wa minkum" yg bermaksud, semoga Allah menerima amalan (ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu...
  • bergembira di hari raya...
sama2lah kita berusaha mengamalkan perkara2 sunat ini menjelang aidilfitri kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW...semoga aidilfitri kali ini lebih indah dan diberkati Allah SWT...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H...taqabballahhu minna wa minkum..."

Tuesday, September 7, 2010

bersabarlah saudaraku...

banjir @ Pakistan...

ya Allah…
di bulan yg mulia ini, Engkau kasihanilah saudara2 kami ini…selamatkanlah mereka dari dugaan-Mu ini...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan bala bencana kpd mereka...Engkau ampunkanlah dosa2 mereka di atas segala kezaliman yg telah mereka lakukan...kurangkanlah penderitaan kpd mereka yg beriman kepada-Mu...dan turunkanlah bala-Mu hanya kpd mereka yg derhaka kpd-Mu...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan satu ujian dari-Mu kpd mereka di bulan yg mulia ini...maka Engkau golongkanlah mereka dikalangan org2 yg bersabar...tingkatkanlah keimanan mereka utk menempuhi segala ujian dari-Mu...janganlah Engkau golongkan mereka dikalangan org2 yg tidak bersyukur...

ya Allah...
sesungguhnya mereka adalah saudara2 kami...justeru, kami menadah tangan memohon rahmat-Mu agar mereka dpt menyambut hari mulia dgn hati yg gembira...kurniakanlah rahmat dan hidayah-Mu kpd mereka...sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala apa yg telah Engkau takdirkan...

amin ya Rabbal alamin...

nota: dikala kita bersuka ria menyambut hari mulia...masih ramai saudara kita menanggung derita, lapar dan dahaga...jgnlah kita lupa kpd mereka...sekurang2nya, kirimkanlah sekelumit doa, moga2 diringankan penderitaan mereka, insyallah...seharusnya kita perlu menadah tangan bersyukur di atas rezeki yg dikurniakan-Nya kpd kita...

Thursday, August 26, 2010

mahkota cahaya...

semalam sempat berbual mesra bersama salah seorang drpd 4 org ustaz (tahfiz) yg dijemput khas ke MSN sepanjang bulan Ramadhan bagi menjayakan program tadarus Al-Quran, solat tarawih, tazkirah di samping memberi tunjuk ajar, khas kepada staff dan atlet yg ingin mendalami ilmu2 agama...sebelum ni tak sempat nk berbual kerana mereka sibuk dgn program tadarus Al-Quran setiap waktu tghari dan kelas pada waktu petang...alhamdulillah, 2 hari lepas pihak MSN melalui usaha Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya mengkhatam Al-Quran dgn bacaan oleh 4 kumpulan tadarus (2 lelaki & 2 wanita)...jadi, sempatlah kami bersembang2 di waktu rehat tghari selepas waktu solat zohor...

salah sorg ustaz tersebut berasal dari Filipina dtg ke Malaysia semata2 utk belajar di madrasah tahfiz...beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah satu madrasah di Terengganu selama lebih kurang 13 tahun...sepanjang tempoh tersebut beliau berada di negara ini, beliau sudah fasih berbahasa melayu...dalam perbualan bersama ustaz tersebut, saya dan beberapa org rakan sempat mengorek beberapa kisah beliau ketika mula2 menjejakkan kaki di Malaysia dan sejarah2 silam beliau...beliau mmg pandai bercerita, mmg mempunyai bnyk ilmu dan pengalaman...setiap kata2nya tersusun dan seringkali diselang-selikan dgn pengajaran...

dlm ceritanya, terdapat satu hadis 'soheh' yg telah menggerakkan hati beliau utk bertekad mendalami ilmu tahfiz Al-Quran...hadis itu berbunyi, "sesiapa yg menghafal 30 juzuk Al-Quran, diakhirat kelak ibubapanya akan dipakaikan dgn mahkota yg bersinar...cahayanya sangat terang bahkan lebih terang dari cahaya matahari...dia juga boleh memberi syafaat kepada 10 saudara terdekatnya...sekiranya saudara2nya itu berada di dalam neraka, maka dengan syafaat tersebut, dengan izin Allah SWT, saudara2nya itu boleh ditarik masuk ke dalam syurga..." (lebih kurang mcm tu lah maksud hadisnya)...kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai 8 org adik beradik...mmg ngam2 la 10 org...dgn nada berjenaka, dia berharap agar dapat membantu semua ahli keluarganya di akhirat kelak, insyallah...subhanallah, alangkah besarnya pahala org2 yg mempunyai Al-Quran yg lengkap dalam hati mereka...atas sebab itulah beliau berazam dan bertekad utk menjadi seorang tahfiz Al-Quran...

sebak rasa apabila beliau mula menceritakan kisah pahit getir dan liku2 yg ditempuhinya di permulaan 13 tahun yg lalu...mmg benar bagai dikata, bukan senang nk jadi senang...semakin kita ingin mendekati Allah dan Rasul-Nya, semakin kuatlah cabaran yg perlu ditempuh...mngkin itu ujian Allah SWT dlm memastikan hamba-Nya itu benar2 ikhlas dlm mencari redha-Nya...dapat kami bayangkan betapa sukarnya perjalanan ustaz tersebut menempuh cabaran2 yg dihadapinya...namum, apa yg menguatkan lagi usahanya adalah pengorbanan ibunya yg menggadaikan hampir semua brg2 kemas utk tambang beliau ke Malaysia...sayangnya kedua ibubapanya telah kembali ke Rahmatullah semasa beliau sedang belajar (al-Fatihah)...alangkah bertuahnya perut si ibu itu yg mengandungkan anak yg berada di depan mata kami ini...

kalau nk diceritakan semua dlm blog ni, mmg xdpt lah sbb agak pnjg ceritanya...kami ambil kisah ini sebagai satu tauladan yg amat berguna...bnyk pengajaran terutama dari segi usaha, istiqamah, pengorbanan, kesungguhan, kesabaran dan sebagainya...semoga ia menjadi pedoman dan tauladan bagi kami, insyallah...

sempena kedatangan Nuzul Al-Quran, marilah kita sama2 memperbanyakkan bacaan Al-Quran Nul Karim...jika tiada upaya utk menjadi seperti contoh di atas sekali pun, sekurang-kurangnya berdoalah agar bacaan2 kita itu dapat menerangi kita di alam kubur dan seterusnya menjadi pemberat kepada timbangan amal baik kita di hadapan Allah Azzawajalla kelak, insyallah...


"Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran..."

Tuesday, August 17, 2010

jiwa kosong...

belum pun reda kes suami membunuh isteri dan mencederakan anak dgn parang tempoh hari akibat pertengkaran, timbul pula kes si bapa mencurah cuka getah ke muka isteri dan anak kecilnya sehingga mencacatkan muka ahli keluarganya tersebut...

di kala umat Islam yg lain sibuk mencari redha dan rahmat Allah SWT di bulan yg mulia ini, ada jgak manusia yg sibuk melayan hawa nafsu amarah yg gila...apakah yg menjadikan mereka ini begitu zalim bertindak sedemikian rupa...nk kata dirasuk setan, semua setan cuti masa bulan Ramadhan ni...mungkin syaitan dan iblis telah berjaya meng'rekrut' manusia yg sama seperti mereka yg dpt menjalankan tugas2 mereka sewaktu mereka dirantai di bulan Ramadhan...atau mungkin juga selama ini, perbuatan jahat yg dilakukan oleh manusia mmg dtg dari hawa nafsunya sendiri tanpa perlu hasutan dan godaan syaitan...nmpk gayanya makin mudahlah kerja2 syaitan dan iblis skrg ni, tak perlu lagi susah payah nk goda manusia...manusia sendiri pun dh ada yg berhawa nafsu syaitan...

dalam tazkirah selepas solat tarawih mlm semalam, penceramah di masjid berhampiran kediaman saya ada menyentuh mengenai perkara ini...salah satu punca utamanya adalah "jiwa yg kosong"...apakah jiwa yg kosong...? ia adalah jiwa yg tidak diisi dgn Al-Quran Karim...mmg semakin ramai umat Islam dewasa ini meninggalkan Al-Quran sebagai rujukan dan pegangan hidup termasuklah dari peringkat atasan, hinggalah yg terbawah, kebanyakan kita telah lupa akan Al-Quran...yg hidup senang lenang, satu hal lah...yg hidup susah ni pun kadang2 ada yg tak kenal Al-Quran... jauh sekali mengamalkan apa yg terkandung dlm kitab tersebut...maka itulah yg menyebabkan berlakunya perkara2 seperti ayah rogol anak sendiri, atuk rogol cucu, org muda rogol nenek, liwat dlm masjid, beromen diperkarangan masjid, anak luar nikah, buang bayi, tikam isteri, duakan suami, rumah urut B2B, dan pelbagai lagi perangai yg kadang kala binatang pun tak buat benda2 tu...

mesej utama dlm tazkirah tersebut adalah menyuruh kita kembali kepada Al-Quran...kalo tak mampu utk melaksanakan apa yg ada dlm Al-Quran pun , atleast bacalah ia sekerap yg mungkin dan cubalah utk memahaminya...mmg bukan mudah utk kita sbg rakyat biasa utk melaksanakan peraturan2 di dalamnya kerana ini adalah kerja pemimpin yg bertnggungjwb melaksanakannya...kita cuma mampu berdoa dan berusaha sedaya yg mampu...bak kata penceramah tersebut, kita ni asyik dok berdoa supaya Allah SWT berikan kita petunjuk dan hidayah...tp setakat doa je, Al-Quran tak baca pun...sedangkan Al-Quran itulah sebenar-benar petunjuk dan hidayah Allah SWT...sama2lah kita berdoa supaya manusia2 yg berperangai syaitan ini sedar dan kembali semula kepangkal jalan, insyallah...

nota: sekadar berkongsi...tp ceramah smlm mmg best...slalu ustat yg bg ceramah duduk atas kerusi yg disediakan...tp ustat ni lain skit, dia berdiri mcm baca khutbah...dgn suara garau dan lantang, adakalanya beliau menjerit sehingga menyebabkan bulu roma semua naik...mmg semangat...mula2 mata mcm ada gam jgak...tp dgr je suara dia, teruih je tegak mata, haha...

Thursday, August 12, 2010

kelebihan 30 malam solat tarawih...

malam 1
diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan...

malam 2
diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya...

malam 3
para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka...

malam 4
orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran...

malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di masjidil haram, masjidil nabawi dan masjidil aqsa...

malam 6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu...

malam 7
seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman...

malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS...

malam 9
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW...

malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat...

malam 11
ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan...

malam 12
ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya...

malam 13
ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan...

malam 14
malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka...

malam 15
semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya...

malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga...

malam 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi...

malam 18
malaikat akan menyeru: wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)...

malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus...

malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh...

malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya...

malam 22
ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut...

malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya...

malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut...

malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya...

malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut...

malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat...

malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat...

malam 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur...

malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar...

Wednesday, August 11, 2010

marhaban ya Ramadhan...


alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh Allah SWT utk sekali lagi bertemu dgn bulan Ramadan al mubarak...pastinya harapan adalah untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yg sebelum2nya...kpd sesiapa yg mengenali diri ini, mohon ampun dan maaf, halalkan makan, minum serta ilmu yg telah diberi...smoga doa dan usaha kita diberkati dan diredhai oleh-Nya...

nota: selamat ulang tahun yg ke-2 buat blog ku ini, 'hijau bumi Tuhan' yg telah mula dikarang pada 1 Ramadhan 1429 hijriah...smoga ia terus dpt memberi faedah kpd semua melalui penulisan2 yg bermanfaat dan berilmiah, insyallah...

"selamat menyambut Ramadhan al mubarak, 1431 hijriah..."

Wednesday, August 4, 2010

jawatan kosong...

jawatan kosong...!!!

permohonan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut : makmum solat jemaah 5 waktu...


pendapatan / faedah...

pendapatan : 27 kali ganda pahala x 5 kali sehari...

elaun perjalanan : 1 langkah ke masjid/surau, = 1 pahala dan terhapus 1 dosa...

bonus bulanan/mingguan : khutbah jumaat, kuliah subuh dan kuliah maghrib...


kelayakan...

lelaki dan perempuan yang baligh, waras (tidak gila), dan tidak uzur syar'ie...


hadir temuduga...

tempat : di masjid/surau berhampiran tempat kediaman anda...

waktu : subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak...


tarikh tutup...

sebelum mati atau tiba hari kiamat...


nota: sempena menjelang ramadhan, anda dijemput mengisi jawatan ini...semoga ia menjadi jawatan tetap sepanjang hayat kita, insyallah...

