"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, July 29, 2010

iblis pun tolong...

pagi ni seperti biasa perhimpunan pagi bagi semua atlet kebangsaan yg biasanya diadakan sebulan sekali di tapak perhimpunan asrama Majlis Sukan Negara...pagi ni, giliran Pn Zaiton Othman selaku pengarah cawangan hal ehwal atlet memberi ucapan...bukan nk crita pasal perhimpunan ni, tp nk kongsi sebuah cerita / kisah ringkas yg agak menarik yg sempat diceritakan oleh beliau dlm perhimpunan tersebut kpd atlet2 sbg pengajaran...

diringkaskan cerita tersebut, terdapat seorang anak muda di sebuah kmpg...beliau sgt taat dlm mengerjakan perintah Allah SWT...satu pagi, semasa dlm perjalanan ke masjid utk solat subuh berjemaah, setibanya dipertengahan jalan, beliau telah terjatuh di dalam lopak air dan menyebabkan bajunya habis kotor...beliau dgn segera berlari pulang ke rumah yg terletak agak jauh dari masjid utk menukar pakaian yg lain dan bergegas semula ke masjid kerana takut tidak sempat solat berjemaah...

namun, apabila tiba di pertengahan jalan, sekali lagi beliau telah terjatuh di dalam lopak air yg sama dan mengakibatkan bajunya kotor lagi...kali ini dia berlari lg dgn pantas pulang ke rumah utk menukar pakaian yg lain dan kembali semula ke masjid dgn harapan sempat utk solat berjemaah...pada kali ini, apabila tiba di tempat lopak air tersebut, beliau ternampak seorang lelaki memegang lampu suluh dan menyuluh kawasan lopak tersebut...jadi, kali ini dapatlah beliau melangkah dgn baik tanpa terjatuh dan terus ke masjid...

setibanya di masjid, malangnya solat jemaah telah pun selesai...beliau amat berharap agar dpt solat berjemaah...sehubungan itu, beliau telah berpatah balik utk mencari lelaki yg menyuluh lopak air tersebut dgn harapan utk mengajak lelaki itu bersolat bersama...setelah berjumpa dgn lelaki itu, beliau terus mengajak lelaki itu solat berjemaah bersama dgnnya...namun lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu..." beliau berasa hairan dan berkata: "tuan telah membantu saya menyuluh lopak tersebut dan menyelamatkan saya dari terjatuh...oleh itu marilah kita sama2 solat berjemaah..." namun lelaki tersebut tetap menolak...akhirnya setelah dipujuk, barulah lelaki tersebut berkata: "aku tidak boleh solat dgn kamu wahai anak muda kerana aku sebenarnya adalah iblis..." terkejut dgn kata2 lelaki itu, maka beliau bertanya kpd lelaki itu: "jika engkau adalah iblis, kenapa engkau membantu aku menyuluh lopak tersebut sedangkan aku ingin pergi menunaikan solat...?"

lalu iblis tersebut menjawab: "kali pertama aku menjatuhkan engkau ke dalam lopak air td, aku berharap agar kau akan pulang dan tidak akan kembali lg ke masjid...tetapi engkau telah bergegas ke masjid semula...maka dgn itu, Allah SWT telah mengampunkan dosa2mu sepanjang hidup kamu...dan apabila aku jatuhkan engkau buat kali kedua lalu engkau bergegas lagi pergi ke masjid, maka Allah SWT telah mangampunkan dosa seluruh ahli keluargamu...dan pada kali yg ketiga, aku tidak sanggup lg menjatuhkan engkau kerana aku tidak sanggup jika Allah SWT mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini disebabkan ketaatan engkau...disebabkan itu, aku menyuluh jalan engkau..."

nota: begitulah serba sedikit ceritanya...sebenarnya Pn Zaiton nk kaitkan cerita ini dgn atlet2 semua tentang kesungguhan utk mencapai sesuatu matlamat memandangkan Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan menjelang tidak lama lg...tp aku amat tertarik dgn cerita tersebut...walaupun ringkas, tp memberi makna yg cukup mendalam...saja aku nk berkongsi dgn rakan2 dan shbt2 sekalian smoga ianya dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kita utk bekalan dunia dan akhirat, insyallah...

Monday, July 26, 2010

nisfu syaaban...

nisfu dalam bahasa arab bererti setengah...nisfu syaaban bererti setengah bulan syaaban...malam nisfu syaaban adalah malam 15 syaaban iaitu siangnya 14 haribulan syaaban...malam nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadar...

Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (nisfu syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat...apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak...kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu...aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri..." setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a: "malam ini adalan malam nisfu syaaban...sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki..."

hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru...catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 syaaban bermula pada 14 syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)...

dari Abu Hurairah r.a: Nabi SAW bersabda: "telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan dia berkata: "ya Muhammad, pada malam ini pintu2 langit dan pintu2 rahmat dibuka...maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit"...kata saya (Muhammad SAW): "hai Jibrail, apakah erti malam ini...?" dia menjawab (Jibrail) : "pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan (silaturrahim)...maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulanginya..." (Zubdathul Wa’izhin)...

nota: hari ini merupakan hari ke-14 syaaban 1431 dan mlm ini merupakan malam nisfu syaaban...marilah kita sama2 mengambil peluang ini utk menambah ibadat dan keimanan dalam diri...smoga ianya diterima oleh Allah SWT utk manfaat kita di dunia dan akhirat, insyallah...

kecuaian dan pengajaran...

jumaat lepas adalah hari yg memenatkan walaupun aku bercuti pada hari tersebut...takdir telah tertulis yg cermin kereta aku telah dipecahkan dan segala brg2 berharga di dalamnya abis dikebas penyamun...kejadian berlaku di kawasan letak kereta restoran nelayan, taman tasik titiwangsa antara jam 8.30 - 10.00 pagi...waktu tu, aku bersama temanku diella @ warna warni kehidupan sedang beriadah bermain badminton dan jogging di kawasan tersebut...malangnya, kami telah meninggalkan dompet dan 2 buah hanset kepunyaan temanku di dalam dashboard kereta...maka lesaplah kesemuanya...

mngkin duit dan hanset yg hilang tu bukan lg rezeki kami...namun, yg memeningkan kepala adalah dokumen2 dan kad peribadi yg penting yg amat menyukarkan kami...alhamdulillah, walaupun ditimpa bencana dan ujian, Allah SWT masih memberi jalan dan mempermudahkan urusan kami selepas itu...kebanyakan urusan seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad sim telefon telah dapat diuruskan dgn sgt mudah tanpa perlu menunggu atau beratur dan sebagainya...pelik juga, sebelum2 ni, kalo nk uruskan perkara ni, mesti kena tnggu lama dan beratur panjang...tp pada hari tersebut, setiap tempat yg kami pergi, tak smpai pun 15 minit, dh setel...

inilah keadilan Allah SWT...walaupun Dia menurunkan ujian, namun pasti akan ada jalan utk menyelasaikan segala masalah...kami terima apa yg berlaku sbg pengajaran di atas kecuaian sendiri dan ianya mngkin satu ujian utk menguji kesabaran kami yg lemah ini, wallahualam...kepada shbt2 sekalian, janganlah tinggalkan brg2 berharga dlm keta...

nota: penyamun tu mesti tension bila bukak dompet aku...dlm tu cuma ada 2 hengget je, tu pun sume duit syiling, hahaha...nasib baik la gaji aku belum masuk lg hari tu...pagi tu sblm kejadian, aku ada pegi bank utk withdraw duit, tp malangnya gaji tak masuk lg...ada hikmah rupenye, kalo tak mesti lg pening kepala, haha...

Thursday, July 15, 2010

perintah solat...

telah lima hari berlalu tarikh keramat peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya diangkat ke langit yg ke tujuh bertemu Allah SWT…sebagai seorg umat Islam, pastinya kita sudah mengetahui apakah yg berlaku pada malam hari Israk Mikraj itu dan wajib kita beriman kepada peristiwa tersebut kerana ianya telah nyata difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran…namun, adakah kita hanya sekadar mengambil tahu dan percaya dgn peristiwa tersebut, atau hanya dgn menyambutnya setiap tahun sekadar utk memperingati peristiwa itu…

jika dilihat keadaan umat Islam pada zaman ini, boleh dikatakan bahawa tidak berharganya peristiwa tersebut dlm diri masing2…bukankah peristiwa penting itu adalah satu peristiwa di mana telah turunnya perintah solat @ sembahyang 5 waktu sehari semalam yg telah diwajibkan kepada kita umat Islam…namun jika dilihat, betapa ramainya umat Islam yg mengambil mudah solat ini sehingga ada diantaranya yg tidak langsung merasa bersalah sekiranya meninggalkan solat…jika mengikut perangkaan dari sumber yg boleh dipercayai, didapati lebih separuh iaitu kira2 70% dari umat Islam seluruh dunia ini tidak bersolat atau tidak menjaga solatnya dgn baik…

renungkanlah wahai shbt2…mengapakah Allah SWT mengangkat Nabi Muhammad SAW sehingga ke langit yg ke tujuh semata2 utk memberikan kewajipan solat…sedangkan puasa, zakat, haji, dan lain2 kewajipan hanya diturunkan melalui wahyu dari Malaikat Jibril sahaja…ini menunjukkan betapa solat itu sgt penting dan Allah SWT juga telah berfirman bahawa perkara pertama yg akan dihitung di akhirat kelak adalah solat kita…jika baik solatnya, maka baiklah ia, jika buruk solatnya, maka buruklah ia…namun jgn salah faham, ada juga manusia yg sentiasa solat, tetapi sering juga melakukan kejahatan…itu menandakan bahawa solat itu tidak sempurna dan hanya akan dilempar oleh Allah SWT umpama kain buruk ketika mengadapNya nnti…

