"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Monday, January 31, 2011

tasik chenderoh...

smoga semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau perkara2 buruk...smoga diberi kekuatan utk bertugas dgn baik...smoga dpt menimba lebih bnyk ilmu2 dan pengalaman2 baru...semangat dan perasaan seperti dahulu kembali memuncak dlm diri...maklumlah, jarang dpt bersama2 setiap tahun akibat kekangan kerja...namun tahun ni, masa dan waktu agak molek dek cuti tahun baru cina ni...tak sabar rasanya nk menikmati keindahan ciptaan Ilahi...ingin ku tinggalkan seketika keserabutan ini...bukanlah bermaksud ingin lari dari sgala masalah...namun ini peluang utk merehatkan minda buat sementara waktu sambil melakukan perkara yg amat di minati, haha...smoga diberi perlindungan oleh yang Maha Kuasa, insyallah..."tasik chenderoh, here I come......"

Monday, January 17, 2011

tahun baru, sukan baru...

syukur alhamdulillah...masih lagi diberi rezeki oleh Allah s.w.t utk bertugas di Majlis Sukan Negara Malaysia pada tahun ini...maklumlah staff kontrak, every year kena renew kontrak, haha...terima kasih kepada pihak atasan Majlis kerana menyambung kontrak saya utk tahun ini...terima kasih kerana masih lg memberi kepercayaan utk saya menjalankan tugas di sini...

sedar tak sedar, dh dekat 3 tahun aku kt MSN ni...15 Feb 2011 ni, genap la 3 tahun aku bertugas di sini...masih dikira org baru la kot...bak kata org2 lama, cop jari pun belum kering lg, hehe...so far, mmg enjoy keje kt sni...bnyk benda2 baru dan pengalaman dpt ditimba...

tahun ni, satu lg pengalaman dan cabaran baru bakal aku tempuhi...amanah telah diberikan utk aku menguruskan sukan baru pada tahun ini...2 tahun lepas, aku cuma menguruskan pasukan Lawn Bowls dan pasukan Hoki Wanita sahaja...namun pada tahun ini, aku telah dipertanggungjawabkan utk menguruskan pasukan Hoki Lelaki, Hoki Wanita dan Karate...pastinya tanggungjawab ini akan lebih berat berbanding yg lepas...namun amanah yg diberi perlu dijalankan dgn sebaik mngkin...






pencapaian pengurus sukan sebelum ini yg berjaya membawa pasukan Hoki Lelaki Negara memenangi pingat perak di Sukan Asia 2010 dan kejayaan skuad Karate Negara merangkul 2 pingat emas di temasya yg sama perlu aku teruskan dan pertingkatkan lg...utk sukan Hoki Wanita, bnyk lg yg perlu difikirkan utk memastikan pasukan negara dpt memberi saingan diperingkat Asia bersama pasukan China, Korea, India dan sbagainya...

skali lg ucapan terima kasih kpd pihak atasan Majlis yg memberi kepercayaan tersebut kpd sy...akan sy pegang kepercayaan ini sbg satu amanah yg perlu dijalankan sebaik mngkin...sgala tunjuk ajar dan bimbingan masih lg perlukan bg sama2 meningkatkan mutu sukan negara ke arah yg lebih membanggakan...smoga aku dpt menjalankan tugas ini dgn baik dan berkesan dgn pertolongan dari-Mu wahai Allah...akhir kata, "majulah sukan untuk negara..."

Monday, December 6, 2010

selamat datang 1432 H...

doa akhir tahun...

ertinya:
dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta para keluarga dan sahabatnya...ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untuk ku, dan Engkau telah mengajak ku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat..kerana itu ya Allah, ku mohon ampun dari-Mu dan ampunilah aku dengan kemurahan-Mu...segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah, wahai Zat yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Zat yang maha pemurah...dan semoga Engkau memberi rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya...


doa awal tahun...

ertinya:

dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabatnya...ya Allah Engkaulah yang abadi...dan hanya kepada anugerah-Mu yang maha agung dan kepermurahan-Mu tempat bergantung...dan di tahun baru yang telah tiba...kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan setan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya...dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami taat melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan...semoga Engkau sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, Nabi yang Ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya...