Thursday, July 29, 2010

iblis pun tolong...

pagi ni seperti biasa perhimpunan pagi bagi semua atlet kebangsaan yg biasanya diadakan sebulan sekali di tapak perhimpunan asrama Majlis Sukan Negara...pagi ni, giliran Pn Zaiton Othman selaku pengarah cawangan hal ehwal atlet memberi ucapan...bukan nk crita pasal perhimpunan ni, tp nk kongsi sebuah cerita / kisah ringkas yg agak menarik yg sempat diceritakan oleh beliau dlm perhimpunan tersebut kpd atlet2 sbg pengajaran...

diringkaskan cerita tersebut, terdapat seorang anak muda di sebuah kmpg...beliau sgt taat dlm mengerjakan perintah Allah SWT...satu pagi, semasa dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh berjemaah, setibanya dipertengahan jalan, beliau telah terjatuh di dalam lopak air dan menyebabkan bajunya habis kotor...beliau dgn segera berlari pulang ke rumah yg terletak agak jauh dari masjid utk menukar pakaian yg lain dan bergegas semula ke masjid kerana takut tidak sempat solat berjemaah...

namun, apabila tiba di pertengahan jalan, sekali lagi beliau telah terjatuh di dalam lopak air yg sama dan mengakibatkan bajunya kotor lagi...kali ini dia berlari lg dgn pantas pulang ke rumah utk menukar pakaian yg lain dan kembali semula ke masjid dgn harapan sempat utk solat berjemaah...pada kali ini, apabila tiba di tempat lopak air tersebut, beliau ternampak seorang lelaki memegang lampu suluh dan menyuluh kawasan lopak tersebut...jadi, kali ini dapatlah beliau melangkah dgn baik tanpa terjatuh dan terus ke masjid...

setibanya di masjid, malangnya solat jemaah telah pun selesai...beliau amat berharap agar dpt solat berjemaah...sehubungan itu, beliau telah berpatah balik utk mencari lelaki yg menyuluh lopak air tersebut dgn harapan utk mengajak lelaki itu bersolat bersama...setelah berjumpa dgn lelaki itu, beliau terus mengajak lelaki itu solat berjemaah bersama dgnnya...namun lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu..." beliau berasa hairan dan berkata: "tuan telah membantu saya menyuluh lopak tersebut dan menyelamatkan saya dari terjatuh...oleh itu marilah kita sama2 solat berjemaah..." namun lelaki tersebut tetap menolak...akhirnya setelah dipujuk, barulah lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu wahai anak muda kerana aku sebenarnya adalah iblis..." terkejut dgn kata2 lelaki itu, maka beliau bertanya kpd lelaki itu: "jika engkau adalah iblis, kenapa engkau membantu aku menyuluh lopak tersebut sedangkan aku ingin pergi menunaikan solat...?"

lalu iblis tersebut menjawab: "kali pertama aku menjatuhkan engkau ke dalam lopak air td, aku berharap agar kau akan pulang dan tidak akan kembali lg ke masjid...tetapi engkau telah bergegas ke masjid semula...maka dgn itu, Allah SWT telah mengampunkan dosa2mu sepanjang hidup kamu...dan apabila aku jatuhkan engkau buat kali kedua lalu engkau bergegas lagi pergi ke masjid, maka Allah SWT telah mangampunkan dosa seluruh ahli keluargamu...dan pada kali yg ketiga, aku tidak sanggup lg menjatuhkan engkau kerana aku tidak sanggup jika Allah SWT mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini disebabkan ketaatan engkau...disebabkan itu, aku menyuluh jalan engkau..."

nota: begitulah serba sedikit ceritanya...sebenarnya Pn Zaiton nk kaitkan cerita ini dgn atlet2 semua tentang kesungguhan utk mencapai sesuatu matlamat memandangkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan menjelang tidak lama lg...tp aku amat tertarik dgn cerita tersebut...walaupun ringkas, tp memberi makna yg cukup mendalam...saja aku nk berkongsi dgn rakan2 dan shbt2 sekalian smoga ianya dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kita utk bekalan dunia dan akhirat, insyallah...

Monday, July 26, 2010

nisfu syaaban...

nisfu dalam bahasa arab bererti setengah...nisfu syaaban bererti setengah bulan syaaban...malam nisfu syaaban adalah malam 15 syaaban iaitu siangnya 14 haribulan syaaban...malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadar...

Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (nisfu syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat...apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak...kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu...aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri..." setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a: "malam ini adalan malam nisfu syaaban...sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki..."

hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru...catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 syaaban bermula pada 14 syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)...

dari Abu Hurairah r.a: Nabi SAW bersabda: "telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan dia berkata: "ya Muhammad, pada malam ini pintu2 langit dan pintu2 rahmat dibuka...maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit"...kata saya (Muhammad SAW): "hai Jibrail, apakah erti malam ini...?" dia menjawab (Jibrail) : "pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan (silaturrahim)...maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulanginya..." (Zubdathul Wa’izhin)...

nota: hari ini merupakan hari ke-14 syaaban 1431 dan mlm ini merupakan malam nisfu syaaban...marilah kita sama2 mengambil peluang ini utk menambah ibadat dan keimanan dalam diri...smoga ianya diterima oleh Allah SWT utk manfaat kita di dunia dan akhirat, insyallah...

kecuaian dan pengajaran...

jumaat lepas adalah hari yg memenatkan walaupun aku bercuti pada hari tersebut...takdir telah tertulis yg cermin kereta aku telah dipecahkan dan segala brg2 berharga di dalamnya abis dikebas penyamun...kejadian berlaku di kawasan letak kereta restoran nelayan, taman tasik titiwangsa antara jam 8.30 - 10.00 pagi...waktu tu, aku bersama temanku diella @ warna warni kehidupan sedang beriadah bermain badminton dan jogging di kawasan tersebut...malangnya, kami telah meninggalkan dompet dan 2 buah hanset kepunyaan temanku di dalam dashboard kereta...maka lesaplah kesemuanya...

