"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, June 16, 2010

Rejab...

telah tiba bulan Rejab pada tahun ini...alhamdulillah, kita masih lg diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah SWT ini sehingga ke saat ini...setiap bulan2 dalam kalendar Islam mempunyai kelebihan2 yang tersendiri...begitu juga dgn bulan Rejab di mana beberapa perkara penting telah berlaku pada bulan ini seperti Perang Tabuk dan peristiwa Israk Mikraj...

justeru, marilah kita sama2 mengambil peluang utk memperbanyakkan amalan di bulan ini, semoga mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda dari-Nya...amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini adalah berpuasa sunat...maksud hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi...
puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya...
puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka...
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal...
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur...
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya...
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya...
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya...
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga...
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim...
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun...
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun...
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun...

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga...
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam...
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya...


setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya...tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah...dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali...sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka...

nota: marilah kita bersama2 berusaha untuk mencuba sebaik mungkin agar kita tidak terlepas peluang yg telah dianugerahkan oleh Allah SWT ini, insyallah...

Friday, June 11, 2010

sayyidul-ayyam...

hari ini adalah merupakan sayyidul-ayyam (penghulu segala hari)...marilah kita sama2 memperbanyakkan amal ibadat pada hari ini, insyallah...


asmaaul husna (99 nama Allah swt)...

al-Rahman - maha pengasih...
al-Rahim - maha penyayang...
al-Malik - maha merajai/memerintah...
al-Quddus - maha suci...
al-Salam - maha memberi kesejahteraan...
al-Mukmin - yang memberi keamanan...
al-Muhaimin - maha pemelihara...
al-Aziz - maha gagah...
al-Jabbar - maha perkasa...
al-Mutakabbir - maha megah, yang memiliki kebesaran...
al-Khaliq - maha mencipta...
al-Barik - yang melepaskan...
al-Musawwir - yang membentuk rupa...
al-Ghaffar - maha pengampun...
al-Qahhar - yang memaksa...
al-Wahhab - maha pemberi kurnia...
al-Razzaq - maha pemberi rezeki...
al-Fattah - maha pembuka rahmat...
al-Alim - maha mengetahui...
al-Qabid - yang menyempitkan...
al-Basit - yang melapangkan...
al-Khafid - yang merendahkan...
al-Rafik - yang meninggikan...
al-Muiz - yang memuliakan...
al-Muzil - yang menghinakan...
al-Samik - maha mendengar...
al-Basir - maha melihat...
al-Hakam - maha menetapkan...
al-Adl - maha adil...
al-Latif - maha lembut...
al-Khabir - maha mengetahui rahsia...
al-Halim - maha penyantun...
al-Azim - maha agung...
al-Ghafur - maha pengampun...
al-Syakur - maha pembalas budi...
al-Ali - maha tinggi...
al-Kabir - maha besar...
al-Hafiz - maha menjaga...
al-Muqit - maha pemberi kecukupan...
al-Hasib - maha membuat perhitungan...
al-Jalil - maha mulia...
al-Karim - maha pemurah...
al-Raqib - maha mengawasi...
al-Mujib - maha mengabulkan...
al-Wasik - maha luas...
al-Hakim - maha bijaksana...
al-Wadud - maha pencinta...
al-Majid - maha mulia...
al-Bais - maha membangkitkan...
al-Syahid - maha menyaksikan...
al-Haq - maha benar...
al-Wakil - maha memelihara...
al-Qawi - maha kuat...
al-Matin - maha teguh...
al-Wali - maha melindungi...
al-Hamid - maha terpuji...
al-Muhsi - maha menghitung...
al-Mubdik - maha memulai...
al-Muid - maha mengembalikan kehidupan...
al-Muhyi - maha menghidupkan...
al-Mumit - maha mematikan...
al-Hai - maha hidup...
al-Qayyum - maha mandiri...
al-Wajid - maha penemu...
al-Majid - maha mulia...
al-Wahid - maha esa...
al-Ahad - maha esa...
al-Samad - tempat meminta...
al-Qadir - maha menentukan, maha menyeimbangkan...
al-Muqtadir - maha berkuasa...
al-Muqaddim - maha mendahulukan...
al-Muakhir - maha mengakhirkan...
al-Awwal - maha awal...
al-Akhir - maha akhir...
al-Zahir - maha nyata...
al-Batin - maha ghaib...
al-Wali - maha memerintah...
al-Mutaali - maha tinggi...
al-Bar - maha penderma...
al-Tawwab - maha penerima taubat...
al-Muntaqim - maha penyiksa...
al-Afu - maha pemaaf...
al-Rauf - maha pengasih...
Malik al-Mulk - penguasa kerajaan (semesta)...
Zu al-Jalal wa al-Ikram - pemilik kebesaran dan kemuliaan...
al-Muqsit - maha adil...
al-Jamik - maha mengumpulkan...
al-Ghani - maha berkecukupan...
al-Mughni - maha memberi kekayaan...
al-Manik - maha mencegah...
al-Dar - maha memberi derita...
al-Nafik - maha memberi manfaat...
al-Nur - maha bercahaya...
al-Hadi - maha pemberi petunjuk...
al-Badik - maha pencipta...
al-Baqi - maha kekal...
al-Waris - maha pewaris...
al-Rasyid - maha pandai...
al-Sabur - maha sabar...