Selamat Menyambut Awal Muharam 1432 H...semoga tahun hadapan akan memberi satu lembaran baru dalam usaha untuk kita menjadi seorang muslimin dan muslimat yang benar2 bertaqwa kepada-Nya...semoga tahun akan datang akan lebih baik dari sebelum2nya, insyallah...

Monday, November 8, 2010

dah pindah...

salam...

untuk makluman semua, saya telah berpindah rumah dari Ampang ke Putrajaya...ibu saya telah bertukar tempat bertugas di Putrajaya dan mendapat sebuah kuarters kerajaan...berikut adalah alamat rumah kami di Putrajaya:

A-T02-U01,
Blok A-Parcel 5R1,
No 1 Jalan 6,
Presint 5,
62200 Putrajaya.

lokasi: dkt Presint 5, berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dan Pullman Lakeside (Hotel & Resort)...

nota: kalo ke Putrajaya, jemputlah ke rumah...

Tuesday, September 28, 2010

ini boleh mendatangkan marah...


bukan susah sgt pun nk bg signal sblum belok...suis signal tu btol2 dekat dgn stering kereta...cuma perlu tolak ke atas bila nk belok kiri, dan tolak ke bawah bila nk belok kanan...lepas belok, tak perlu susah2 nk off balik signal tu...dia akan off sendiri bila stering dh tegak...bersusah payah engineer kereta ni memikirkan teknologi utk buat signal kereta tu semata-mata utk keselamatan semua pengguna jlnraya...tp malangnya ramai lg pemandu yg tak reti nk bagi signal bila nk belok...

adakalanya bile berhadapan dgn pemandu2 spt ini, boleh naik darah dibuatnye...mana taknye, kadang2 sampai kena emergency break...di samping mengundang bahaya kpd org lain, ia juga dpt meningkatkan tahap kemarahan pemandu lain ke tahap maksima...lalu terkeluarlah cacian dan maki hamun kpd pemandu 'bodoh' tersebut...tp dia bukan dgr pun, kita je dok maki sorg2 dlm keta, haha...tak pasal2 je dpt dosa kering...

seringkali penunggang motosikal yg menjadi mangsa...dah la tak reti bg signal, cermin blkg pun tak reti nk tengok...tiba2 teruih je belok...mmg 'bodoh' lagi 'mangkuk hayun' org2 sebegini rupa...bukan saja pemandu2 baru, malah pemandu2 lama pun ramai yg 'bengong'...mngkin bile dorg pasang signal, minyak kereta akan kurang kot...sbb tu la susah sgt nk bg signal...ntah la, bukan la nk berdoa benda2 buruk...tp kalo kena dkt diri sndiri atau insan2 yg terdekat, baru dorg nk sedar kot...

kpd pemandu2 'mangkuk hayun' sekalian...tolong la ubah cara pemanduan tu...anda menyusahkan pengguna jlnraya yg lain...kalo anda masih teruskan perangai 'bahalol' ni, setiap pengguna jln raya yg lain akan menyumpah seranah anda...bayangkanlah dalam satu hari, 3 org ckp anda 'bodoh'...kalo sebulan atau setahun, dh berapa bnyk 'bodoh' yg anda dpt...mngkin sbb tu anda jadi btol2 'bodoh' smpai ke tua tak reti nk bg signal bile bwk kereta...wallahualam...

nota: jgn contohi mr. bean yg bwk kereta sesuka hati mcm jlnraya tu mak bapak dia yg punya...kalo ye pun mak bapak korg kerja kt JKR atau yg tukang buat jalan tu, tak bermakna jlnraya tu mak bapak tiri atuk cucu nenek sedara pakcik belah ipar ko yg punye...ada pahaammm...