"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, August 26, 2010

mahkota cahaya...

semalam sempat berbual mesra bersama salah seorang drpd 4 org ustaz (tahfiz) yg dijemput khas ke MSN sepanjang bulan Ramadhan bagi menjayakan program tadarus Al-Quran, solat tarawih, tazkirah di samping memberi tunjuk ajar, khas kepada staff dan atlet yg ingin mendalami ilmu2 agama...sebelum ni tak sempat nk berbual kerana mereka sibuk dgn program tadarus Al-Quran setiap waktu tghari dan kelas pada waktu petang...alhamdulillah, 2 hari lepas pihak MSN melalui usaha Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya mengkhatam Al-Quran dgn bacaan oleh 4 kumpulan tadarus (2 lelaki & 2 wanita)...jadi, sempatlah kami bersembang2 di waktu rehat tghari selepas waktu solat zohor...

salah sorg ustaz tersebut berasal dari Filipina dtg ke Malaysia semata2 utk belajar di madrasah tahfiz...beliau baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah satu madrasah di Terengganu selama lebih kurang 13 tahun...sepanjang tempoh tersebut beliau berada di negara ini, beliau sudah fasih berbahasa melayu...dalam perbualan bersama ustaz tersebut, saya dan beberapa org rakan sempat mengorek beberapa kisah beliau ketika mula2 menjejakkan kaki di Malaysia dan sejarah2 silam beliau...beliau mmg pandai bercerita, mmg mempunyai bnyk ilmu dan pengalaman...setiap kata2nya tersusun dan seringkali diselang-selikan dgn pengajaran...

dlm ceritanya, terdapat satu hadis 'soheh' yg telah menggerakkan hati beliau utk bertekad mendalami ilmu tahfiz Al-Quran...hadis itu berbunyi, "sesiapa yg menghafal 30 juzuk Al-Quran, diakhirat kelak ibubapanya akan dipakaikan dgn mahkota yg bersinar...cahayanya sangat terang bahkan lebih terang dari cahaya matahari...dia juga boleh memberi syafaat kepada 10 saudara terdekatnya...sekiranya saudara2nya itu berada di dalam neraka, maka dengan syafaat tersebut, dengan izin Allah SWT, saudara2nya itu boleh ditarik masuk ke dalam syurga..." (lebih kurang mcm tu lah maksud hadisnya)...kebetulan pula ustaz tersebut mempunyai 8 org adik beradik...mmg ngam2 la 10 org...dgn nada berjenaka, dia berharap agar dapat membantu semua ahli keluarganya di akhirat kelak, insyallah...subhanallah, alangkah besarnya pahala org2 yg mempunyai Al-Quran yg lengkap dalam hati mereka...atas sebab itulah beliau berazam dan bertekad utk menjadi seorang tahfiz Al-Quran...

sebak rasa apabila beliau mula menceritakan kisah pahit getir dan liku2 yg ditempuhinya di permulaan 13 tahun yg lalu...mmg benar bagai dikata, bukan senang nk jadi senang...semakin kita ingin mendekati Allah dan Rasul-Nya, semakin kuatlah cabaran yg perlu ditempuh...mngkin itu ujian Allah SWT dlm memastikan hamba-Nya itu benar2 ikhlas dlm mencari redha-Nya...dapat kami bayangkan betapa sukarnya perjalanan ustaz tersebut menempuh cabaran2 yg dihadapinya...namum, apa yg menguatkan lagi usahanya adalah pengorbanan ibunya yg menggadaikan hampir semua brg2 kemas utk tambang beliau ke Malaysia...sayangnya kedua ibubapanya telah kembali ke Rahmatullah semasa beliau sedang belajar (al-Fatihah)...alangkah bertuahnya perut si ibu itu yg mengandungkan anak yg berada di depan mata kami ini...

kalau nk diceritakan semua dlm blog ni, mmg xdpt lah sbb agak pnjg ceritanya...kami ambil kisah ini sebagai satu tauladan yg amat berguna...bnyk pengajaran terutama dari segi usaha, istiqamah, pengorbanan, kesungguhan, kesabaran dan sebagainya...semoga ia menjadi pedoman dan tauladan bagi kami, insyallah...

sempena kedatangan Nuzul Al-Quran, marilah kita sama2 memperbanyakkan bacaan Al-Quran Nul Karim...jika tiada upaya utk menjadi seperti contoh di atas sekali pun, sekurang-kurangnya berdoalah agar bacaan2 kita itu dapat menerangi kita di alam kubur dan seterusnya menjadi pemberat kepada timbangan amal baik kita di hadapan Allah Azzawajalla kelak, insyallah...


"Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran..."

2 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Orang yang selalu berdamping dengan orang soleh, maka dia berdamping dengan alim ulama', para tabi'in, para sahabat, sehingga ke Rasulullah SWT.

hijau bumi Tuhan... said...

oyeke ustat...emm, sbb tu la aku suke berdamping dgn ko...dulu kn kita slalu berdamping mlm2 kt kedai mamak...tp skrg ko dh jauh, aku xde geng lg nk berdamping, haha...