"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Friday, July 29, 2011

salam ramadhan 1432H...

aduhai, dh lama sgt tak update blog ni...jgn kata update, nk bukak pun susah, haha...rasa mcm baru je berlalu bulan puasa yg lepas...pejam celik pejam celik, lg 3 hari je lg kita akan sambut ramadhan yang seterusnya...cepatnye masa berlalu...

apa2 pun, kita akan sekali lg menemui bulan yg sgt mulia ini...syukur alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umur dan memberi kesempatan untuk menikmati kerahmatan bulan ramadhan ini...semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dari yg sebelum2nya...semoga segala amalan dan usaha ke arah kebaikan akan diterima oleh-Nya dan diampunkan segala dosa, insyallah...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H...

Tuesday, March 22, 2011

dunia hari ini...

tsunami di jepun - petunjuk dan pengajaran dari Allah swt kepada hamba2Nya yg sering lupa dan lalai kepadaNya...tidak mustahil ia akan berlaku di tempat kita jika kita terus leka dibuai keseronokan duniawi tanpa memikirkan balasan di akhirat kelak...

serangan di libya - menunjukkan sifat kurang ajar yahudi kepada umat Islam...mengambil kesempatan dgn alasan utk membebaskan rakyat libya yg kononnya di bawah pemerintahan rejim muammar ghadafi...lalu di bomnya habis-habisan kota libya tersebut...tp ini semua salah umat Islam juga yg tak reti2 nk bersatu...bahkan, liga arab sendiri yg bagi green light utk serangan tersebut, masyallah...lepas ni, jatuhlah libya ke tangan amerika...dptlah dorg mengaut segala lombong minyak di negara itu dan menukar perlembagaan dan pemerintahan negara tersebut mengikut telunjuk mereka...

kitab bible dlm bahasa melayu - ini satu lagi kerja sial yahudi yg nk menyesatkan umat Islam kt negara kita...kesannya pasti amat buruk sekali...dikhuatiri lebih ramai umat Islam yg tak brape nk Islam akan terpengaruh dan murtad satu hari nti...kita sibuk nk jaga kepentingan kaum dan agama lain...tp dlm diam2, mereka tikam belakang kita balik...mmg kita dh tau yg si yahudi ni pasti akan menyesatkan umat Islam sampai ke akhirat kelak walau dgn cara apa sekali pun...cuma kita yg buat2 tak sedar dan pandang remeh benda2 mcm ni...

anak2 muda melayu - sabtu lepas aku ke plaza low yat utk mencari bateri laptop...sepanjang berada di kwsn bkt bintang tu, aku dh tak boleh nk bezakan org melayu, org cina dan pelancong omputih...tak dpt bezakan umat Islam dan org kafir lahanat...terutamanya bdk2 muda dan bdk2 skolah yg aku rasa dlm form 3 - 5 kot...bdk2 melayu ni punye dressing, mak aiiii, dh mcm nk gi grammy award...bukan saje glamor, tp seksi dia mmg tahap dewa la...yg dahsyatnye, bdk2 kita lg seksi dari mat saleh...tak tau la nk salahkan mereka atau mak bapak mereka...

nota: tentang masalah anak2 muda melayu kita ni, aku rasa mmg tak akan dibendung oleh pihak yg berwajib...so, perkara ni aku nmpk akan terus berlaku dan ia akan semakin teruk dan terus teruk sehinggalah tahap sosial kita akan sama seperti negara2 barat nti...bila tgk fenomena ni, rasa syukur sbb Allah swt masih belum lg turunkan bala pada kita...tp cuba bygkan bala seperti tsunami dtg pada kita, nauzubillah...mgkin kita takkan kena serang la dgn amerika sbb sistem pemerintahan kita ni dh pun mengikut sistem pemerintahan kufur mereka...so, amerika tak payah susah2 nk bom kita lg sbb sejak tahun 1957 lg, negara kita dh terima perlembagaan taghut british dan seterusnya menolak perlembangaan hudud dan qisas Islam yg telah diajar dalam Al-Quran Karim...skrg ni dorg tgh slow2 nk memurtadkan generasi2 muda kita pulak...makin lama, makin lemah umat Islam zaman skrg ni...amerika, u.k, spain, itali, denmark dan lain2 boleh bekerjasama utk hancurkan negara Islam...tp kenapa la 157 negara Islam di dunia ni tak boleh bersatu utk hancurkan yahudi celaka ni...wallahulam, hanya Allah swt yg maha mengetahui segala2nya...

Monday, February 14, 2011

ya nabi salammualaika, ya rasul salammualaika...

ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika...
ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika...
ya habibi salammualaikaYa nabi salammualaika...
ya rasul salammualaikaYa nabi salammualaika...
ya rasul salammualaikaYa habibi salammualaika...

telah terbit bulan purnama...
cahayanya menyinari kami...
kau contoh akhlak terpuji...
wajahmu penyejuk hati...

kau bagaikan matahari...
cahaya menerangi bumi...
engkaulah permata hati...
bertakhta di sanubari...

ya habibi Ya Muhammad...
penyeri timur dan barat...
kau yang gagah, yang mulia...
engkaulah imam kami...

ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika...
ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika...
ya habibi salammualaikaYa nabi salammualaika...
ya rasul salammualaikaYa nabi salammualaika...
ya rasul salammualaikaYa habibi salammualaika...


sempena hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w, marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atasnya...semoga kita mnedapat syafaat dan kasih sayang darinya di akhirat sana...marilah sama2 berusaha menjadi umatnya yg sentiasa mengingati junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w sepanjang masa di samping mencontohi akhlak dan sunnah baginda, insyallah...selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H...

Monday, January 31, 2011

tasik chenderoh...

smoga semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau perkara2 buruk...smoga diberi kekuatan utk bertugas dgn baik...smoga dpt menimba lebih bnyk ilmu2 dan pengalaman2 baru...semangat dan perasaan seperti dahulu kembali memuncak dlm diri...maklumlah, jarang dpt bersama2 setiap tahun akibat kekangan kerja...namun tahun ni, masa dan waktu agak molek dek cuti tahun baru cina ni...tak sabar rasanya nk menikmati keindahan ciptaan Ilahi...ingin ku tinggalkan seketika keserabutan ini...bukanlah bermaksud ingin lari dari sgala masalah...namun ini peluang utk merehatkan minda buat sementara waktu sambil melakukan perkara yg amat di minati, haha...smoga diberi perlindungan oleh yang Maha Kuasa, insyallah..."tasik chenderoh, here I come......"

Monday, January 17, 2011

tahun baru, sukan baru...

syukur alhamdulillah...masih lagi diberi rezeki oleh Allah s.w.t utk bertugas di Majlis Sukan Negara Malaysia pada tahun ini...maklumlah staff kontrak, every year kena renew kontrak, haha...terima kasih kepada pihak atasan Majlis kerana menyambung kontrak saya utk tahun ini...terima kasih kerana masih lg memberi kepercayaan utk saya menjalankan tugas di sini...

sedar tak sedar, dh dekat 3 tahun aku kt MSN ni...15 Feb 2011 ni, genap la 3 tahun aku bertugas di sini...masih dikira org baru la kot...bak kata org2 lama, cop jari pun belum kering lg, hehe...so far, mmg enjoy keje kt sni...bnyk benda2 baru dan pengalaman dpt ditimba...

tahun ni, satu lg pengalaman dan cabaran baru bakal aku tempuhi...amanah telah diberikan utk aku menguruskan sukan baru pada tahun ini...2 tahun lepas, aku cuma menguruskan pasukan Lawn Bowls dan pasukan Hoki Wanita sahaja...namun pada tahun ini, aku telah dipertanggungjawabkan utk menguruskan pasukan Hoki Lelaki, Hoki Wanita dan Karate...pastinya tanggungjawab ini akan lebih berat berbanding yg lepas...namun amanah yg diberi perlu dijalankan dgn sebaik mngkin...






pencapaian pengurus sukan sebelum ini yg berjaya membawa pasukan Hoki Lelaki Negara memenangi pingat perak di Sukan Asia 2010 dan kejayaan skuad Karate Negara merangkul 2 pingat emas di temasya yg sama perlu aku teruskan dan pertingkatkan lg...utk sukan Hoki Wanita, bnyk lg yg perlu difikirkan utk memastikan pasukan negara dpt memberi saingan diperingkat Asia bersama pasukan China, Korea, India dan sbagainya...

skali lg ucapan terima kasih kpd pihak atasan Majlis yg memberi kepercayaan tersebut kpd sy...akan sy pegang kepercayaan ini sbg satu amanah yg perlu dijalankan sebaik mngkin...sgala tunjuk ajar dan bimbingan masih lg perlukan bg sama2 meningkatkan mutu sukan negara ke arah yg lebih membanggakan...smoga aku dpt menjalankan tugas ini dgn baik dan berkesan dgn pertolongan dari-Mu wahai Allah...akhir kata, "majulah sukan untuk negara..."

Monday, December 6, 2010

selamat datang 1432 H...

doa akhir tahun...

ertinya:
dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta para keluarga dan sahabatnya...ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untuk ku, dan Engkau telah mengajak ku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat..kerana itu ya Allah, ku mohon ampun dari-Mu dan ampunilah aku dengan kemurahan-Mu...segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah, wahai Zat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah...dan semoga Engkau memberi rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya...


doa awal tahun...

ertinya:

dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabatnya...ya Allah Engkaulah yang abadi...dan hanya kepada anugerah-Mu yang maha agung dan kepermurahan-Mu tempat bergantung...dan di tahun baru yang telah tiba...kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan setan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya...dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami taat melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan...semoga Engkau sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, Nabi yang Ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya...


Selamat Menyambut Awal Muharam 1432 H...semoga tahun hadapan akan memberi satu lembaran baru dalam usaha untuk kita menjadi seorang muslimin dan muslimat yang benar2 bertaqwa kepada-Nya...semoga tahun akan datang akan lebih baik dari sebelum2nya, insyallah...

Monday, November 8, 2010

dah pindah...

salam...

untuk makluman semua, saya telah berpindah rumah dari Ampang ke Putrajaya...ibu saya telah bertukar tempat bertugas di Putrajaya dan mendapat sebuah kuarters kerajaan...berikut adalah alamat rumah kami di Putrajaya:

A-T02-U01,
Blok A-Parcel 5R1,
No 1 Jalan 6,
Presint 5,
62200 Putrajaya.

lokasi: dkt Presint 5, berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dan Pullman Lakeside (Hotel & Resort)...

nota: kalo ke Putrajaya, jemputlah ke rumah...

Tuesday, September 28, 2010

ini boleh mendatangkan marah...


bukan susah sgt pun nk bg signal sblum belok...suis signal tu btol2 dekat dgn stering kereta...cuma perlu tolak ke atas bila nk belok kiri, dan tolak ke bawah bila nk belok kanan...lepas belok, tak perlu susah2 nk off balik signal tu...dia akan off sendiri bila stering dh tegak...bersusah payah engineer kereta ni memikirkan teknologi utk buat signal kereta tu semata-mata utk keselamatan semua pengguna jlnraya...tp malangnya ramai lg pemandu yg tak reti nk bagi signal bila nk belok...

adakalanya bile berhadapan dgn pemandu2 spt ini, boleh naik darah dibuatnye...mana taknye, kadang2 sampai kena emergency break...di samping mengundang bahaya kpd org lain, ia juga dpt meningkatkan tahap kemarahan pemandu lain ke tahap maksima...lalu terkeluarlah cacian dan maki hamun kpd pemandu 'bodoh' tersebut...tp dia bukan dgr pun, kita je dok maki sorg2 dlm keta, haha...tak pasal2 je dpt dosa kering...

seringkali penunggang motosikal yg menjadi mangsa...dah la tak reti bg signal, cermin blkg pun tak reti nk tengok...tiba2 teruih je belok...mmg 'bodoh' lagi 'mangkuk hayun' org2 sebegini rupa...bukan saja pemandu2 baru, malah pemandu2 lama pun ramai yg 'bengong'...mngkin bile dorg pasang signal, minyak kereta akan kurang kot...sbb tu la susah sgt nk bg signal...ntah la, bukan la nk berdoa benda2 buruk...tp kalo kena dkt diri sndiri atau insan2 yg terdekat, baru dorg nk sedar kot...

kpd pemandu2 'mangkuk hayun' sekalian...tolong la ubah cara pemanduan tu...anda menyusahkan pengguna jlnraya yg lain...kalo anda masih teruskan perangai 'bahalol' ni, setiap pengguna jln raya yg lain akan menyumpah seranah anda...bayangkanlah dalam satu hari, 3 org ckp anda 'bodoh'...kalo sebulan atau setahun, dh berapa bnyk 'bodoh' yg anda dpt...mngkin sbb tu anda jadi btol2 'bodoh' smpai ke tua tak reti nk bg signal bile bwk kereta...wallahualam...

nota: jgn contohi mr. bean yg bwk kereta sesuka hati mcm jlnraya tu mak bapak dia yg punya...kalo ye pun mak bapak korg kerja kt JKR atau yg tukang buat jalan tu, tak bermakna jlnraya tu mak bapak tiri atuk cucu nenek sedara pakcik belah ipar ko yg punye...ada pahaammm...

Monday, September 27, 2010

selamat berjuang...


selamat berjuang diucapkan kepada semua atlet negara dari sukan akuatik, memanah, olahraga, badminton, tinju, berbasikal, gimnastik, hoki, lawn bowls, ping pong, menembak, skuasy, ragbi dan tiga acara paralimpik dalam menggalas harapan negara ke temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India pada 3 - 1 4 oktober 2010 ini...harapan agar sasaran pingat dapat dicapai dan seterusnya mencapai kejayaan yg lebih baik dari temasya sebelum ini...

kami seluruh warga sukan khasnya, dan warga Malaysia amnya, mendoakan keselamatan dan kejayaan anda semua...

