"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, January 7, 2009

apa yg termampu...

"salam, pemimpin Hizbullah, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim utk melafazkan surah Al-Fath ayat 26-27 dan surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 mlm ini...tlg sebarkan agar Israel hancur..."

pastinya ramai shbt2 yg dpt msg ni ataupun msg2 yg sewaktu dgnnya kebelakangan ini...dikala tentera2 Israel sedang berleluasa dan mngganas di bumi Palestin, membunuh tanpa rasa belas kasihan tidak kira lelaki, perempuan, mahupun kanak2 yg masih tidak mengerti apa2...apa yg kita mampu lakukan...? cuma berdoa kehadrat-Nya agar melindungi umat2 Islam disana dan menghancurkan Yahudi laknatullah itu...itulah selemah-lemah bantuan yg boleh kita hulurkan pada mereka agar dihentikan pergolakan yg tak pernah surut ini...

mmg geram bila melihat tentera Yahudi dgn sesuka hati membedil bumi Palestin tanpa ada pihak yg berani berdepan utk menentang dan menyekat perbuatan tersebut...namun, ALLAH swt lebih mengetahui segala2nya...marilah kita memanjatkan rasa syukur yg teramat sgt diatas keamanan dan limpah kurniaNya selama ini dan berdoa agar dijauhkan dari mala petaka dan musibah sedemikian rupa...

2 comments:

teamtact said...

BETUL LAN......

kita patut bersyukur dengan keadaan aman damai yang kita kecapi di mukabumi Malaysia.....

tapi bersyukurkah kita sekiranya kita nampak dan kita biarkan maksiat berleluasa di Negara kita ini....

tak mustahil satu masa nanti negara kita menjadi lebih teruk lagi kerana kita bersyukur dengan apa yang berlaku dinegara kita sekarang......

pendek kata bila Allah SWT kurniakan kita rezki,keamanan,kemewahan,kesenangandengan pantas kita mengucapkan syukur.....(Alhamdulillah) tapi bila ada perkara mungkar kita biarkan kerana bukan adik beradik kita atau sanak saudara kita..... Apakah ini punca apa yang berlaku di Plestin....??? Allahua'lam..... tapi sebagai umat Islam samama2 la kita mendoakan saudara kita yang berjuang mempertahankan Agama dan keluarga mereka di sana.... Sama2lah juga kita mendoakan agar keutuhan dan kesucian Masjidil Al-Aqsa dilindungi Allah SWT....

Anonymous said...

Gua mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan ke atas Palestin nih. Gua juga nak mengambil kesempatan nih untuk menyampai mesej kepada sekelian pemimpin2 dunia yang duduk kat Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU), mahupun Pertubuhan Negara ASEAN (ASEAN) nih. Cukup2 lah dengan persidangan. Asyik bersidang jer, tetapi tindakan tak de. Talk Less, Action More. Gua tengok isu Palestin-Israel nih dah berlangsung berdekad lamanya. Tapi, cakap2 dlm persidangan n juga Pelan2 Damai yang dirancangkan tinggal omongan kosong. Tiada tindakan drastic diambil bagi menyelesaikan kemelut nih.