"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, October 28, 2009

ke teluk batik yeop...

kejap lg teman nk ke teluk batik...ada kursus dan bengkel berkaitan kerja...semua staff cawangan teman terlibat...kami di sana smpai hari sabtu ni...rasanye tmpt penginapan teman dekat dgn tmpt kerja sdr azmi @ beautifool life...kalo ada rezki, insyallah bleh le jumpe dia...tu pun kalo beliau tak sibuk dan jadual teman tak pack la...moh le ke teluk batik yeop...

nota: slmt maju jaya diucapkan kepada kontinjen MSN ke festival sukan FESMAS yg akan berlangsung di kangar, perlis...pastikan kejayaan menjadi milik kita...

Tuesday, October 27, 2009

slmt pengantin baru abang...


tahniah dan slmt pengantin baru diucapkan kpd abg fendi @ abang yg telah melangsungkan perkahwinan dgn kak fatin...semoga jodoh berkekalan ke anak cucu dan keakhir hayat..."lepas ni xleh le nk join main snuker lg...tp kalo ada brani, jom le, hehehe..."

Friday, October 23, 2009

teruskan perjuangan...


'patah tumbuh, hilang berganti'...tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU, UiTM) yg telah melantik pucuk pimpinan yg baru utk menerajui persatuan...tahniah kpd ajoy (presiden baru) serta MT yg lain yg telah dilantik...smoga dpt mengepalai persatuan ini dgn jayanya...pastikan ia terus relevan terutama dlm memberi khidmat bakti kepada fakulti khasnya, dan UiTM amnya...pertahankan persatuan yg selama ini kita sama2 perjuangkan...pastinya dugaan sentiasa mendatang...namun, anggaplah ia sebagai satu cabaran yg akan mendewasakan...setiap pengalaman, pasti berguna utk masa hadapan...jgn lari dari cabaran tersebut kerana ianya pasti akan membantu dlm berdepan dgn situasi2 di alam perkerjaan nti, percayalah...teruskan perjuangan, teruskan perjalanan...

nota: maaf tak dpt menghadirkan diri ke AGM hari tu...tetiba kena ganti org ke seminar di genting highland...apa bleh buat, arahan perlu dijalankan, haha...

Tuesday, October 20, 2009

tahniah dato' nicol...

















tahniah dan syabas diucapkan kepada dato' nicol ann david, ratu squash negara yg telah mengharumkan nama negara selaku pemain no. 1 dunia dlm sukan tersebut...hari ini merupakan hari bersejarah buat beliau khasnya, dan sukan tanah air amnya dimana hari ini YB menteri belia dan sukan telah merasmikan majlis menamakan gelanggang squash utama di kompleks squash negara di bukit jalil sempena nama dato' nicol sendiri, serta 'galeri nicol david'...terasa bangga bila berada di dlm dewan sebentar tadi...tayangan2 memaparkan rentetan kejayaan demi kejayaan semenjak dari kecil, seawal umur 6 tahun, ratu squash ini telah menjinakkan diri dlm sukan tersebut...

sememangnya penghargaan ini dilihat amat baik sekali dlm usaha utk menghargai penat lelah dan pengorbanan beliau utk menjadi yg terbaik dlm sukan yg diceburi ini...selain dari mempunyai bakat yg sememangnya sudah terserlah, beliau juga merupakan seorang atlet yg sgt gigih, fokus, dan berwawasan dlm mengejar cita2...jika dilihat 'attitude' yg beliau tunjukkan sebagai seorg atlet, mmg layak beliau menyandang gelaran no. 1 dunia tersebut...bukan saja dlm gelanggang, bahkan diluar juga beliau menunjukkan profesionalisme yg tinggi dan mudah didekati oleh org lain...beliau merupakan ikon sukan yg boleh dicontohi terutamanya dari aspek kesungguhan, komitmen, dan pengorbanan yg telah ditunjukkan...

tahniah buat dato' nicol ann david diatas penamaan gelanggang utama sebagai 'ARENA NICOL DAVID...'

nota: kepada atlet2 lain, 'attitude' tersebut perlu dicontohi...ikutlah resmi padi, "makin berisi, semakin tunduk kebumi..." bukan bermaksud rebah kebumi, tp tidak sombong atau tidak cepat berpuas hati jika mencapai sesuatu kejayaan...berusahalah bermati-matian utk negara...kami 26 juta rakyat malaysia mengharapkan sesuatu dari anda...segala bantuan yg termampu telah diberikan...usah hanya menuding jari kepada org lain jika kecundang...segala bantuan latihan dan kemudahan yg diberikan tidak akan bermakna sekiranya anda tidak mempunyai 'attitude' atau sikap utk berkorban demi negara...buktikanlah yg anda 'boleh' selaras dgn slogan 'malaysia boleh'..."you prove first, you show us the result...then we will support you along the way until the end...

Tuesday, October 13, 2009

cabaran demi cabaran...

ramai org berpendapat, hidup ni kalo xde cabaran mmg tak best...kena ada cabaran, barulah bermakna hidup ni...ada yg mmg suka dengan cabaran...tak kurang juga ada yg takut utk menghadapi cabaran dlm hidup ni...cabaran ni selalunya dikaitkan dgn masalah2 yg melanda dlm hidup kita...kalo bukan masalah, bukan cabaran la tu, ye tak...pada waktu tu, diri kita akan teruji utk berdepan dgn masalah tersebut dan bgaimana utk kita menyelesaikan...ada masalah yg boleh diselesaikan sorg2...dan ada juga yg memerlukan bantuan dari org lain...

mcm2 cabaran yg sering kita hadapi...cabaran dlm pekerjaan, dlm pelajaran, dlm institusi kekeluargaan dan termasuklah dlm diri kita sendiri...sebenarnya dari kecik lg kita mmg sudah terdedah dgn cabaran2 sebegini...tp mungkin masa kecik dulu, kita tak berapa nk ambil peduli tentang cabaran2 ni sbb ibubapa kita lah yg akan menjadi benteng utk berdepan segala cabaran tersebut...bila dh semakin dewasa, barulah sedikit demi sedikit cabaran itu akan mendatangi kita sendiri...

hidup ini bukanlah semudah yg disangka...kadang2 org melihat kita amat senang dan gembira...tp hakikatnya, setiap individu pasti sedang bertarung utk menghadapi cabaran dgn cara masing2...bagi aku yg boleh dikatakan masih baru dan mentah dlm dunia pekerjaan ni, mmg cabaran2 tersebut bnyk mempengaruhi...hampir setiap hari, akan ada benda2 baru yg muncul terutamanya masalah2 yg perlu diselesaikan...semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan utk aku menempuhinya...semoga ia lebih mendewasakan...