Wednesday, September 8, 2010

salam aidifitri 1431 hijriah...


sempena aidilfitri 1431 hijriah ini, saya memohon ampun dan maaf di atas segala dosa dan ketelanjuran masa lampau kpd semua yg mengenali diri ini...mohon dihalalkan segala ilmu, makan dan minum yg telah diberikan...saya juga dgn hati yg terbuka memaafkan segala kesilapan sesiapa sahaja kenalan2...semoga aidilfitri kali ini meninggalkan kenangan yg manis buat kita disamping insan tersayang, insyallah...

perkara2 sunat menjelang aidilfitri :

  • memperbanyakkan takbir (dari malam raya, hingga pagi raya)...
  • mandi sunat aidilfitri...
  • memakai pakaian yg terbaik yg dimiliki...
  • memakai bau-bauan yg harum (khusus bg lelaki)...
  • menjamah sedikit makanan sblum ke masjid...
  • jika berkemampuan, digalakkan berjalan kaki ke masjid...
  • pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yg berbeza...
  • solat sunat aidilfitri...
  • mendengar khutbah aidilfitri...
  • menziarahi jiran & sanak saudara...
  • mengucapkan slmt dan mendoakan satu sama lain dgn ucapan "taqabballahhu minna wa minkum" yg bermaksud, semoga Allah menerima amalan (ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu...
  • bergembira di hari raya...
sama2lah kita berusaha mengamalkan perkara2 sunat ini menjelang aidilfitri kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW...semoga aidilfitri kali ini lebih indah dan diberkati Allah SWT...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H...taqabballahhu minna wa minkum..."

Tuesday, September 7, 2010

bersabarlah saudaraku...

banjir @ Pakistan...

ya Allah…
di bulan yg mulia ini, Engkau kasihanilah saudara2 kami ini…selamatkanlah mereka dari dugaan-Mu ini...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan bala bencana kpd mereka...Engkau ampunkanlah dosa2 mereka di atas segala kezaliman yg telah mereka lakukan...kurangkanlah penderitaan kpd mereka yg beriman kepada-Mu...dan turunkanlah bala-Mu hanya kpd mereka yg derhaka kpd-Mu...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan satu ujian dari-Mu kpd mereka di bulan yg mulia ini...maka Engkau golongkanlah mereka dikalangan org2 yg bersabar...tingkatkanlah keimanan mereka utk menempuhi segala ujian dari-Mu...janganlah Engkau golongkan mereka dikalangan org2 yg tidak bersyukur...

ya Allah...
sesungguhnya mereka adalah saudara2 kami...justeru, kami menadah tangan memohon rahmat-Mu agar mereka dpt menyambut hari mulia dgn hati yg gembira...kurniakanlah rahmat dan hidayah-Mu kpd mereka...sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala apa yg telah Engkau takdirkan...

amin ya Rabbal alamin...

nota: dikala kita bersuka ria menyambut hari mulia...masih ramai saudara kita menanggung derita, lapar dan dahaga...jgnlah kita lupa kpd mereka...sekurang2nya, kirimkanlah sekelumit doa, moga2 diringankan penderitaan mereka, insyallah...seharusnya kita perlu menadah tangan bersyukur di atas rezeki yg dikurniakan-Nya kpd kita...

Thursday, August 26, 2010

mahkota cahaya...

semalam sempat berbual mesra bersama salah seorang drpd 4 org ustaz (tahfiz) yg dijemput khas ke MSN sepanjang bulan Ramadhan bagi menjayakan program tadarus Al-Quran, solat tarawih, tazkirah di samping memberi tunjuk ajar, khas kepada staff dan atlet yg ingin mendalami ilmu2 agama...sebelum ni tak sempat nk berbual kerana mereka sibuk dgn program tadarus Al-Quran setiap waktu tghari dan kelas pada waktu petang...alhamdulillah, 2 hari lepas pihak MSN melalui usaha Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya mengkhatam Al-Quran dgn bacaan oleh 4 kumpulan tadarus (2 lelaki & 2 wanita)...jadi, sempatlah kami bersembang2 di waktu rehat tghari selepas waktu solat zohor...

salah sorg ustaz tersebut berasal dari Filipina dtg ke Malaysia semata2 utk belajar di madrasah tahfiz...beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah satu madrasah di Terengganu selama lebih kurang 13 tahun...sepanjang tempoh tersebut beliau berada di negara ini, beliau sudah fasih berbahasa melayu...dalam perbualan bersama ustaz tersebut, saya dan beberapa org rakan sempat mengorek beberapa kisah beliau ketika mula2 menjejakkan kaki di Malaysia dan sejarah2 silam beliau...beliau mmg pandai bercerita, mmg mempunyai bnyk ilmu dan pengalaman...setiap kata2nya tersusun dan seringkali diselang-selikan dgn pengajaran...

dlm ceritanya, terdapat satu hadis 'soheh' yg telah menggerakkan hati beliau utk bertekad mendalami ilmu tahfiz Al-Quran...hadis itu berbunyi, "sesiapa yg menghafal 30 juzuk Al-Quran, diakhirat kelak ibubapanya akan dipakaikan dgn mahkota yg bersinar...cahayanya sangat terang bahkan lebih terang dari cahaya matahari...dia juga boleh memberi syafaat kepada 10 saudara terdekatnya...sekiranya saudara2nya itu berada di dalam neraka, maka dengan syafaat tersebut, dengan izin Allah SWT, saudara2nya itu boleh ditarik masuk ke dalam syurga..." (lebih kurang mcm tu lah maksud hadisnya)...kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai 8 org adik beradik...mmg ngam2 la 10 org...dgn nada berjenaka, dia berharap agar dapat membantu semua ahli keluarganya di akhirat kelak, insyallah...subhanallah, alangkah besarnya pahala org2 yg mempunyai Al-Quran yg lengkap dalam hati mereka...atas sebab itulah beliau berazam dan bertekad utk menjadi seorang tahfiz Al-Quran...