nota: jgn lupe gi solat jumaat hari ini...

Thursday, June 10, 2010

orang lain buat angkara, orang lain kena sekat...

berita harian, 10 Jun 2010:
ketika masyarakat dunia sedang sibuk dok suruh PBB menyiasat Israel yg kejam menyerang bantuan kemanusiaan ke Gaza, PBB pula dok sibuk nk buat sekatan ketenteraan dan ekonomi ke atas Iran kerana mendakwa Iran membangunkan teknologi nuklear...hai la dunia skrg ni, yg zalim, kejam dan membunuh dibiarkan saja...yang tak buat apa2 ni pulak yg disekatnya...sejak dari dulu lg, PBB ni mmg boneka Yahudi dan Nasrani...skrg ni mmg lg ketara dgn tindakan2 bodoh yg dorg ambil...motifnya hanya satu iaitu menindas umat Islam, dan mengagungkan kaum Yahudi dan Nasrani...segala tindakan keamanan dan bantuan2 oleh PBB selama ini hanyalah utk mengkaburi pemimpin negara2 Islam yg buta dan tuli supaya mereka menganggap yg PBB inilah yg akan menaungi keamanan dunia sejagat...hakikatnya sungguh tertipulah kita wahai umat Islam...

pernahkah kita terfikir kenapa Allah swt menjadikan umat Islam lemah dan kaum Yahudi dan Nasrani ini kuat (kuat luaran je la)...lihatlah bagaimana kaum2 laknatullah ini bersatu untuk menindas Islam...dalam rancangan sekatan ke atas Iran ini, Amerika, Britain, Perancis, dan sekutu2nya Russia, China, Jerman dan kebanyakan negara Eropah yg lain telah menyatakan sokongan utk menyekat dan seterusnya menindas Iran...lihatlah betapa kuatnya kesatuan mereka...adakah negara2 Islam hari ini benar2 bersatu...ya, mmg benar mereka bersatu dalam Liga Arab...tp sebenarnya kebanyakan negara Islam dalam Liga tersebutlah yg mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara laknatullah itu...Liga itu juga telah 'ditarik hidungnya' oleh Amerika dan sekutu2nya...

pokok pangkalnya, kunci utk mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah swt ini adalah dengan bersatunya umat2 Islam di seluruh dunia...sebelum Rasulullah saw wafat, Baginda telah memohon 3 doa untuk umat Islam iaitu:

1) umat Islam tidak akan hilang / pupus dari dunia ini...
2) umat Islam dikurniakan rezeki dan tidak kelaparan dalam dunia ini...
3) umat Islam sentiasa bersatu dalam dunia ini...


dua doa yg pertama itu dimakbulkan oleh Allah swt...walaubagaimanapun doa yg ketiga tidak dimaklbulkan oleh-Nya...mengapa...? kerana Allah swt mahu menguji tahap keimanan umat Islam akhir zaman ini...Kahlifah Agung Islam satu ketika dahulu iaitu Sultan Salahudin bin Ayyubi juga pernah menyatakan: "sekiranya umat Islam tidak bersatu, mereka diibarat seperti buih-buih yang sangat banyak, namun sangat lemah..."

