nisfu dalam bahasa arab bererti setengah...nisfu syaaban bererti setengah bulan syaaban...malam nisfu syaaban adalah malam 15 syaaban iaitu siangnya 14 haribulan syaaban...malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadar...
Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (nisfu syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat...apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak...kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu...aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri..." setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a: "malam ini adalan malam nisfu syaaban...sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki..."
hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru...catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 syaaban bermula pada 14 syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)...
dari Abu Hurairah r.a: Nabi SAW bersabda: "telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan dia berkata: "ya Muhammad, pada malam ini pintu2 langit dan pintu2 rahmat dibuka...maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit"...kata saya (Muhammad SAW): "hai Jibrail, apakah erti malam ini...?" dia menjawab (Jibrail) : "pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan (silaturrahim)...maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulanginya..." (Zubdathul Wa’izhin)...
nota: hari ini merupakan hari ke-14 syaaban 1431 dan mlm ini merupakan malam nisfu syaaban...marilah kita sama2 mengambil peluang ini utk menambah ibadat dan keimanan dalam diri...smoga ianya diterima oleh Allah SWT utk manfaat kita di dunia dan akhirat, insyallah...
3 comments:
amin..blog ko skang byk info agama lah. x payah la ku nak carik kat internet or bukak email lg.
haha, aku pun ambik kt tenet gak...saje je kongsi2...drpd aku tulih yg merapu2, baik tulih yg berfaedah skit, ye tak, hehe...
alhamdulillah...sejuk je baca blog ni...bnyk info dpt...
Post a Comment