mngkin duit dan hanset yg hilang tu bukan lg rezeki kami...namun, yg memeningkan kepala adalah dokumen2 dan kad peribadi yg penting yg amat menyukarkan kami...alhamdulillah, walaupun ditimpa bencana dan ujian, Allah SWT masih memberi jalan dan mempermudahkan urusan kami selepas itu...kebanyakan urusan seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad sim telefon telah dapat diuruskan dgn sgt mudah tanpa perlu menunggu atau beratur dan sebagainya...pelik juga, sebelum2 ni, kalo nk uruskan perkara ni, mesti kena tnggu lama dan beratur panjang...tp pada hari tersebut, setiap tempat yg kami pergi, tak smpai pun 15 minit, dh setel...

inilah keadilan Allah SWT...walaupun Dia menurunkan ujian, namun pasti akan ada jalan utk menyelasaikan segala masalah...kami terima apa yg berlaku sbg pengajaran di atas kecuaian sendiri dan ianya mngkin satu ujian utk menguji kesabaran kami yg lemah ini, wallahualam...kepada shbt2 sekalian, janganlah tinggalkan brg2 berharga dlm keta...

nota: penyamun tu mesti tension bila bukak dompet aku...dlm tu cuma ada 2 hengget je, tu pun sume duit syiling, hahaha...nasib baik la gaji aku belum masuk lg hari tu...pagi tu sblm kejadian, aku ada pegi bank utk withdraw duit, tp malangnya gaji tak masuk lg...ada hikmah rupenye, kalo tak mesti lg pening kepala, haha...

Thursday, July 15, 2010

perintah solat...

telah lima hari berlalu tarikh keramat peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya diangkat ke langit yg ke tujuh bertemu Allah SWT…sebagai seorg umat Islam, pastinya kita sudah mengetahui apakah yg berlaku pada malam hari Israk Mikraj itu dan wajib kita beriman kepada peristiwa tersebut kerana ianya telah nyata difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran…namun, adakah kita hanya sekadar mengambil tahu dan percaya dgn peristiwa tersebut, atau hanya dgn menyambutnya setiap tahun sekadar utk memperingati peristiwa itu…

jika dilihat keadaan umat Islam pada zaman ini, boleh dikatakan bahawa tidak berharganya peristiwa tersebut dlm diri masing2…bukankah peristiwa penting itu adalah satu peristiwa di mana telah turunnya perintah solat @ sembahyang 5 waktu sehari semalam yg telah diwajibkan kepada kita umat Islam…namun jika dilihat, betapa ramainya umat Islam yg mengambil mudah solat ini sehingga ada diantaranya yg tidak langsung merasa bersalah sekiranya meninggalkan solat…jika mengikut perangkaan dari sumber yg boleh dipercayai, didapati lebih separuh iaitu kira2 70% dari umat Islam seluruh dunia ini tidak bersolat atau tidak menjaga solatnya dgn baik…

renungkanlah wahai shbt2…mengapakah Allah SWT mengangkat Nabi Muhammad SAW sehingga ke langit yg ke tujuh semata2 utk memberikan kewajipan solat…sedangkan puasa, zakat, haji, dan lain2 kewajipan hanya diturunkan melalui wahyu dari Malaikat Jibril sahaja…ini menunjukkan betapa solat itu sgt penting dan Allah SWT juga telah berfirman bahawa perkara pertama yg akan dihitung di akhirat kelak adalah solat kita…jika baik solatnya, maka baiklah ia, jika buruk solatnya, maka buruklah ia…namun jgn salah faham, ada juga manusia yg sentiasa solat, tetapi sering juga melakukan kejahatan…itu menandakan bahawa solat itu tidak sempurna dan hanya akan dilempar oleh Allah SWT umpama kain buruk ketika mengadapNya nnti…

jika dikaitkan dgn keadaan skrg, mmg patutlah umat Islam ditindas oleh org2 kafir...mana tidaknya, perintah utama dari Allah SWT diremeh temehkan...bagaimanakah pertolongan Allah SWT itu akan dtg kepada kita jika kita sendiri melupakanNya…mngkin ada benarnya juga kata2 dari seorg hamba Allah yg hebat ini yg berkata: "umat Islam jgn bermimpilah utk menghancurkan Yahudi dan Amerika selagi solat tidak dijaga dgn sebaik2nya…jgn bermimpilah utk melihat kegemilangan Islam seperti dahulu jika kita sendiri tidak mengendahkan seruan azan dan hanya bersolat diakhir2 waktu kerana sibuk dgn urusan dunia masing2…"

mngkin ada benarnya juga kata2nya itu kerana jika dibelek sejarah2 kegemilangan Islam terdahulu, lihatlah bagaimana umat terdahulu menjaga solat mereka dgn baik...dalam satu kisah semasa Perang Salib, Sultan Salahudin Al Ayyubi akan memeriksa tentera2nya diwaktu malam…keesokan harinya, baginda akan memberi cuti dari berperang kepada tentera2nya yg tidak bangun tahajud pada malam tersebut…lihatlah betapa umat2 terdahulu meletakkan solat itu di tahap yg paling tinggi dan penting dlm diri masing2…bagaimanakah kita umat akhir zaman ini...? wallahualam...

nota: sekadar menyampaikan apa yg telah didengari…semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat, insyallah...

Tuesday, July 13, 2010

jawatan kosong @ MSN...

salam kepada shbt dan rakan2 sekalian...kepada yg masih mencari pekerjaan dan berminat untuk menjadi warga Majlis Sukan Negara Malaysia, dengan ini dialu-alukan untuk memohon kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

  • pegawai belia dan sukan (gred S41) - 1 kekosongan
  • pegawai kaunseling (gred S41) - 1 kekosongan
  • penolong pegawai belia dan sukan (gred S27) - 8 kekosongan
  • penolong pegawai tadbir (gred N27) - 2 kekosongan
  • penolong pegawai aset (gred N27) - 1 kekosongan
  • penolong pegawai pengangkutan (gred N27) - 1 kekosongan
  • juruteknik elektrik (gred J17) - 1 kekosongan
  • pembantu tadbir (gred N17) - 3 kekosongan

kepada yg berminat, anda perlu menghantar beberapa dokumen yg diperlukan seperti berikut:

  • resume yang ringkas dan padat
  • salinan kad pengenalan
  • salinan sijil2 akademik / kelayakan dan sijil2 berkaitan yang telah disahkan
  • gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan)

calon hanya boleh memohon satu jawatan sahaja...tarikh tutup permohonan ialah pada 23 julai 2010...hanya calon yg melepasi tapisan akan disenarai pendek untuk temuduga...permohonan boleh dihantar ke:

Ketua Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

nota: untuk makluman, kesemua jawatan yg ditawarkan tersebut adalah berstatus kontrak...kepada shbt2 yg mengenali saya, boleh serahkan permohonan kpd saya utk dipanjangkan ke cawangan sumber manusia, insyallah...(tolong hantar je la...kalo nk kata cable tu xde la sbb kawe pun staff baru dan kontrak jgak, haha)...