sebak rasa apabila beliau mula menceritakan kisah pahit getir dan liku2 yg ditempuhinya di permulaan 13 tahun yg lalu...mmg benar bagai dikata, bukan senang nk jadi senang...semakin kita ingin mendekati Allah dan Rasul-Nya, semakin kuatlah cabaran yg perlu ditempuh...mngkin itu ujian Allah SWT dlm memastikan hamba-Nya itu benar2 ikhlas dlm mencari redha-Nya...dapat kami bayangkan betapa sukarnya perjalanan ustaz tersebut menempuh cabaran2 yg dihadapinya...namum, apa yg menguatkan lagi usahanya adalah pengorbanan ibunya yg menggadaikan hampir semua brg2 kemas utk tambang beliau ke Malaysia...sayangnya kedua ibubapanya telah kembali ke Rahmatullah semasa beliau sedang belajar (al-Fatihah)...alangkah bertuahnya perut si ibu itu yg mengandungkan anak yg berada di depan mata kami ini...

kalau nk diceritakan semua dlm blog ni, mmg xdpt lah sbb agak pnjg ceritanya...kami ambil kisah ini sebagai satu tauladan yg amat berguna...bnyk pengajaran terutama dari segi usaha, istiqamah, pengorbanan, kesungguhan, kesabaran dan sebagainya...semoga ia menjadi pedoman dan tauladan bagi kami, insyallah...

sempena kedatangan Nuzul Al-Quran, marilah kita sama2 memperbanyakkan bacaan Al-Quran Nul Karim...jika tiada upaya utk menjadi seperti contoh di atas sekali pun, sekurang-kurangnya berdoalah agar bacaan2 kita itu dapat menerangi kita di alam kubur dan seterusnya menjadi pemberat kepada timbangan amal baik kita di hadapan Allah Azzawajalla kelak, insyallah...


"Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran..."

Tuesday, August 17, 2010

jiwa kosong...

belum pun reda kes suami membunuh isteri dan mencederakan anak dgn parang tempoh hari akibat pertengkaran, timbul pula kes si bapa mencurah cuka getah ke muka isteri dan anak kecilnya sehingga mencacatkan muka ahli keluarganya tersebut...

di kala umat Islam yg lain sibuk mencari redha dan rahmat Allah SWT di bulan yg mulia ini, ada jgak manusia yg sibuk melayan hawa nafsu amarah yg gila...apakah yg menjadikan mereka ini begitu zalim bertindak sedemikian rupa...nk kata dirasuk setan, semua setan cuti masa bulan Ramadhan ni...mungkin syaitan dan iblis telah berjaya meng'rekrut' manusia yg sama seperti mereka yg dpt menjalankan tugas2 mereka sewaktu mereka dirantai di bulan Ramadhan...atau mungkin juga selama ini, perbuatan jahat yg dilakukan oleh manusia mmg dtg dari hawa nafsunya sendiri tanpa perlu hasutan dan godaan syaitan...nmpk gayanya makin mudahlah kerja2 syaitan dan iblis skrg ni, tak perlu lagi susah payah nk goda manusia...manusia sendiri pun dh ada yg berhawa nafsu syaitan...

dalam tazkirah selepas solat tarawih mlm semalam, penceramah di masjid berhampiran kediaman saya ada menyentuh mengenai perkara ini...salah satu punca utamanya adalah "jiwa yg kosong"...apakah jiwa yg kosong...? ia adalah jiwa yg tidak diisi dgn Al-Quran Karim...mmg semakin ramai umat Islam dewasa ini meninggalkan Al-Quran sebagai rujukan dan pegangan hidup termasuklah dari peringkat atasan, hinggalah yg terbawah, kebanyakan kita telah lupa akan Al-Quran...yg hidup senang lenang, satu hal lah...yg hidup susah ni pun kadang2 ada yg tak kenal Al-Quran... jauh sekali mengamalkan apa yg terkandung dlm kitab tersebut...maka itulah yg menyebabkan berlakunya perkara2 seperti ayah rogol anak sendiri, atuk rogol cucu, org muda rogol nenek, liwat dlm masjid, beromen diperkarangan masjid, anak luar nikah, buang bayi, tikam isteri, duakan suami, rumah urut B2B, dan pelbagai lagi perangai yg kadang kala binatang pun tak buat benda2 tu...

