"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, February 25, 2010

mari berselawat...

sabda Rasulullah s.a.w: "sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku...dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga..." (riwayat al-sajary daripada anas)...

"sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w)...wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan..." (al-ahzab: 56)...


Kelebihan berselawat:

1) mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w...
2) mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w (dengan izin Allah s.w.t jua)...
3) mendapat keampunan dosa dari Allah...
4) diberi pahala dari Allah s.w.t...
5) mendapat ketenangan jiwa...
6) mendapat rahmat dari Allah s.w.t...
7) mendapat hajat dunia dan akhirat...
8) digembirakan dengan syurga...
9) menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w di akhirat nanti...


nota: justeru, marilah kita sama2 sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...disamping itu, marilah jua kita sama2 berusaha untuk mengikut sunnah2 Baginda yg telah ditinggalkan kepada umat2nya sebagai petunjuk dan ikutan agar tidak tersesat dalam perjalanan, insyallah...

selamat menyambut hari keputraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w @ maulidur rasul 1431 hijrah...

Wednesday, February 24, 2010

re'brand'ing...

pengumuman wahai penjengok2 sekalian...

hari ni, blog aku ni dh bertukar nama daripada "perjalanan...", tukar ke "hijau bumi Tuhan..." maka, nickname aku dlm blog pun akan bertukar ke "hijau bumi Tuhan..." jugak... walaubagaimanapun, address blog ini masih lg sama iaitu, http://nurazlanshahbinadam.blogspot.com...

nota: ini adalah untuk makluman tuan2, puan2, dan penjengok2 sahaja...saje je tukar nama...rebranding la konon2, haha...tp isi tetap sama, dan penulisnya pun tetap org yg sama, hehe...

Tuesday, February 23, 2010

al-fatihah...

ucapan takziah diucapkan kepada rakan sekelasku dan rakan se'outdoor team'ku iaitu pn. fairulfauziema @ kak ema @ manjung d' kejo diatas kepulangan ayahanda beliau ke rahmatullah pagi td...marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga roh allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan org2 yg beriman dan ditempatkan di dalam syurga Allah s.w.t...

kpd k. ema: bnykkan bersabar dan beristighfar...Allah lebih menyayangi arwah, insyallah...

Monday, February 22, 2010

captain jack's wedding...

dengan doa tulus ikhlas...semoga berkekalan, gembira dan bahagia hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat...semoga dikurniakan keluarga yang bahagia, anak2 yg soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...terima kasih diatas undangan...tahniah dan selamat pengantin baru buat saudara mohd rafsan saadun @ shawn @ hakikat rimba @ capt. jack sparrow...

berseri-seri si merpati 2 sejoli...


pengapit control ensem & control cun, hehehe...

"kami dari keluarga PERLU, mengucapkan selamaaattt pengantin baruuuuu......."

nota: shon, aku tnggu kemunculan jack sparrow jr, haha...lepaih ni standby serang umah cik sue plak kt beranang, insyallah...hehe

expose de scene...

"expose de scene camp 2010..."

tamat sudah cuti pnjg aku selama lebih smnggu...hari ni, mengadap blk keje yg bertimbun2 kt opis ni, hahaha...tp dlm kpale otak ni masih lg teringat2 kt final camp yg baru lepas di gopeng, perak...mcm2 xtvt yg dijalankan termasuklah camp craft, tubing, caving, navigation, survival, dan low rope course...fuh, mmg sronok sgt dpt gi final camp...smangat final camp masa blaja dulu dtg blk dlm diri...mmg tak puas, rasa mcm nk tmbh lagi seminggu, haha...dpt bersua dgn rakan2 lama dan baru, disamping dpt mempelajari ilmu2 baru bersama para pensyarah, rakan2, dan adik2 participant...

trima ksih kpd para pensyarah, PERLU, fasilitator2, first aider, abg2 pemandu, dan adik2 participant dari UiTM Shah Alam & Jengka, Kolej Instedt dan Kolej Shahputra serta semua yg terlibat dlm camp ini...trima ksih kerana memberi ruang dan peluang kpd saya utk menimba ilmu dan pengalaman bersama2 anda semua...mohon maaf diatas sebarang kesilapan sepanjang sy menjalankan tugas...halalkan segala makan, minum dan ilmu yg diberi...











sebelum dan selepas...












apa yg penting...???

bersama beberapa org pensyarah

bersama sebahagian dari fasilitator...


nota: sepanjang final camp kali ni, aku hanya dok kt kwsn perkhemahan je...mmg aku ditugaskan utk bantu xtvt navigasi yg dijalankan di kwsn perkhemahan dan bantu xtvt camp craft...alhamdulillah, semua xtvt berjalan lancar tanpa masalah yg besar...smoga berjumpa lg di lain hari...luv u all...

Friday, February 12, 2010

tukar plan...