Thursday, July 1, 2010

doa bulan rejab...


ya Allah...berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan...

slmt ulang tahun ayah...

selamat hari ulang tahun yg ke-51 buat ayahanda yg tersayang lg dicintai...doa sy panjatkan smoga ayah diampunkan segala dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, disembuhkan segala penyakit, diberi kelapangan dan dipermudahkan dari segala hal, smoga termakbul sgala yg dihajati, dan sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya di dunia dan akhirat kelak, insyallah...

ya Allah...
rendahkanlah suaraku bagi mereka...
perindahlah ucapanku di depan mereka...
lunakkanlah watakku terhadap mereka...
dan lembutkan hatiku untuk mereka...

ya Allah...
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku...
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku... peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

ya Allah...
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan...
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku...
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku...
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka...
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah...
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda...

ya Allah...
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku...
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku...
tetapi jika sebaliknya...
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka...
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu...
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu...
ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia maha agung...
serta anugerah yang tak berakhir...
dan Engkaulah yang Maha pengasih diantara semua pengasih...

amin ya Rabbul Alamin...


terima kasih di atas segala pengorbanan yg telah dicurahkan…selamat hari ulang tahun

Wednesday, June 23, 2010

judi & yahudi...

sejak tercetusnya isu ada pihak yg nk menghalalkan judi bola ni, maka banyaklah pihak yg tampil dgn pendapat masing2...ada yg menentang habis-habisan, ada yg buat tak tau, dan tak kurang juga ada yg menyokong, masyallah...apa pun, perkara ini telah membuka mata bnyk pihak mengenai kepincangan dunia dewasa ini...sebenarnya judi ni dh lama berleluasa di negara kita...dari yg besar2 seperti Genting, Magnum, Sport Toto, 4D, sehinggalah sekecil-kecil mesin kuda di pusat2 video game tu…jika mengikut perangkaan, antara sumber utama negara ini adalah dari cukai judi, arak, dan rokok yang terang2 diharamkan dalam Al-Quran…jadi tak hairanlah ada yg menyokong lesen judi ni sbb ia boleh memberi keuntungan besar kepada negara melalui cukai2nya…ni jenis manusia yg tak tau halal haram dan bertindak ikut undang2 sekular yg dianjurkan oleh Yahudi…tak ambil kira dosa pahala, tau nk untung besar je…lihatlah betapa tersepitnya kita sbg umat Islam akhir zaman ini yg ingin menegakkan kebenaran…tp bila dikaji balik, kita sendiri yg terima sumber2 haram walaupun bukan secara langsung…inilah duit2 yg digunakan utk pembangunan negara yg kita nikmati skrg ni…

sama la jugak dgn isu Palestine dan Yahudi Zionis ni...sebenarnya sejak zaman Rasulullah SAW lg, Yahudi mabuk ni dh menentang umat2 Islam…cuma di akhir2 zaman ini, umat Islam dh semakin leka dgn kesenangan hidup cara barat yg ditaja oleh Yahudi…bila ada beberapa ketika Zionis mengganas di bumi Palestine dan isu serangan misi bantuan kemanusiaan tempoh hari, barulah umat Islam serata dunia ni kalut nk bersuara…tu pun bukan pegi lawan balik, tp cuma dok bersidang kt hotel2 mewah, lepas tu keluar la bermcm2 resolusi yg sikit pun tak ditakuti oleh Yahudi mabuk ni…isu ni pun lebih kurang sama dgn isu judi td…kita asyik dok laungkan seruan anti-zionis dan anti-yahudi…tp dlm tak sedar, kita dok balun kebanyakan barang2 keperluan harian yg dikeluarkan oleh Yahudi ni seperti Colgate, Coca Cola, McD, Dunhill, Benson & Hedges dan bermacam2 lg…lihatlah betapa tersepitnya kita sbg umat Islam akhir zaman ini…bukan kita tak mau boikot brg2 Yahudi ni…tp apa boleh buat, kebanyakan brg2 tersebut adalah brg2 keperluan seharian yg kita digunakan turun temurun…

sedar tak sedar, negara dan seluruh dunia sedang menuju ke arah kekufuran yg semakin nyata...ini baru 2 isu yg dibincangkan...belum lg isu buang bayi, maksiat, rogol dan lain2 yg skrg ni dh sinonim dgn negara kita…inilah akibatnya kalau Al-Quran tu hanya digunakan utk bahan bacaan sahaja, dan tidak lebih dari itu, wallahualam…

jika ditanya tentang penyelesaiannya, tidak lain dan tidak bukan ialah kembali kepada cara kehidupan Islam yg dianjurkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW…tp, kalau ckp je mmg bunyinya senang…tp adakah semudah itu untuk melaksanakannya…kita juga perlu berpijak di bumi yg nyata kerana jika dilihat keadaan sekarang ini, org Islam pun dah tak mcm org Islam…kalau pun ada segolongan manusia yg nk ikut cara Islam, mereka akan dituduh sbg militan, pengganas, pelampau, puak pemisah, buang tebiat, dan sebagainya…akhirnya, sekali lg kita sbg umat Islam akhir zaman ini tersepit utk menegakkan agama Allah SWT…senang cerita, mmg kita sedang tersepit dan disepit oleh Yahudi mabuk lg celaka ini…

justeru, marilah kita sama2 berdoa dan berusaha sedaya yg boleh supaya dikurniakan seorang pemimpin @ khalifah yg dapat memimpin sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia ini utk menegakkan kembali Daulah Khilafah yg telah lama terkubur sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah satu ketika dahulu…jika ikut perangkaan, tentera Yahudi cuma ada lebih kurang 3 – 5 juta org sahaja, manakala tentera Islam di semua negara2 Islam ada lebih kurang 180 – 200 juta org…alangkah malunya kita jika dibandingkan dgn tentera Islam dlm Perang Badar yg dpt menewaskan tentera Musyrikin seramai 1000 org dgn kekuatan hanya 300 org sahaja…tp apa boleh buat, pemimpin2 negara Islam kebanyakannya telah dicucuk hidung2 mereka dgn rantai2 Yahudi dan Nasrani laknatullah…

nota: sekadar menyampaikan apa yg telah didengari…semoga ia memberi manfaat dan dpt menaikkan semangat jihad fisabilillah dikalangan kita sbg umat Islam akhir zaman ini…kpd yg sedang berjuang membantu rakyat Gaza, teruskan perjuangan mu…kpd yg sedang berjuang utk memansuhkan judi dalam negara ini, terus perjuangan mu…kpd sesiapa yg sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, teruskan perjuangan mu…pastinya doa2 kami sering mengiringi anda…doa agar semangat ini akan berterusan dan tidak akan padam sehinggalah tertegaknya kebenaran, insyallah…

Tuesday, June 22, 2010

andai kita mengetahui...

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:

"sesungguhnya solat yg paling berat bg orang-orang munafiq adalah solat isya' dan solat fajar (subuh)...kalau seandainya mereka mengetahui apa-apa yg ada di dalamnya, sungguh mereka akan mendatanginya meskipun harus dgn merangkak..."

huraian: jika seorang lelaki solat subuh berjemaah di masjid, Allah SWT akan memberi perlindungan dan rahmat-Nya dari waktu subuh tersebut, sehinggalah ke waktu isya' pada hari tersebut...dan jika seorang lelaki solat isya' berjemaah di masjid, Allah SWT akan memberi perlindungan dan rahmat-Nya dari waktu isya' tersebut, sehinggalah ke waktu subuh keesokan harinya...dan sekiranya ditakdirkan lelaki tersebut mati di antara waktu-waktu itu, nescaya ia mati di dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT...

nota: semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha ke arah nikmat Allah SWT, insyallah...

Monday, June 21, 2010

zionis & judi...

CERAMAH @ FORUM...

tajuk: "zionis dan judi..."

tempat: masjid fatimah az-zahra, taman kosas, ampang selangor...

tarikh: 22 jun 2010 (selasa)...

waktu: selepas solat maghrib...


nota: bersama kita meng'imarah'kan majlis ini...smoga mendapat manfaat & keberkatan dari-Nya, insyallah...

Wednesday, June 16, 2010

Rejab...

telah tiba bulan Rejab pada tahun ini...alhamdulillah, kita masih lg diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah SWT ini sehingga ke saat ini...setiap bulan2 dalam kalendar Islam mempunyai kelebihan2 yang tersendiri...begitu juga dgn bulan Rejab di mana beberapa perkara penting telah berlaku pada bulan ini seperti Perang Tabuk dan peristiwa Israk Mikraj...

justeru, marilah kita sama2 mengambil peluang utk memperbanyakkan amalan di bulan ini, semoga mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda dari-Nya...amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini adalah berpuasa sunat...maksud hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi...
puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya...
puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka...
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal...
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur...
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya...
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya...
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya...
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga...
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim...
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun...
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun...
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun...

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga...
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam...
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya...


setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya...tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah...dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali...sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka...

nota: marilah kita bersama2 berusaha untuk mencuba sebaik mungkin agar kita tidak terlepas peluang yg telah dianugerahkan oleh Allah SWT ini, insyallah...

Friday, June 11, 2010

sayyidul-ayyam...

hari ini adalah merupakan sayyidul-ayyam (penghulu segala hari)...marilah kita sama2 memperbanyakkan amal ibadat pada hari ini, insyallah...


asmaaul husna (99 nama Allah swt)...

al-Rahman - maha pengasih...
al-Rahim - maha penyayang...
al-Malik - maha merajai/memerintah...
al-Quddus - maha suci...
al-Salam - maha memberi kesejahteraan...
al-Mukmin - yang memberi keamanan...
al-Muhaimin - maha pemelihara...
al-Aziz - maha gagah...
al-Jabbar - maha perkasa...
al-Mutakabbir - maha megah, yang memiliki kebesaran...
al-Khaliq - maha mencipta...
al-Barik - yang melepaskan...
al-Musawwir - yang membentuk rupa...
al-Ghaffar - maha pengampun...
al-Qahhar - yang memaksa...
al-Wahhab - maha pemberi kurnia...
al-Razzaq - maha pemberi rezeki...
al-Fattah - maha pembuka rahmat...
al-Alim - maha mengetahui...
al-Qabid - yang menyempitkan...
al-Basit - yang melapangkan...
al-Khafid - yang merendahkan...
al-Rafik - yang meninggikan...
al-Muiz - yang memuliakan...
al-Muzil - yang menghinakan...
al-Samik - maha mendengar...
al-Basir - maha melihat...
al-Hakam - maha menetapkan...
al-Adl - maha adil...
al-Latif - maha lembut...
al-Khabir - maha mengetahui rahsia...
al-Halim - maha penyantun...
al-Azim - maha agung...
al-Ghafur - maha pengampun...
al-Syakur - maha pembalas budi...
al-Ali - maha tinggi...
al-Kabir - maha besar...
al-Hafiz - maha menjaga...
al-Muqit - maha pemberi kecukupan...
al-Hasib - maha membuat perhitungan...
al-Jalil - maha mulia...
al-Karim - maha pemurah...
al-Raqib - maha mengawasi...
al-Mujib - maha mengabulkan...
al-Wasik - maha luas...
al-Hakim - maha bijaksana...
al-Wadud - maha pencinta...
al-Majid - maha mulia...
al-Bais - maha membangkitkan...
al-Syahid - maha menyaksikan...
al-Haq - maha benar...
al-Wakil - maha memelihara...
al-Qawi - maha kuat...
al-Matin - maha teguh...
al-Wali - maha melindungi...
al-Hamid - maha terpuji...
al-Muhsi - maha menghitung...
al-Mubdik - maha memulai...
al-Muid - maha mengembalikan kehidupan...
al-Muhyi - maha menghidupkan...
al-Mumit - maha mematikan...
al-Hai - maha hidup...
al-Qayyum - maha mandiri...
al-Wajid - maha penemu...
al-Majid - maha mulia...
al-Wahid - maha esa...
al-Ahad - maha esa...
al-Samad - tempat meminta...
al-Qadir - maha menentukan, maha menyeimbangkan...
al-Muqtadir - maha berkuasa...
al-Muqaddim - maha mendahulukan...
al-Muakhir - maha mengakhirkan...
al-Awwal - maha awal...
al-Akhir - maha akhir...
al-Zahir - maha nyata...
al-Batin - maha ghaib...
al-Wali - maha memerintah...
al-Mutaali - maha tinggi...
al-Bar - maha penderma...
al-Tawwab - maha penerima taubat...
al-Muntaqim - maha penyiksa...
al-Afu - maha pemaaf...
al-Rauf - maha pengasih...
Malik al-Mulk - penguasa kerajaan (semesta)...
Zu al-Jalal wa al-Ikram - pemilik kebesaran dan kemuliaan...
al-Muqsit - maha adil...
al-Jamik - maha mengumpulkan...
al-Ghani - maha berkecukupan...
al-Mughni - maha memberi kekayaan...
al-Manik - maha mencegah...
al-Dar - maha memberi derita...
al-Nafik - maha memberi manfaat...
al-Nur - maha bercahaya...
al-Hadi - maha pemberi petunjuk...
al-Badik - maha pencipta...
al-Baqi - maha kekal...
al-Waris - maha pewaris...
al-Rasyid - maha pandai...
al-Sabur - maha sabar...


