"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Tuesday, October 20, 2009

tahniah dato' nicol...

















tahniah dan syabas diucapkan kepada dato' nicol ann david, ratu squash negara yg telah mengharumkan nama negara selaku pemain no. 1 dunia dlm sukan tersebut...hari ini merupakan hari bersejarah buat beliau khasnya, dan sukan tanah air amnya dimana hari ini YB menteri belia dan sukan telah merasmikan majlis menamakan gelanggang squash utama di kompleks squash negara di bukit jalil sempena nama dato' nicol sendiri, serta 'galeri nicol david'...terasa bangga bila berada di dlm dewan sebentar tadi...tayangan2 memaparkan rentetan kejayaan demi kejayaan semenjak dari kecil, seawal umur 6 tahun, ratu squash ini telah menjinakkan diri dlm sukan tersebut...

sememangnya penghargaan ini dilihat amat baik sekali dlm usaha utk menghargai penat lelah dan pengorbanan beliau utk menjadi yg terbaik dlm sukan yg diceburi ini...selain dari mempunyai bakat yg sememangnya sudah terserlah, beliau juga merupakan seorang atlet yg sgt gigih, fokus, dan berwawasan dlm mengejar cita2...jika dilihat 'attitude' yg beliau tunjukkan sebagai seorg atlet, mmg layak beliau menyandang gelaran no. 1 dunia tersebut...bukan saja dlm gelanggang, bahkan diluar juga beliau menunjukkan profesionalisme yg tinggi dan mudah didekati oleh org lain...beliau merupakan ikon sukan yg boleh dicontohi terutamanya dari aspek kesungguhan, komitmen, dan pengorbanan yg telah ditunjukkan...

tahniah buat dato' nicol ann david diatas penamaan gelanggang utama sebagai 'ARENA NICOL DAVID...'

nota: kepada atlet2 lain, 'attitude' tersebut perlu dicontohi...ikutlah resmi padi, "makin berisi, semakin tunduk kebumi..." bukan bermaksud rebah kebumi, tp tidak sombong atau tidak cepat berpuas hati jika mencapai sesuatu kejayaan...berusahalah bermati-matian utk negara...kami 26 juta rakyat malaysia mengharapkan sesuatu dari anda...segala bantuan yg termampu telah diberikan...usah hanya menuding jari kepada org lain jika kecundang...segala bantuan latihan dan kemudahan yg diberikan tidak akan bermakna sekiranya anda tidak mempunyai 'attitude' atau sikap utk berkorban demi negara...buktikanlah yg anda 'boleh' selaras dgn slogan 'malaysia boleh'..."you prove first, you show us the result...then we will support you along the way until the end...

2 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

aik, awat sebelah logo perlu, bawah logo uitm, ada logo arsenal? ingat semua budak perlu n budak uitm sokong arsenal ka??????

"you'll never walk alone"

hijau bumi Tuhan... said...

mesti la...awat, jeles ka...mari kita sokong arsenal ramai2...

you'll walk alone...hahaha


salam perjalanan...