mesej utama dlm tazkirah tersebut adalah menyuruh kita kembali kepada Al-Quran...kalo tak mampu utk melaksanakan apa yg ada dlm Al-Quran pun , atleast bacalah ia sekerap yg mungkin dan cubalah utk memahaminya...mmg bukan mudah utk kita sbg rakyat biasa utk melaksanakan peraturan2 di dalamnya kerana ini adalah kerja pemimpin yg bertnggungjwb melaksanakannya...kita cuma mampu berdoa dan berusaha sedaya yg mampu...bak kata penceramah tersebut, kita ni asyik dok berdoa supaya Allah SWT berikan kita petunjuk dan hidayah...tp setakat doa je, Al-Quran tak baca pun...sedangkan Al-Quran itulah sebenar-benar petunjuk dan hidayah Allah SWT...sama2lah kita berdoa supaya manusia2 yg berperangai syaitan ini sedar dan kembali semula kepangkal jalan, insyallah...

nota: sekadar berkongsi...tp ceramah smlm mmg best...slalu ustat yg bg ceramah duduk atas kerusi yg disediakan...tp ustat ni lain skit, dia berdiri mcm baca khutbah...dgn suara garau dan lantang, adakalanya beliau menjerit sehingga menyebabkan bulu roma semua naik...mmg semangat...mula2 mata mcm ada gam jgak...tp dgr je suara dia, teruih je tegak mata, haha...

Thursday, August 12, 2010

kelebihan 30 malam solat tarawih...

malam 1
diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan...

malam 2
diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya...

malam 3
para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka...

malam 4
orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran...

malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di masjidil haram, masjidil nabawi dan masjidil aqsa...

malam 6
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu...

malam 7
seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman...

malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS...

malam 9
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW...

malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat...

malam 11
ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan...

malam 12
ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya...

malam 13
ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan...

malam 14
malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka...

malam 15
semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya...

malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga...

malam 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi...

malam 18
malaikat akan menyeru: wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)...

malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus...

malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh...

malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya...

malam 22
ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut...

malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya...

malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut...

malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya...

malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut...

malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat...

malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat...

malam 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur...

malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar...

Wednesday, August 11, 2010

marhaban ya Ramadhan...


alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh Allah SWT utk sekali lagi bertemu dgn bulan Ramadan al mubarak...pastinya harapan adalah untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yg sebelum2nya...kpd sesiapa yg mengenali diri ini, mohon ampun dan maaf, halalkan makan, minum serta ilmu yg telah diberi...smoga doa dan usaha kita diberkati dan diredhai oleh-Nya...

nota: selamat ulang tahun yg ke-2 buat blog ku ini, 'hijau bumi Tuhan' yg telah mula dikarang pada 1 Ramadhan 1429 hijriah...smoga ia terus dpt memberi faedah kpd semua melalui penulisan2 yg bermanfaat dan berilmiah, insyallah...

"selamat menyambut Ramadhan al mubarak, 1431 hijriah..."

Wednesday, August 4, 2010

jawatan kosong...

jawatan kosong...!!!

permohonan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut : makmum solat jemaah 5 waktu...


pendapatan / faedah...

pendapatan : 27 kali ganda pahala x 5 kali sehari...

elaun perjalanan : 1 langkah ke masjid/surau, = 1 pahala dan terhapus 1 dosa...

bonus bulanan/mingguan : khutbah jumaat, kuliah subuh dan kuliah maghrib...


kelayakan...

lelaki dan perempuan yang baligh, waras (tidak gila), dan tidak uzur syar'ie...


hadir temuduga...

tempat : di masjid/surau berhampiran tempat kediaman anda...

waktu : subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak...


tarikh tutup...

sebelum mati atau tiba hari kiamat...


nota: sempena menjelang ramadhan, anda dijemput mengisi jawatan ini...semoga ia menjadi jawatan tetap sepanjang hayat kita, insyallah...

Thursday, July 29, 2010

iblis pun tolong...

pagi ni seperti biasa perhimpunan pagi bagi semua atlet kebangsaan yg biasanya diadakan sebulan sekali di tapak perhimpunan asrama Majlis Sukan Negara...pagi ni, giliran Pn Zaiton Othman selaku pengarah cawangan hal ehwal atlet memberi ucapan...bukan nk crita pasal perhimpunan ni, tp nk kongsi sebuah cerita / kisah ringkas yg agak menarik yg sempat diceritakan oleh beliau dlm perhimpunan tersebut kpd atlet2 sbg pengajaran...

diringkaskan cerita tersebut, terdapat seorang anak muda di sebuah kmpg...beliau sgt taat dlm mengerjakan perintah Allah SWT...satu pagi, semasa dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh berjemaah, setibanya dipertengahan jalan, beliau telah terjatuh di dalam lopak air dan menyebabkan bajunya habis kotor...beliau dgn segera berlari pulang ke rumah yg terletak agak jauh dari masjid utk menukar pakaian yg lain dan bergegas semula ke masjid kerana takut tidak sempat solat berjemaah...

