"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Monday, March 15, 2010

all england...

tahniah buat dato' lee chong wei di atas kejayaan merangkul kejuaraan dan membawa pulang trofi all england ke tanah air sekaligus mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan oleh mohd hafiz hashim pada tahun 2003 yg lalu...satu kebanggaan apabila jalur gemilang berkibaran dan sorakan "malaysia boleh" bergema di pentas antarabangsa mengiringi kejayaan tersebut...namun, sedikit kekecewaan apabila pemain2 negara bagi acara2 yg lain terkandas di awal pusingan...namun begitu seperti biasa, harapan diletakkan di bahu pemain perseorangan negara ini dan kali ini beliau tidak mengecewakan kita semua...

apa yg mnjadi persoalan dan tanda tanya, dari manakah dtgnya kehebatan anak muda dari jepun itu yg berjaya menundukkan ramai pemain2 pilihan utk smpai ke peringkat akhir...melihat kepada peningkatan mendadak pemain muda jepun itu, kita seharusnya mengambil langkah yg pantas bagi menggilap pengganti chong wei pada masa akan dtg...jika kita masih lg mengharapkan sukan badminton melalui sentuhan chong wei di masa2 akan dtg, ia dilihat agak sukar terutamanya dalam usaha utk mendapatkan pingat emas pertama negara dalam sukan olimpik yg akan dtg, dikala negara maju yg lain sentiasa menghasilkan atlet2 yg berkualiti dan bertaraf antarabangsa...ayuh atlet2 pelapis, jadikan pemain2 handalan ini sbg contoh terutama dari segi disiplin, komitmen, cara latihan dan semangat juang mereka agar anda dpt mencapai tahap yg setanding dgn mereka...jgn hanya memberi fokus kpd lin dan shja kerana jika lin dan tiada, kemungkinan china mempunyai 10 lg lin dan yang bakal muncul...begitu jugalah negara2 yg lain...

nota: sape tgk game final ni smlm...? kalo tak silap aku, point kemenangan chong wei tu rasenye out...tp tiba2 chong wei dh menjerit kegembiraan...mngkin sbb linesman dh ckp masuk kot...tp takpe la, bgus le tu, haha..."malaysia boleh..."

4 comments:

Stoner said...

mmg out, tapi linesman kata in...

ape2 pun, chongwei mmg patot menang pon...huhuhu

adik najib pun dah xleh harap~

apo nak buek~

sekolah la patot main peranan...

hijau bumi Tuhan... said...

tu la pasal, dh rezki nk menang, haha...adik najib pun sama mcm abg dia gak, huhu...tu la pasal, mmg spatutnye mula dari skolah lg...sume kena main pranan...mak bapak, skolah, dan badan2 sukan...

PPT said...

Tuan Lan,
Nak diikutkan malam tu memang dia boleh kalah. Budak Jepun tu skill dan lain-lain memang power cuma pengalaman peringkat dunia kurang sangat. Kalau tak memang lauk la malam tu.

Apa pun menang tetap menang kan..

PPT

hijau bumi Tuhan... said...

tu la bang...kalo game tu pegi 3rd set, rasenye takde harapan chong wei nk menang, haha...