"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, August 26, 2009

majlis berbuka di sana-sini...

hari ni, baru masuk hari yg ke-5 berpuasa...alhamdulillah, masih diberi kekuatan utk meneruskannya...rasanye, bru 2 kali je dpt berbuka dirumah...itu pun, sehari tu berbuka dlm kereta dulu (trffic jem punye pasal)...bnyk jemputan2 majlis berbuka diterima...x kiralah dgn kwn2, tempat kerja, sehinggalah ke peringkat kementerian...insyallah, akan dtg ni, akan ada lagi jemputan...

ramadhan ni mmg mempunyai hikmahnya yg tersendiri...selain dari bulan yg dipenuhi keberkatan, majlis2 sebegini juga dpt mengeratkan silaturrahim disamping berjumpa dgn shbt2 yg dah lama x jumpa...juadah yg dihidangkan mmg memikat selera...bak kata atuk kt astro tu, "macam-macam adaaa"...kalo ikut nafsu, mmg semuanya nk di tibai...tp kena la control skit...kalo x, ke laut plak solat terawih nnti, haha...

nota: tak sabar nk pegi majlis berbuka PERLU di shah alam hari jumaat ni...siap apply cuti lg tuh, huahaha...

Friday, August 21, 2009

selamat ulang tahun...

selamat hari ulang tahun diucapkan kepada ‘perjalanan’ (tak malu, wish besday kt diri sendiri, haha)...jgn salah paham, bukan hari jadi aku...tanggal 1 ramadhan 1430 hijrah ini merupakan ulang tahun yg pertama bg blog aku yg bergelar ‘perjalanan’ ni...dh setahun ‘perjalanan’ ini dimulakan sejak 1 ramadhan 1429 hijrah yg lalu...

di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada coretan, penulisan, pendapat, atau komen2 aku selama ini yg agak keterlaluan dan menyinggung perasaan mana2 pihak...sesungguhnya, tidak terlintas di hati utk bertindak sedemikian...trima ksih diatas sokongan berterusan dari sahabat2 blogger yg lain...tanpa anda, apalah erti ‘perjalanan’ ini...smoga diberi kekuatan dan buah fikiran yg bernas untuk aku meneruskan ‘perjalanan’ ini hingga ke akhirnya...

kepada semua, selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

Thursday, August 20, 2009

marhaban ya ramadhan...

insyallah, pada 22 ogos ni, kita akan sekali lagi didatangi oleh bulan ramadhan al-mubarak...alhamdulillah, dipanjangkan umur lg utk menemui ramadhan pada tahun ini...ramadhan kali ini merupakan yg ke 25 bagi aku...tp yg dpt puase penuh, brape je...kecik2 dulu biasalah, bnyk miss, haha...

sememangnya ramadhan mmg dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam...ada yg menanti disebabkan fadhilat dan keberkatannya yg bnyk, dan tak kurang jugak yg menanti disebabkan tak sabar menunggu menjelang hari raya...tak kiralah apa pun sebabnya, yg penting bulan ramadhan ini mmg amat istimewa buat kita sebagai umat islam...sesungguhnya, penawar bagi racun sepanjang tahun itu adalah di bulan ramadhan...

pohon ampun dan maaf buat semua yg mengenali diri ini...smoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...smoga kali ini kita dpt mengejar seberapa bnyk fadhilat dan keberkatan dari-Nya, insyallah...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak 1430 hijrah...

Tuesday, August 18, 2009

5th asean para games 2009...

walaupun berkelainan upaya, namun semangat juang utk memartabatkan negara amat tinggi...kesungguhan yg ditunjukkan membuktikan bahawa mereka juga mampu melakukan apa yg dilakukan oleh insan sempurna anggota... bersama kita memberi sokongan padu untuk atlet-atlet negara kita...bersama kita menjayakannya..."asean moving together..."

Monday, August 17, 2009

nexus - off road...

- nexus ltd pro spirit – GH 26111-S

- shimano 7-speed twist grip shifter (chain-sprocket derailleur)

- front and rear Winzip 3mm driver in brake disc

- aluminum alloy frame and rims construction

- off road tyres

- rear safety light

- iron mag helmet

- polygon protection gloves


nota: alhamdulillah, akhirnya kesampaian jua hajat di hati…lepaih ni bleh le gi off road, hehe…

Friday, August 14, 2009

explore kapas experience challenge 2009...

doa agar semua yg terlibat termasuklah para pensyarah, para fasilitator, pegawai2 pengiring, dan terutamanya para peserta berada dalam keadaan yg baik sepanjang perkhemahan di Pulau Kapas ini...diharap segala xtvt yg dirancangkan dpt berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah dan kecederaan…smoga ilmu yg ditimba dan dicurahkan dpt dimanfaatkan sebaik mungkin…

pastinya perkhemahan kali ini memberi satu lagi pengalaman baru yg berbeza berbanding perkhemahan2 sebelum ini…smoga lahir lebih ramai peminat dan penggiat2 rekreasi utk masa hadapan…diharapkan agar pengajian rekreasi luar terus relevan terutama di FSR, UiTM dan seharusnya ia lebih diperhalusi dan diperkembangkan lagi bagi memajukan sektor rekreasi luar di negara ini...

selamat pergi dan selamat pulang semua…salam rekreasi, salam perjalanan

nota: 'syg' pun ada kt dlm perkhemahan ni jgak sbg peserta...pastikan awk dpt mnjalankan semua xtvt dgn baik…sy doakan kesihatan dan keselamatan awk disana...kuatkan semangat, timba seberapa bnyk ilmu yg boleh, jaga diri baik2, dan jgn lupe solat...; )

aduhai H1N1...

2 mlm lepas, aku dikejutkan dgn satu s.m.s dari boss aku...beliau menyatakan yg seorang dari pegawai di opis aku telah disahkan menghidap H1N1 positif...x sngka mangsa tersebut yg juga rakan sekerja aku telah menghidap penyakit yg semakin menular skrg ni...s.m.s yg ditulis oleh boss aku tu agak pnjg...bila aku baca dan baca, aku mula tersenyum lebar, hehe...beliau jgak menyatakan yg beberapa pekerja2 lain yg duduk berhampiran mangsa tersebut di opis termasuk aku, telah diberi cuti tanpa rekod selama 2 hari bagi memastikan keadaan tidak bertambah teruk...seronot la aku, dpt cuti free, haha...

hari ni kena masuk opis blk...alang2 dh hari jumaat, bagi cuti trus kn senang, haha...tp hari ni gi opis, lain mcm jadinye...org2 kt opis ni bile nmpk kami yg kena kuarantin ni, mcm nmpk hantu...semua lari dan menjauhkan diri...mcm kami plak yg kena H1N1...siot je korg...rupa2nye, di bhgian pentadbiran, dah keluar memo cuti tanpa rekod untuk kami yg di suruh bercuti ni...siap letak nama sorang2 lg...kecoh le satu opis...so, hari ni kena la pakai topeng muke...td kami dh check di kaunter saringan H1N1...alhamdulillah, semua ok...smoga dijauhkan dari bencana yg menimpa ini, insyallah...

"ya Allah, kurniakanlah kami kesihatan tubuh badan dan akal fikiran...jauhilah kami dari sebarang bala bencana, mala petaka dan musibah ya Allah..." sesungguhnya hanya pada-Mu jua kami memohon perlindungan, amin..."

Tuesday, August 11, 2009

setahun sudah berlalu...


gurindam dan irama...
tidak lagi ku hiraukan...
setelah api cinta terpadam...
apa yang tinggal kini...
hanya sisa kesal kelmarin...
menjadi simfoni mendayu...
pada setiap malam minggu...

setahun sudah berlalu...
februari muncul kembali...
dengan kehangatan semalam...
tanpa ku sedari...
ku petik mawar merah...
ku tulis sekuntum puisi...
tapi sayang pada siapa kan ku beri...

kesepian memaksa...
ku lihat wajah di cermin...
terpandang parut di muka ku...
bekas cinta yang lama...
apakah tidakkan hilang...
kesan cinta yang terus mendatang...
bermain di jiwa ini...

nota: aku peminat no 1 alleycats, hehe...dapatkan lirik2 lagu alleycats disini...