2, 3 hari ni btol2 all out aku buat keje...kna setelkan apa2 yg urgent...maklum le, mnggu depan nk cuti seminggu...smbung terus cuti tahun baru cina...mcm aku plak yg smbut gong xi fa cai, hahaha...pada mulanya, perancangan cuti ni adalah ke rumah kawan2 yg melangsungkan perkahwinan...dari utara smpai selatan, dari timur sampailah barat, sumenye ada jemputan kawen...peh, berlumba2 org nk kawen skrg...bile la nk smpai masa aku plak ye, huhu...

tp ada skit perubahan jadual dimana aku akan membantu shbt2 PERLU utk final camp pelajar2 diploma yg akan diadakan di gopeng, perak pada 13 - 17 feb ni (tak abih2 menyibuk je aku ni, hehe)...hrp2 shbt2 yg lain pun dpt turut sama turun final camp ni...lama dh tak jumpe korg...sejak keje, dh bnyk miss gi final camp...alhamdulillah, kali ni ada rzki dpt pegi, insyallah...

nota: kepada saudara syarnizal @ syar yg melangsungkan perkahwinan pada 15 feb ni di penang, aku mntk maaf sgt2 syar...tak dpt nk pegi kawen hang...jgn marah ye, ada komitmen dgn camp la...aku doakan hang bahgia dan jodoh brkekalan sehingga ke anak cucu dan sepnjg hayat...kepada saudara rafsan @ shawn yg kawen 15 feb ni, aku pun nk mntk maaf sbb tak dpt nk ikut rombongan ko ke perak...tp insyallah, aku akan pegi yg kat jengka nti...

smoga apa yg dirancang, dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya...

Wednesday, February 10, 2010

berape banyak bombe...

"wah, bukan main marah lg dia..."
"ssshhhhhhhh..."
"apa tak boleh cakap ke..."

"kekanda, maafkan lah adinda..."
"aahhh, bukankah kau tau yg kesukaan aku adalah belacan.."
"kenapa masak sayur asam tak campur belacan..."
"nah, skrg aku akan pancung leher kau..."

"ehhh apa daa, pasal sambal belacan pun nk pancung memancung ke..."
"sssssshhhhhhhh..."
"ehhh apa ssshhhh..."
"kau sememangnya manusia durjana, snggup kau mnggunakan kekerasan trhadap wanita..."
"lebih baik kau mntk maaf skrg, kalo tak lembam bijik mata kau..."

"eh, apa ni...?"
"eeehhhh..." (gedebuk)...

"eeehhh..."
"woi, belum kena dh jatuh ke..."
"eehh, jgn main bangsat tau..."
"owh, kalo brani mari la fight one by one..."
"apa kau ingat lubang hidung kau besar aku takut ye..."

"ishh, apa la korg ni...ini semua belakon la..."
"belakon pun belakonlah...tp takkan pasal sambal belacan pun nk pancung memancung..."
"dh ceritanya mcm tu, nk buat mcmmane..."
"ala, buat la cerita kumbang terbang ke, ikan emas ke, ayam belaga ke..."

"korg nmpk itu pintu besar tak..."
"dgn perintah aku, dipersilakan get ooouuuttt...get ooouuuttt..."
"sabar tuan director, sabar...dorg bertiga ni dtg nk screen test..."

Monday, February 8, 2010

cukuplah...

adeh, dh la tu kwn2...jgn le 'bahan' aku lg...dh 2 mnggu berturut2 dh aku kena ni...dh bernanah dh telinga ni...ok la, korg mmg power...ala, bdk2 aku baru kuar akademi...experience tak banyak lg...tnggu la skit hari lg...dh la tak ramai player yg perpengalaman, ramai injured plak tu...xpe2, hari ni hari korg...nti aku dh menang, siap la korg...

nota: minggu dpn mesti menang punye...hahahaha...

Tuesday, February 2, 2010

spirit camp...

alhamdulillah, hujung minggu lepas dpt skali lagi join 1st camp pelajar2 diploma dari UiTM Shah Alam, UiTM Jengka, Kolej Shahputra dan Kolej Insted...selalunya 1st camp mcm ni akan diadakan di bukit cherakah...tp kali ni, mereka bertukar angin ke UiTM Jengka dimana lokasi camp tersebut adalah di hutan simpan di dalam kawasan UiTM Jengka sendiri...mmg satu pengalaman yg baru, termasuklah tempat baru serta lecturer2 yg baru...wlaupun lecturer baru, tp otai2 semuanya...bnyk yg dpt sy pelajari...

ucapan terima kasih kepada semua lecturer, fasilitator, persatuan PERLU, pegawai pengiring, serta para peserta yg memberi ruang kepada saya utk bersama dalam camp ini...maaf kerana tidak memaklumkan dgn lebih awal tentang kehadiran saya...tahniah kepada semua yg menjayakan camp ini...semoga lebih success di final camp akan dtg, insyallah...

gambar kenangan bersama para pensyarah...berdiri dari kiri: ustat, en mustakim, en khaizani, en azizul, en lufti, en zainal, aku...duduk dari kiri: en shariman, en yanto (pegawai pengiring)...

nota: kebanyakan para pensyarah adalah classmate masa blaja dulu...skrg dh jadi lecturer beb...mmg mantap la korg...teruskan menabur ilmu demi kemajuan rekreasi tanah air...wa salute lu all, chayok2...