coretan aku yg sebelum ni baru je menceritakan tentang perangai bdk yg tak reti
hormat org tua…semalam, aku diperlihatkan lg dgn
gelagat anak2 muda belasan tahun yg agak
kurang ajar perangainya...
kebetulan semalam aku menghadiri majlis mkn mlm dan anugerah wanita dan sukan di Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Kuala Lumpur yg bermula jam 8 mlm...aku smpai awal dlm jam 7 mlm dan singgah ke masjid berhampiran utk solat maghrib...dipendekkan cerita, lepas solat maghrib, aku ke tmpt parking keta utk ambil pakaian utk bersiap ke majlis tersebut...tiba2 dgn selambanya terlihat 2 pasangan anak melayu lelaki dan perempuan (ikut raut wajah, mcm belasan tahun) memasuki perkarangan masjid dgn riuh rendah dan hilai tawa...yg lelakinya dgn rokok ditangan...yg paling kurang ajarnya adalah bdk2 perempuan tersebut yg memakai pakaian yg sgt seksi...seorg drpdnya memakai baju yg mempunyai bukaan leher yg amat luas sehingga menampakkan tali 'bra'nya...sebagai seorg lelaki normal, pastinya mata aku terarah ke situ, huhu...astarfirullahalazim...dgn muka toya, mereka berjalan melintasi btol2 dihadapan tangga masjid...rupa2nya mereka mengambil laluan 'short cut' dari pintu hadapan masjid, dan keluar mengikut pintu kecil di bahagian belakang masjid...padahal waktu itu, ramai org2 tua yg memerhatikan mereka kerana baru selesai solat maghrib...
dimanakah rasa hormat anak2 muda ini kepada rumah Allah...mngkinkah ini salah kami yg nmpk dan tidak menegur ini...mngkinkah ini perkara biasa sbb bdk2 itu tiap2 hari lalu disitu...atau mngkinkah org2 yg nmpk ni malas nk campur hal anak2 muda itu...atau mngkinkah sudah hilang keberanian dihati utk menegakkan apa yg betul, dan menegur apa yg salah...ada juga terlintas dihati aku utk menegur bdk2 itu, tp rasanya tiada kekuatan utk aku membuka mulut...rasanya sudah boleh dijangka apa yg akan dijawab oleh mereka...pastinya mereka akan mempersendakan teguran aku dan mngkin juga mereka akan berkata, "mak bapak aku pun tak kisah, yg kau nk sibuk2 ni kenapa...!!" semakin hari kita semakin lemah utk menegakkan perkara yg betul sehingga terjadinya perkara sedemikian...tak tau lah siapa yg salah...aku tak kisah kalau mereka berpakaian dan berperangai sedemikian di disko2 atau kelab mlm...tp ini masuk masjid dgn cara begitu, masyallah...kalau singgah smyg, xpe la jgak...ni siap buat bising lg...kurang ajaaarrr punye budaakk...
nota: sekadar renungan shbt2 yg membaca...tak mustahil, shbt2 juga akan bertemu dgn situasi sebegini pada masa kan dtg...atau mngkin lebih teruk lg dari ini...skrg ni pun dah ada kes buang bayi di masjid..."apo nk di kato...tgk ajo lah...den nk koba, den tak brani...takut nti bdk2 tu pnggil geng, abih den dorg soosaahh..."