jika dikaitkan dgn keadaan skrg, mmg patutlah umat Islam ditindas oleh org2 kafir...mana tidaknya, perintah utama dari Allah SWT diremeh temehkan...bagaimanakah pertolongan Allah SWT itu akan dtg kepada kita jika kita sendiri melupakanNya…mngkin ada benarnya juga kata2 dari seorg hamba Allah yg hebat ini yg berkata: "umat Islam jgn bermimpilah utk menghancurkan Yahudi dan Amerika selagi solat tidak dijaga dgn sebaik2nya…jgn bermimpilah utk melihat kegemilangan Islam seperti dahulu jika kita sendiri tidak mengendahkan seruan azan dan hanya bersolat diakhir2 waktu kerana sibuk dgn urusan dunia masing2…"

mngkin ada benarnya juga kata2nya itu kerana jika dibelek sejarah2 kegemilangan Islam terdahulu, lihatlah bagaimana umat terdahulu menjaga solat mereka dgn baik...dalam satu kisah semasa Perang Salib, Sultan Salahudin Al Ayyubi akan memeriksa tentera2nya diwaktu malam…keesokan harinya, baginda akan memberi cuti dari berperang kepada tentera2nya yg tidak bangun tahajud pada malam tersebut…lihatlah betapa umat2 terdahulu meletakkan solat itu di tahap yg paling tinggi dan penting dlm diri masing2…bagaimanakah kita umat akhir zaman ini...? wallahualam...

nota: sekadar menyampaikan apa yg telah didengari…semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat, insyallah...

Tuesday, July 13, 2010

jawatan kosong @ MSN...

salam kepada shbt dan rakan2 sekalian...kepada yg masih mencari pekerjaan dan berminat untuk menjadi warga Majlis Sukan Negara Malaysia, dengan ini dialu-alukan untuk memohon kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

  • pegawai belia dan sukan (gred S41) - 1 kekosongan
  • pegawai kaunseling (gred S41) - 1 kekosongan
  • penolong pegawai belia dan sukan (gred S27) - 8 kekosongan
  • penolong pegawai tadbir (gred N27) - 2 kekosongan
  • penolong pegawai aset (gred N27) - 1 kekosongan
  • penolong pegawai pengangkutan (gred N27) - 1 kekosongan
  • juruteknik elektrik (gred J17) - 1 kekosongan
  • pembantu tadbir (gred N17) - 3 kekosongan

kepada yg berminat, anda perlu menghantar beberapa dokumen yg diperlukan seperti berikut:

  • resume yang ringkas dan padat
  • salinan kad pengenalan
  • salinan sijil2 akademik / kelayakan dan sijil2 berkaitan yang telah disahkan
  • gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan)

calon hanya boleh memohon satu jawatan sahaja...tarikh tutup permohonan ialah pada 23 julai 2010...hanya calon yg melepasi tapisan akan disenarai pendek untuk temuduga...permohonan boleh dihantar ke:

Ketua Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

nota: untuk makluman, kesemua jawatan yg ditawarkan tersebut adalah berstatus kontrak...kepada shbt2 yg mengenali saya, boleh serahkan permohonan kpd saya utk dipanjangkan ke cawangan sumber manusia, insyallah...(tolong hantar je la...kalo nk kata cable tu xde la sbb kawe pun staff baru dan kontrak jgak, haha)...

Thursday, July 1, 2010

doa bulan rejab...


ya Allah...berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan...

slmt ulang tahun ayah...

selamat hari ulang tahun yg ke-51 buat ayahanda yg tersayang lg dicintai...doa sy panjatkan smoga ayah diampunkan segala dosa, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, disembuhkan segala penyakit, diberi kelapangan dan dipermudahkan dari segala hal, smoga termakbul sgala yg dihajati, dan sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya di dunia dan akhirat kelak, insyallah...

ya Allah...
rendahkanlah suaraku bagi mereka...
perindahlah ucapanku di depan mereka...
lunakkanlah watakku terhadap mereka...
dan lembutkan hatiku untuk mereka...

ya Allah...
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku...
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku... peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

ya Allah...
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan...
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku...
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku...
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka...
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah...
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda...

ya Allah...
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku...
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku...
tetapi jika sebaliknya...
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka...
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu...
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu...
ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia maha agung...
serta anugerah yang tak berakhir...
dan Engkaulah yang Maha pengasih diantara semua pengasih...

amin ya Rabbul Alamin...


terima kasih di atas segala pengorbanan yg telah dicurahkan…selamat hari ulang tahun