"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, June 16, 2010

Rejab...

telah tiba bulan Rejab pada tahun ini...alhamdulillah, kita masih lg diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah SWT ini sehingga ke saat ini...setiap bulan2 dalam kalendar Islam mempunyai kelebihan2 yang tersendiri...begitu juga dgn bulan Rejab di mana beberapa perkara penting telah berlaku pada bulan ini seperti Perang Tabuk dan peristiwa Israk Mikraj...

justeru, marilah kita sama2 mengambil peluang utk memperbanyakkan amalan di bulan ini, semoga mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda dari-Nya...amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini adalah berpuasa sunat...maksud hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi...
puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya...
puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka...
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal...
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur...
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya...
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya...
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya...
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga...
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim...
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun...
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun...
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun...

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga...
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam...
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya...


setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya...tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah...dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali...sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka...

nota: marilah kita bersama2 berusaha untuk mencuba sebaik mungkin agar kita tidak terlepas peluang yg telah dianugerahkan oleh Allah SWT ini, insyallah...

No comments: