hari ni, genap setahun berlalu tragedi rumah ku terbakar...tanggal 30 april 2008 yg lalu, lebih kurang jam 10 pagi di opis, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari ayah...nada suara yg agak sedih dan sayu memberitahu yg rumah kami telah mengalami kebakaran...masyaAllah, berderau darah aku msa tu, binggung sekejap tak tau nk buat apa...yg hanya terfikir di kepala, rumah kami telah hangus dan habis semua terbakar...terus bergegas pulang, sblm tu sempat jgak bagitau pada ketua unit aku tntang kejadian tersebut...beliau pun sruh aku pulang dgn segera...mcm2 andaian bermain dikepala waktu perjalanan pulang tersebut...
smpai je di rumah, alhamdulillah rumah kami masih berdiri kukuh...rupanya yg terbakar cuma di tingkat bawah shja...tp kalo tgk, mmg menyayat hati jugak...kebanyakan peralatan terutama brg2 elektrik habis musnah...seluruh rumah kami di tingkat atas dan bawah habis hitam legam akibat jelaga...rumah yg aku diami sejak aku berumur 4 tahun lg telah hmpir musnah...waktu tu, ayah hanya duduk shja termenung di luar rumah smbil ditemani bapa saudaraku yg tinggal berhmpiran...kelihatan mak sedang sibuk mngemas smbil memegang penyapu...tp sebenarnya, mak pun tak tau apa yg nk di kemasnya dahulu...mngkin semuanya masih dlm keadaan terkejut...sejurus selepas aku sampai di rumah, dtg sebuah van dari MSN membawa beberapa org rakan sekerja ku termasuk ketua unit aku td...smpt mereka meluangkan masa mnziarahi kami...
wktu kejadian, yg hanya ada di rumah ialah makcik aku yg mmg tinggal bersama keluarga kami...mujurlah dia tidak cedera, cuma habis seluruh bdnnya hitam akibat bergelut dlm asap tebal...kami sgt2 terhutang budi kepada jiran sebelah kiri dan kanan kami yg cepat bertindak membntu memadam api...mujur mereka ada di rumah waktu itu...jiran sebelah kiri yg merupakan seorang india menjadi hero waktu itu...dgr crita, dgn berani dia meredah asap tebal tersebut, menarik langsir di depan, dibasahkan dan terus ditebar dikwasan punca kebakaran... sblum tu dia telah terlebih dahulu mencabut suis utama utk menghentikan arus elektrik...mujur dia tidak panik...begitu juga dgn semua jiran2 yg dtg membantu memadamkan api sejurus selepas itu...kebakaran berpunca dari litar pintas...selepas api mula reda, pasukan bomba dan penyelamat tiba utk pemeriksaan dan tndakan lanjut...
akibat kejadian tersebut, lebih kurang 5 hari kami menumpang di rumah bapa saudaraku... setelah selesai pemasangan wayar elektrik yg baru, barulah kami masuk semula...waktu ini, ramai saudara-mara yg dtg membantu membersihkan rumah...meriah la pulak, masing2 seronok main air, haha...terlalu banyak pihak yg membantu samada secara lngsung, mahupun tidak lngsung...mereka membantu sehinggalah rumah kami selesai di cat semula...mkn masa dlm 2 minggu lebih jgak nk setelkan semuanya...hhmmm, ada hikmah disebalik kejadian tersebut...sekurang2nya keluarga kami sedar, apa saja yg ada di dunia ini, Allah boleh ambik walau dlm sekelip mata shja...ia merupakan pengalaman pahit yg amat berguna bagi kami sekeluarga terutama dlm memastikan keselamatan dirumah...
walaubgmanapun, kami amat bersyukur kerana kami tidak kehilangan ahli keluarga yg disayangi...smoga ia memberi pengajaran yg berguna pada kami, insyallah..."ya Allah, jauhilah kami dari sgala bala bencana dan malapetaka di dunia, dan jauhilah kami dari azab siksa nerakaMu diakhirat kelak ya Allah..."
1 comment:
btol3...aku pun dpt tau dr rockmantik si pilu gersang tuh...
Post a Comment