so, tak guna la kita bersusah payah nk mintak tolong kt PBB tu...takde apa2 kesan pun kt Israel...last2 nti, senyap balik...yang tak senyap2 cuma bunyi peluru dan bom ke atas Gaza yg sentiasa akan berbunyi menandakan setiap hari akan ada nyawa umat Islam yg melayang di bumi Gaza...sy sbg insan yg lemah ini menyeru agar kita sebagai umat Islam mencari jalan utk menyatukan semula Islam di dunia ini...jgn hanya duduk sambil berkata, "aku hanya rakyat biasa yg tak mampu buat apa2..." sebenarnya ada jalan utk tujuan tersebut...cuma kita perlu sedikit usaha utk mencarinya dgn ikhlas, insyallah...mungkin juga usaha ini sedikit memeritkan dan memerlukan pengorbanan... wallahualam...

Tuesday, June 8, 2010

slmt pengantin baru; botak & intan...

mudek, peon, ally (pengapit), itik, rock, lan, ayie, nawi, hery, kemo, baom bersama
pasangan pengantin botak & intan...

tahniah buat sahabatku mohd azuan @ botak dan zarila @ intan yang telah melangsungkan perkahwinan...alhamdulillah, cinta yang terjalin sejak dari universiti akhirnya menuju ke jinjang pelamin...

botak merupakan salah seorang rakan yang aku kenali sejak mula-mula menjejak kaki ke UiTM shah alam dan telah bersama2 beliau sejak mula2 masuk diploma sehinggalah habis ijazah selama lebih kurang 5 tahun...beliau mmg merupakan sahabat dan individu yang sangat baik dan pelajar yg sukses dlm stdy...kenangan masa kt hostel, umah sewa dan masa main bola dulu mmg tak bleh aku lupe...yg paling aku takleh lupe adalah gelak ko yg mcm siot tu, haha...kalo bab menganjing org, mcm c***k*, hahaha...

umah botak @ felda keratong 2, pahang...

aku doakan agar kalian dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah, insyallah...

Tuesday, June 1, 2010

askar pondan...


berita harian, 1 Jun 2010:
harian metro, 1 Jun 2010:

tidak cukup dengan menentang tentera Hamas yg bertapak di Gaza, kini askar @ anjing Israel mensasarkan pula serangan kepada misi bantuan kemanusiaan yg ingin membantu rakyat Palestin di Gaza...konvoi yg hanya membawa beras, makanan, selimut, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya, diserang dengan menggunakan helikopter, bot tentera, komando, senapang, dan peluru2 hidup...bukankah ini tindakan pengecut lagi pondan...walaupun hingga ke tahap ini diperlakukan oleh Israel, namun umat Islam di dunia ini tidak dapat berbuat apa2 selain hanya menjalankan protes dan bantahan di jalanraya sahaja...

"ya Allah, kami memohon kepada-Mu…jika tidak Kau kurniakan burung2 Ababil yang membawa batu2 dari neraka yg pernah menghancurkan tentera Abrahah dan Habsyah satu ketika dahulu, sekurang2nya Kau kurniakanlah kepada kami seorang insan seperti Umar al Khattab, atau Khalid al Walid, atau Salahudin al Ayyubi untuk menyatukan semula umat Muhammad SAW di akhir zaman ini dan seterusnya memimpin kami menentang Israel laknatullah ini, serta menegakkan semula Daulah Khilafah yakni pemerintahan seperti di zaman Khalifah ar Rasyidin yg mengikut hukum2 Engkau yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW secara total dan menyeluruh tanpa ada lagi undang2 yang dicipta oleh manusia…"

"ya Allah, kurniakanlah kami seorang pemimpin yang benar2 beriman dan zuhud kepada-Mu yang hanya akan berjuang semata-mata untuk mendapat keredhaan dari-Mu demi menegakkan semula kegemilangan Islam…kurniakanlah kami seorang pemimpin yang adil dan bijaksana serta tidak dapat dibeli dengan harta, pangkat, wang, dan wanita...amin ya Rabbul Alamin…"