nota: jgn lupe gi solat jumaat hari ini...

Thursday, June 10, 2010

orang lain buat angkara, orang lain kena sekat...

berita harian, 10 Jun 2010:
ketika masyarakat dunia sedang sibuk dok suruh PBB menyiasat Israel yg kejam menyerang bantuan kemanusiaan ke Gaza, PBB pula dok sibuk nk buat sekatan ketenteraan dan ekonomi ke atas Iran kerana mendakwa Iran membangunkan teknologi nuklear...hai la dunia skrg ni, yg zalim, kejam dan membunuh dibiarkan saja...yang tak buat apa2 ni pulak yg disekatnya...sejak dari dulu lg, PBB ni mmg boneka Yahudi dan Nasrani...skrg ni mmg lg ketara dgn tindakan2 bodoh yg dorg ambil...motifnya hanya satu iaitu menindas umat Islam, dan mengagungkan kaum Yahudi dan Nasrani...segala tindakan keamanan dan bantuan2 oleh PBB selama ini hanyalah utk mengkaburi pemimpin negara2 Islam yg buta dan tuli supaya mereka menganggap yg PBB inilah yg akan menaungi keamanan dunia sejagat...hakikatnya sungguh tertipulah kita wahai umat Islam...

pernahkah kita terfikir kenapa Allah swt menjadikan umat Islam lemah dan kaum Yahudi dan Nasrani ini kuat (kuat luaran je la)...lihatlah bagaimana kaum2 laknatullah ini bersatu untuk menindas Islam...dalam rancangan sekatan ke atas Iran ini, Amerika, Britain, Perancis, dan sekutu2nya Russia, China, Jerman dan kebanyakan negara Eropah yg lain telah menyatakan sokongan utk menyekat dan seterusnya menindas Iran...lihatlah betapa kuatnya kesatuan mereka...adakah negara2 Islam hari ini benar2 bersatu...ya, mmg benar mereka bersatu dalam Liga Arab...tp sebenarnya kebanyakan negara Islam dalam Liga tersebutlah yg mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara laknatullah itu...Liga itu juga telah 'ditarik hidungnya' oleh Amerika dan sekutu2nya...

pokok pangkalnya, kunci utk mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah swt ini adalah dengan bersatunya umat2 Islam di seluruh dunia...sebelum Rasulullah saw wafat, Baginda telah memohon 3 doa untuk umat Islam iaitu:

1) umat Islam tidak akan hilang / pupus dari dunia ini...
2) umat Islam dikurniakan rezeki dan tidak kelaparan dalam dunia ini...
3) umat Islam sentiasa bersatu dalam dunia ini...


dua doa yg pertama itu dimakbulkan oleh Allah swt...walaubagaimanapun doa yg ketiga tidak dimaklbulkan oleh-Nya...mengapa...? kerana Allah swt mahu menguji tahap keimanan umat Islam akhir zaman ini...Kahlifah Agung Islam satu ketika dahulu iaitu Sultan Salahudin bin Ayyubi juga pernah menyatakan: "sekiranya umat Islam tidak bersatu, mereka diibarat seperti buih-buih yang sangat banyak, namun sangat lemah..."

so, tak guna la kita bersusah payah nk mintak tolong kt PBB tu...takde apa2 kesan pun kt Israel...last2 nti, senyap balik...yang tak senyap2 cuma bunyi peluru dan bom ke atas Gaza yg sentiasa akan berbunyi menandakan setiap hari akan ada nyawa umat Islam yg melayang di bumi Gaza...sy sbg insan yg lemah ini menyeru agar kita sebagai umat Islam mencari jalan utk menyatukan semula Islam di dunia ini...jgn hanya duduk sambil berkata, "aku hanya rakyat biasa yg tak mampu buat apa2..." sebenarnya ada jalan utk tujuan tersebut...cuma kita perlu sedikit usaha utk mencarinya dgn ikhlas, insyallah...mungkin juga usaha ini sedikit memeritkan dan memerlukan pengorbanan... wallahualam...

Tuesday, June 8, 2010

slmt pengantin baru; botak & intan...

mudek, peon, ally (pengapit), itik, rock, lan, ayie, nawi, hery, kemo, baom bersama
pasangan pengantin botak & intan...

tahniah buat sahabatku mohd azuan @ botak dan zarila @ intan yang telah melangsungkan perkahwinan...alhamdulillah, cinta yang terjalin sejak dari universiti akhirnya menuju ke jinjang pelamin...

botak merupakan salah seorang rakan yang aku kenali sejak mula-mula menjejak kaki ke UiTM shah alam dan telah bersama2 beliau sejak mula2 masuk diploma sehinggalah habis ijazah selama lebih kurang 5 tahun...beliau mmg merupakan sahabat dan individu yang sangat baik dan pelajar yg sukses dlm stdy...kenangan masa kt hostel, umah sewa dan masa main bola dulu mmg tak bleh aku lupe...yg paling aku takleh lupe adalah gelak ko yg mcm siot tu, haha...kalo bab menganjing org, mcm c***k*, hahaha...

umah botak @ felda keratong 2, pahang...

aku doakan agar kalian dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah, insyallah...

