"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, July 15, 2010

perintah solat...

telah lima hari berlalu tarikh keramat peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya diangkat ke langit yg ke tujuh bertemu Allah SWT…sebagai seorg umat Islam, pastinya kita sudah mengetahui apakah yg berlaku pada malam hari Israk Mikraj itu dan wajib kita beriman kepada peristiwa tersebut kerana ianya telah nyata difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran…namun, adakah kita hanya sekadar mengambil tahu dan percaya dgn peristiwa tersebut, atau hanya dgn menyambutnya setiap tahun sekadar utk memperingati peristiwa itu…

jika dilihat keadaan umat Islam pada zaman ini, boleh dikatakan bahawa tidak berharganya peristiwa tersebut dlm diri masing2…bukankah peristiwa penting itu adalah satu peristiwa di mana telah turunnya perintah solat @ sembahyang 5 waktu sehari semalam yg telah diwajibkan kepada kita umat Islam…namun jika dilihat, betapa ramainya umat Islam yg mengambil mudah solat ini sehingga ada diantaranya yg tidak langsung merasa bersalah sekiranya meninggalkan solat…jika mengikut perangkaan dari sumber yg boleh dipercayai, didapati lebih separuh iaitu kira2 70% dari umat Islam seluruh dunia ini tidak bersolat atau tidak menjaga solatnya dgn baik…

renungkanlah wahai shbt2…mengapakah Allah SWT mengangkat Nabi Muhammad SAW sehingga ke langit yg ke tujuh semata2 utk memberikan kewajipan solat…sedangkan puasa, zakat, haji, dan lain2 kewajipan hanya diturunkan melalui wahyu dari Malaikat Jibril sahaja…ini menunjukkan betapa solat itu sgt penting dan Allah SWT juga telah berfirman bahawa perkara pertama yg akan dihitung di akhirat kelak adalah solat kita…jika baik solatnya, maka baiklah ia, jika buruk solatnya, maka buruklah ia…namun jgn salah faham, ada juga manusia yg sentiasa solat, tetapi sering juga melakukan kejahatan…itu menandakan bahawa solat itu tidak sempurna dan hanya akan dilempar oleh Allah SWT umpama kain buruk ketika mengadapNya nnti…

jika dikaitkan dgn keadaan skrg, mmg patutlah umat Islam ditindas oleh org2 kafir...mana tidaknya, perintah utama dari Allah SWT diremeh temehkan...bagaimanakah pertolongan Allah SWT itu akan dtg kepada kita jika kita sendiri melupakanNya…mngkin ada benarnya juga kata2 dari seorg hamba Allah yg hebat ini yg berkata: "umat Islam jgn bermimpilah utk menghancurkan Yahudi dan Amerika selagi solat tidak dijaga dgn sebaik2nya…jgn bermimpilah utk melihat kegemilangan Islam seperti dahulu jika kita sendiri tidak mengendahkan seruan azan dan hanya bersolat diakhir2 waktu kerana sibuk dgn urusan dunia masing2…"

mngkin ada benarnya juga kata2nya itu kerana jika dibelek sejarah2 kegemilangan Islam terdahulu, lihatlah bagaimana umat terdahulu menjaga solat mereka dgn baik...dalam satu kisah semasa Perang Salib, Sultan Salahudin Al Ayyubi akan memeriksa tentera2nya diwaktu malam…keesokan harinya, baginda akan memberi cuti dari berperang kepada tentera2nya yg tidak bangun tahajud pada malam tersebut…lihatlah betapa umat2 terdahulu meletakkan solat itu di tahap yg paling tinggi dan penting dlm diri masing2…bagaimanakah kita umat akhir zaman ini...? wallahualam...

nota: sekadar menyampaikan apa yg telah didengari…semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat, insyallah...

2 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Elok juga berkongsi ilmu kepada rakan-rakan. kadang-kadang kita pun tergajah gujak, kalau tergajah takpe lagi la, kalau tak langsung, parah beb...

hijau bumi Tuhan... said...

kalo 'gajing gadah' lg parah, hehehe...