namun, apabila tiba di pertengahan jalan, sekali lagi beliau telah terjatuh di dalam lopak air yg sama dan mengakibatkan bajunya kotor lagi...kali ini dia berlari lg dgn pantas pulang ke rumah utk menukar pakaian yg lain dan kembali semula ke masjid dgn harapan sempat utk solat berjemaah...pada kali ini, apabila tiba di tempat lopak air tersebut, beliau ternampak seorang lelaki memegang lampu suluh dan menyuluh kawasan lopak tersebut...jadi, kali ini dapatlah beliau melangkah dgn baik tanpa terjatuh dan terus ke masjid...

setibanya di masjid, malangnya solat jemaah telah pun selesai...beliau amat berharap agar dpt solat berjemaah...sehubungan itu, beliau telah berpatah balik utk mencari lelaki yg menyuluh lopak air tersebut dgn harapan utk mengajak lelaki itu bersolat bersama...setelah berjumpa dgn lelaki itu, beliau terus mengajak lelaki itu solat berjemaah bersama dgnnya...namun lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu..." beliau berasa hairan dan berkata: "tuan telah membantu saya menyuluh lopak tersebut dan menyelamatkan saya dari terjatuh...oleh itu marilah kita sama2 solat berjemaah..." namun lelaki tersebut tetap menolak...akhirnya setelah dipujuk, barulah lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu wahai anak muda kerana aku sebenarnya adalah iblis..." terkejut dgn kata2 lelaki itu, maka beliau bertanya kpd lelaki itu: "jika engkau adalah iblis, kenapa engkau membantu aku menyuluh lopak tersebut sedangkan aku ingin pergi menunaikan solat...?"

lalu iblis tersebut menjawab: "kali pertama aku menjatuhkan engkau ke dalam lopak air td, aku berharap agar kau akan pulang dan tidak akan kembali lg ke masjid...tetapi engkau telah bergegas ke masjid semula...maka dgn itu, Allah SWT telah mengampunkan dosa2mu sepanjang hidup kamu...dan apabila aku jatuhkan engkau buat kali kedua lalu engkau bergegas lagi pergi ke masjid, maka Allah SWT telah mangampunkan dosa seluruh ahli keluargamu...dan pada kali yg ketiga, aku tidak sanggup lg menjatuhkan engkau kerana aku tidak sanggup jika Allah SWT mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini disebabkan ketaatan engkau...disebabkan itu, aku menyuluh jalan engkau..."

nota: begitulah serba sedikit ceritanya...sebenarnya Pn Zaiton nk kaitkan cerita ini dgn atlet2 semua tentang kesungguhan utk mencapai sesuatu matlamat memandangkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan menjelang tidak lama lg...tp aku amat tertarik dgn cerita tersebut...walaupun ringkas, tp memberi makna yg cukup mendalam...saja aku nk berkongsi dgn rakan2 dan shbt2 sekalian smoga ianya dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kita utk bekalan dunia dan akhirat, insyallah...

Monday, July 26, 2010

nisfu syaaban...

nisfu dalam bahasa arab bererti setengah...nisfu syaaban bererti setengah bulan syaaban...malam nisfu syaaban adalah malam 15 syaaban iaitu siangnya 14 haribulan syaaban...malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadar...

Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (nisfu syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat...apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak...kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu...aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri..." setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a: "malam ini adalan malam nisfu syaaban...sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki..."

hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru...catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 syaaban bermula pada 14 syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)...

dari Abu Hurairah r.a: Nabi SAW bersabda: "telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan dia berkata: "ya Muhammad, pada malam ini pintu2 langit dan pintu2 rahmat dibuka...maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit"...kata saya (Muhammad SAW): "hai Jibrail, apakah erti malam ini...?" dia menjawab (Jibrail) : "pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan (silaturrahim)...maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulanginya..." (Zubdathul Wa’izhin)...

nota: hari ini merupakan hari ke-14 syaaban 1431 dan mlm ini merupakan malam nisfu syaaban...marilah kita sama2 mengambil peluang ini utk menambah ibadat dan keimanan dalam diri...smoga ianya diterima oleh Allah SWT utk manfaat kita di dunia dan akhirat, insyallah...

kecuaian dan pengajaran...

jumaat lepas adalah hari yg memenatkan walaupun aku bercuti pada hari tersebut...takdir telah tertulis yg cermin kereta aku telah dipecahkan dan segala brg2 berharga di dalamnya abis dikebas penyamun...kejadian berlaku di kawasan letak kereta restoran nelayan, taman tasik titiwangsa antara jam 8.30 - 10.00 pagi...waktu tu, aku bersama temanku diella @ warna warni kehidupan sedang beriadah bermain badminton dan jogging di kawasan tersebut...malangnya, kami telah meninggalkan dompet dan 2 buah hanset kepunyaan temanku di dalam dashboard kereta...maka lesaplah kesemuanya...

