"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, July 29, 2010

iblis pun tolong...

pagi ni seperti biasa perhimpunan pagi bagi semua atlet kebangsaan yg biasanya diadakan sebulan sekali di tapak perhimpunan asrama Majlis Sukan Negara...pagi ni, giliran Pn Zaiton Othman selaku pengarah cawangan hal ehwal atlet memberi ucapan...bukan nk crita pasal perhimpunan ni, tp nk kongsi sebuah cerita / kisah ringkas yg agak menarik yg sempat diceritakan oleh beliau dlm perhimpunan tersebut kpd atlet2 sbg pengajaran...

diringkaskan cerita tersebut, terdapat seorang anak muda di sebuah kmpg...beliau sgt taat dlm mengerjakan perintah Allah SWT...satu pagi, semasa dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh berjemaah, setibanya dipertengahan jalan, beliau telah terjatuh di dalam lopak air dan menyebabkan bajunya habis kotor...beliau dgn segera berlari pulang ke rumah yg terletak agak jauh dari masjid utk menukar pakaian yg lain dan bergegas semula ke masjid kerana takut tidak sempat solat berjemaah...

namun, apabila tiba di pertengahan jalan, sekali lagi beliau telah terjatuh di dalam lopak air yg sama dan mengakibatkan bajunya kotor lagi...kali ini dia berlari lg dgn pantas pulang ke rumah utk menukar pakaian yg lain dan kembali semula ke masjid dgn harapan sempat utk solat berjemaah...pada kali ini, apabila tiba di tempat lopak air tersebut, beliau ternampak seorang lelaki memegang lampu suluh dan menyuluh kawasan lopak tersebut...jadi, kali ini dapatlah beliau melangkah dgn baik tanpa terjatuh dan terus ke masjid...

setibanya di masjid, malangnya solat jemaah telah pun selesai...beliau amat berharap agar dpt solat berjemaah...sehubungan itu, beliau telah berpatah balik utk mencari lelaki yg menyuluh lopak air tersebut dgn harapan utk mengajak lelaki itu bersolat bersama...setelah berjumpa dgn lelaki itu, beliau terus mengajak lelaki itu solat berjemaah bersama dgnnya...namun lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu..." beliau berasa hairan dan berkata: "tuan telah membantu saya menyuluh lopak tersebut dan menyelamatkan saya dari terjatuh...oleh itu marilah kita sama2 solat berjemaah..." namun lelaki tersebut tetap menolak...akhirnya setelah dipujuk, barulah lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu wahai anak muda kerana aku sebenarnya adalah iblis..." terkejut dgn kata2 lelaki itu, maka beliau bertanya kpd lelaki itu: "jika engkau adalah iblis, kenapa engkau membantu aku menyuluh lopak tersebut sedangkan aku ingin pergi menunaikan solat...?"

lalu iblis tersebut menjawab: "kali pertama aku menjatuhkan engkau ke dalam lopak air td, aku berharap agar kau akan pulang dan tidak akan kembali lg ke masjid...tetapi engkau telah bergegas ke masjid semula...maka dgn itu, Allah SWT telah mengampunkan dosa2mu sepanjang hidup kamu...dan apabila aku jatuhkan engkau buat kali kedua lalu engkau bergegas lagi pergi ke masjid, maka Allah SWT telah mangampunkan dosa seluruh ahli keluargamu...dan pada kali yg ketiga, aku tidak sanggup lg menjatuhkan engkau kerana aku tidak sanggup jika Allah SWT mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini disebabkan ketaatan engkau...disebabkan itu, aku menyuluh jalan engkau..."

nota: begitulah serba sedikit ceritanya...sebenarnya Pn Zaiton nk kaitkan cerita ini dgn atlet2 semua tentang kesungguhan utk mencapai sesuatu matlamat memandangkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan menjelang tidak lama lg...tp aku amat tertarik dgn cerita tersebut...walaupun ringkas, tp memberi makna yg cukup mendalam...saja aku nk berkongsi dgn rakan2 dan shbt2 sekalian smoga ianya dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kita utk bekalan dunia dan akhirat, insyallah...

3 comments:

wegreentheearth said...

tq lan n pn zaiton atas cerita yg menarik ni...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Tq lan n pn zaiton othman atas cerita dan perkongsian cerita yang menarik. akan ku bawa cerita ini kedalam kelas untuk mendidik anak2 bangsa.

hijau bumi Tuhan... said...

same2...