Tuesday, June 1, 2010

askar pondan...


berita harian, 1 Jun 2010:
harian metro, 1 Jun 2010:

tidak cukup dengan menentang tentera Hamas yg bertapak di Gaza, kini askar @ anjing Israel mensasarkan pula serangan kepada misi bantuan kemanusiaan yg ingin membantu rakyat Palestin di Gaza...konvoi yg hanya membawa beras, makanan, selimut, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya, diserang dengan menggunakan helikopter, bot tentera, komando, senapang, dan peluru2 hidup...bukankah ini tindakan pengecut lagi pondan...walaupun hingga ke tahap ini diperlakukan oleh Israel, namun umat Islam di dunia ini tidak dapat berbuat apa2 selain hanya menjalankan protes dan bantahan di jalanraya sahaja...

"ya Allah, kami memohon kepada-Mu…jika tidak Kau kurniakan burung2 Ababil yang membawa batu2 dari neraka yg pernah menghancurkan tentera Abrahah dan Habsyah satu ketika dahulu, sekurang2nya Kau kurniakanlah kepada kami seorang insan seperti Umar al Khattab, atau Khalid al Walid, atau Salahudin al Ayyubi untuk menyatukan semula umat Muhammad SAW di akhir zaman ini dan seterusnya memimpin kami menentang Israel laknatullah ini, serta menegakkan semula Daulah Khilafah yakni pemerintahan seperti di zaman Khalifah ar Rasyidin yg mengikut hukum2 Engkau yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW secara total dan menyeluruh tanpa ada lagi undang2 yang dicipta oleh manusia…"

"ya Allah, kurniakanlah kami seorang pemimpin yang benar2 beriman dan zuhud kepada-Mu yang hanya akan berjuang semata-mata untuk mendapat keredhaan dari-Mu demi menegakkan semula kegemilangan Islam…kurniakanlah kami seorang pemimpin yang adil dan bijaksana serta tidak dapat dibeli dengan harta, pangkat, wang, dan wanita...amin ya Rabbul Alamin…"

Thursday, May 20, 2010

sayang mak...

selamat hari ulang tahun yg ke-52 buat ibunda yg tersayang lg dicintai...pengorbanan mak sejak sy masih dlm kandungan, sehinggalah skrg mmg tiada tolok bandingnya...doa sy panjatkan smoga mak diampunkan segala dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, disembuhkan segala penyakit, diberi kelapangan dan dipermudahkan dari segala hal, smoga termakbul sgala yg dihajati, dan sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya di dunia dan akhirat kelak, insyallah...semmgnya sy sedar bhwa sgala yg sy kecapi pada hari ini adalah berkat dari pengorbanan dan doa mak dan ayah yg tak pernah jemu mendoakan anak2nya dan tidak pernah jemu melayan sgala kerenah anak2nya...sesungguhnya sy amat2 bersyukur kerana dikurniakan ibu seperti mak dan bersyukur kerana masih lg dpt mengecapi nikmat kasih syg seorang ibu sehingga hari ini...


ya Allah...
rendahkanlah suaraku bagi mereka...
perindahlah ucapanku di depan mereka...
lunakkanlah watakku terhadap mereka...
dan lembutkan hatiku untuk mereka...

ya Allah...
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku...
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku...
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

ya Allah...
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan...
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku...
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku...
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka...
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah...
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda...

ya Allah...
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku...
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku...
tetapi jika sebaliknya...
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka...
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu...
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu...
ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia maha agung...
serta anugerah yang tak berakhir...
dan Engkaulah yang Maha pengasih diantara semua pengasih...

amin ya Rabbul Alamin...


selamat hari ulang tahun mak......mak, ayah, ampunkanlah dosa anakmu ini......

Monday, May 17, 2010

K.K...

program: Kejohanan Pairs Kebangsaan 2010...
sukan: Lawn Bowls
tarikh: 12 - 15 Mei 2010...
tempat: Kompleks Lawn Bowls Kota Kinabalu, Sabah...


bersama pasukan lawn bowls kebangsaan...tahniah kepada yang telah terpilih untuk menggalas misi negara ke temasya Sukan Komanwel 2010 akan datang di New Delhi, India...













permandangan indah di KK...











masjid terapung @ teluk likas...


nota: dh sampai KK, tp tak kesampaian nk naik gunung kinabalu...huk3, sedih...xpe lah, insyallah lain kali, haha...

Monday, May 10, 2010

abih dah...


EPL dh melabuhkan tirainya utk sesi 2009/2010 pada mlm semalam dgn menyaksikan chelsea sekali lg dpt menjuarai piala liga tersebut diikuti m.u di tempat ke-2, arsenal di tempat ke-3, spurs di tempat ke-4, dan seterusnya team2 cap ayam yg lain di tangga ke-5 hingga ke-20...

malang lg season ni, arsenal tak dpt menjuarai apa2 piala pun...tp xpe, aku tetap bangga kerana hanya dgn pemain2 muda, masih lg mampu menduduki kelompok 5 terbaik dan layak ke champions league next season...(ayat nk sedapkan hati, huhuhu...) apa2 pun, keputusan dh keluar...yg menang tetap menang, yg kalah bleh cuba lg...hrp2 arsenal akan turun dgn team yg lebih mantap next season, hehe...

nota: lepas ni bleh rilek jap tgk bola...tnggu final champions league dan world cup 2010...skrg, layan piala thomas dulu, hehe...

Wednesday, May 5, 2010

ala la la la tok...

brape banyak saman daa kena setelkan...roadtax pun dah nk mampuih ni, huhu...kena la setelkan segala saman2 yg ada...tu la, sblm ni taknak setelkan skit2...padan muke aku, haha...

rasenye x pernah kena tahan ngan polis...tibe2 sampai je surat dari bukit aman sruh setelkan saman...tergezut jgak tgk jumlah dia, mampuih aku, huhu...semuanya saman had laju...kena tembak dgn kamera kt highway dan jalan2 persekutuan, hadoiyaii...

teringat plak lagu "ala la la la tok, ala la la la tok, jgn saman, tolong...ala la la la tok, ala la la la tok, tok jgn saman...tolong la jgn samaaannn"...haha

nota: lepaih ni jadi pemandu berhemah la aku...haduh, syg duit beb, mcm2 benda boleh buat...tak pasai2 kena bayaq saman, huk3... ; (