mngkin duit dan hanset yg hilang tu bukan lg rezeki kami...namun, yg memeningkan kepala adalah dokumen2 dan kad peribadi yg penting yg amat menyukarkan kami...alhamdulillah, walaupun ditimpa bencana dan ujian, Allah SWT masih memberi jalan dan mempermudahkan urusan kami selepas itu...kebanyakan urusan seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad sim telefon telah dapat diuruskan dgn sgt mudah tanpa perlu menunggu atau beratur dan sebagainya...pelik juga, sebelum2 ni, kalo nk uruskan perkara ni, mesti kena tnggu lama dan beratur panjang...tp pada hari tersebut, setiap tempat yg kami pergi, tak smpai pun 15 minit, dh setel...

inilah keadilan Allah SWT...walaupun Dia menurunkan ujian, namun pasti akan ada jalan utk menyelasaikan segala masalah...kami terima apa yg berlaku sbg pengajaran di atas kecuaian sendiri dan ianya mngkin satu ujian utk menguji kesabaran kami yg lemah ini, wallahualam...kepada shbt2 sekalian, janganlah tinggalkan brg2 berharga dlm keta...

nota: penyamun tu mesti tension bila bukak dompet aku...dlm tu cuma ada 2 hengget je, tu pun sume duit syiling, hahaha...nasib baik la gaji aku belum masuk lg hari tu...pagi tu sblm kejadian, aku ada pegi bank utk withdraw duit, tp malangnya gaji tak masuk lg...ada hikmah rupenye, kalo tak mesti lg pening kepala, haha...

Thursday, July 15, 2010

perintah solat...

telah lima hari berlalu tarikh keramat peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya diangkat ke langit yg ke tujuh bertemu Allah SWT…sebagai seorg umat Islam, pastinya kita sudah mengetahui apakah yg berlaku pada malam hari Israk Mikraj itu dan wajib kita beriman kepada peristiwa tersebut kerana ianya telah nyata difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran…namun, adakah kita hanya sekadar mengambil tahu dan percaya dgn peristiwa tersebut, atau hanya dgn menyambutnya setiap tahun sekadar utk memperingati peristiwa itu…

jika dilihat keadaan umat Islam pada zaman ini, boleh dikatakan bahawa tidak berharganya peristiwa tersebut dlm diri masing2…bukankah peristiwa penting itu adalah satu peristiwa di mana telah turunnya perintah solat @ sembahyang 5 waktu sehari semalam yg telah diwajibkan kepada kita umat Islam…namun jika dilihat, betapa ramainya umat Islam yg mengambil mudah solat ini sehingga ada diantaranya yg tidak langsung merasa bersalah sekiranya meninggalkan solat…jika mengikut perangkaan dari sumber yg boleh dipercayai, didapati lebih separuh iaitu kira2 70% dari umat Islam seluruh dunia ini tidak bersolat atau tidak menjaga solatnya dgn baik…

renungkanlah wahai shbt2…mengapakah Allah SWT mengangkat Nabi Muhammad SAW sehingga ke langit yg ke tujuh semata2 utk memberikan kewajipan solat…sedangkan puasa, zakat, haji, dan lain2 kewajipan hanya diturunkan melalui wahyu dari Malaikat Jibril sahaja…ini menunjukkan betapa solat itu sgt penting dan Allah SWT juga telah berfirman bahawa perkara pertama yg akan dihitung di akhirat kelak adalah solat kita…jika baik solatnya, maka baiklah ia, jika buruk solatnya, maka buruklah ia…namun jgn salah faham, ada juga manusia yg sentiasa solat, tetapi sering juga melakukan kejahatan…itu menandakan bahawa solat itu tidak sempurna dan hanya akan dilempar oleh Allah SWT umpama kain buruk ketika mengadapNya nnti…

jika dikaitkan dgn keadaan skrg, mmg patutlah umat Islam ditindas oleh org2 kafir...mana tidaknya, perintah utama dari Allah SWT diremeh temehkan...bagaimanakah pertolongan Allah SWT itu akan dtg kepada kita jika kita sendiri melupakanNya…mngkin ada benarnya juga kata2 dari seorg hamba Allah yg hebat ini yg berkata: "umat Islam jgn bermimpilah utk menghancurkan Yahudi dan Amerika selagi solat tidak dijaga dgn sebaik2nya…jgn bermimpilah utk melihat kegemilangan Islam seperti dahulu jika kita sendiri tidak mengendahkan seruan azan dan hanya bersolat diakhir2 waktu kerana sibuk dgn urusan dunia masing2…"

mngkin ada benarnya juga kata2nya itu kerana jika dibelek sejarah2 kegemilangan Islam terdahulu, lihatlah bagaimana umat terdahulu menjaga solat mereka dgn baik...dalam satu kisah semasa Perang Salib, Sultan Salahudin Al Ayyubi akan memeriksa tentera2nya diwaktu malam…keesokan harinya, baginda akan memberi cuti dari berperang kepada tentera2nya yg tidak bangun tahajud pada malam tersebut…lihatlah betapa umat2 terdahulu meletakkan solat itu di tahap yg paling tinggi dan penting dlm diri masing2…bagaimanakah kita umat akhir zaman ini...? wallahualam...

nota: sekadar menyampaikan apa yg telah didengari…semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat, insyallah...