"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, October 28, 2009

ke teluk batik yeop...

kejap lg teman nk ke teluk batik...ada kursus dan bengkel berkaitan kerja...semua staff cawangan teman terlibat...kami di sana smpai hari sabtu ni...rasanye tmpt penginapan teman dekat dgn tmpt kerja sdr azmi @ beautifool life...kalo ada rezki, insyallah bleh le jumpe dia...tu pun kalo beliau tak sibuk dan jadual teman tak pack la...moh le ke teluk batik yeop...

nota: slmt maju jaya diucapkan kepada kontinjen MSN ke festival sukan FESMAS yg akan berlangsung di kangar, perlis...pastikan kejayaan menjadi milik kita...

Tuesday, October 27, 2009

slmt pengantin baru abang...


tahniah dan slmt pengantin baru diucapkan kpd abg fendi @ abang yg telah melangsungkan perkahwinan dgn kak fatin...semoga jodoh berkekalan ke anak cucu dan keakhir hayat..."lepas ni xleh le nk join main snuker lg...tp kalo ada brani, jom le, hehehe..."

Friday, October 23, 2009

teruskan perjuangan...


'patah tumbuh, hilang berganti'...tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU, UiTM) yg telah melantik pucuk pimpinan yg baru utk menerajui persatuan...tahniah kpd ajoy (presiden baru) serta MT yg lain yg telah dilantik...smoga dpt mengepalai persatuan ini dgn jayanya...pastikan ia terus relevan terutama dlm memberi khidmat bakti kepada fakulti khasnya, dan UiTM amnya...pertahankan persatuan yg selama ini kita sama2 perjuangkan...pastinya dugaan sentiasa mendatang...namun, anggaplah ia sebagai satu cabaran yg akan mendewasakan...setiap pengalaman, pasti berguna utk masa hadapan...jgn lari dari cabaran tersebut kerana ianya pasti akan membantu dlm berdepan dgn situasi2 di alam perkerjaan nti, percayalah...teruskan perjuangan, teruskan perjalanan...

nota: maaf tak dpt menghadirkan diri ke AGM hari tu...tetiba kena ganti org ke seminar di genting highland...apa bleh buat, arahan perlu dijalankan, haha...

Tuesday, October 20, 2009

tahniah dato' nicol...

















tahniah dan syabas diucapkan kepada dato' nicol ann david, ratu squash negara yg telah mengharumkan nama negara selaku pemain no. 1 dunia dlm sukan tersebut...hari ini merupakan hari bersejarah buat beliau khasnya, dan sukan tanah air amnya dimana hari ini YB menteri belia dan sukan telah merasmikan majlis menamakan gelanggang squash utama di kompleks squash negara di bukit jalil sempena nama dato' nicol sendiri, serta 'galeri nicol david'...terasa bangga bila berada di dlm dewan sebentar tadi...tayangan2 memaparkan rentetan kejayaan demi kejayaan semenjak dari kecil, seawal umur 6 tahun, ratu squash ini telah menjinakkan diri dlm sukan tersebut...

sememangnya penghargaan ini dilihat amat baik sekali dlm usaha utk menghargai penat lelah dan pengorbanan beliau utk menjadi yg terbaik dlm sukan yg diceburi ini...selain dari mempunyai bakat yg sememangnya sudah terserlah, beliau juga merupakan seorang atlet yg sgt gigih, fokus, dan berwawasan dlm mengejar cita2...jika dilihat 'attitude' yg beliau tunjukkan sebagai seorg atlet, mmg layak beliau menyandang gelaran no. 1 dunia tersebut...bukan saja dlm gelanggang, bahkan diluar juga beliau menunjukkan profesionalisme yg tinggi dan mudah didekati oleh org lain...beliau merupakan ikon sukan yg boleh dicontohi terutamanya dari aspek kesungguhan, komitmen, dan pengorbanan yg telah ditunjukkan...

tahniah buat dato' nicol ann david diatas penamaan gelanggang utama sebagai 'ARENA NICOL DAVID...'

nota: kepada atlet2 lain, 'attitude' tersebut perlu dicontohi...ikutlah resmi padi, "makin berisi, semakin tunduk kebumi..." bukan bermaksud rebah kebumi, tp tidak sombong atau tidak cepat berpuas hati jika mencapai sesuatu kejayaan...berusahalah bermati-matian utk negara...kami 26 juta rakyat malaysia mengharapkan sesuatu dari anda...segala bantuan yg termampu telah diberikan...usah hanya menuding jari kepada org lain jika kecundang...segala bantuan latihan dan kemudahan yg diberikan tidak akan bermakna sekiranya anda tidak mempunyai 'attitude' atau sikap utk berkorban demi negara...buktikanlah yg anda 'boleh' selaras dgn slogan 'malaysia boleh'..."you prove first, you show us the result...then we will support you along the way until the end...

Tuesday, October 13, 2009

cabaran demi cabaran...

ramai org berpendapat, hidup ni kalo xde cabaran mmg tak best...kena ada cabaran, barulah bermakna hidup ni...ada yg mmg suka dengan cabaran...tak kurang juga ada yg takut utk menghadapi cabaran dlm hidup ni...cabaran ni selalunya dikaitkan dgn masalah2 yg melanda dlm hidup kita...kalo bukan masalah, bukan cabaran la tu, ye tak...pada waktu tu, diri kita akan teruji utk berdepan dgn masalah tersebut dan bgaimana utk kita menyelesaikan...ada masalah yg boleh diselesaikan sorg2...dan ada juga yg memerlukan bantuan dari org lain...

mcm2 cabaran yg sering kita hadapi...cabaran dlm pekerjaan, dlm pelajaran, dlm institusi kekeluargaan dan termasuklah dlm diri kita sendiri...sebenarnya dari kecik lg kita mmg sudah terdedah dgn cabaran2 sebegini...tp mungkin masa kecik dulu, kita tak berapa nk ambil peduli tentang cabaran2 ni sbb ibubapa kita lah yg akan menjadi benteng utk berdepan segala cabaran tersebut...bila dh semakin dewasa, barulah sedikit demi sedikit cabaran itu akan mendatangi kita sendiri...

hidup ini bukanlah semudah yg disangka...kadang2 org melihat kita amat senang dan gembira...tp hakikatnya, setiap individu pasti sedang bertarung utk menghadapi cabaran dgn cara masing2...bagi aku yg boleh dikatakan masih baru dan mentah dlm dunia pekerjaan ni, mmg cabaran2 tersebut bnyk mempengaruhi...hampir setiap hari, akan ada benda2 baru yg muncul terutamanya masalah2 yg perlu diselesaikan...semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan utk aku menempuhinya...semoga ia lebih mendewasakan...

hijau bumi Tuhan...

sekali ku memandang...
kehijauan saujana mata...
semusim yang benderang...
hati riang nikmatnya Tuhan...

kita belalah bersama-sama...
kita jagalah harmoninya...

semusim ia datang...
keindahan ciptaan Tuhan...
hijau yang terbentangan...
makhluk Tuhan bermesra-mesra...

kita belalah bersama-sama...
kita jagalah harmoninya...

damai terperi kicau menyanyi...
burung berkicauan riang terbang...
ombak menghempas pantai menanti...
indah biru laut ini pasti...

salam diberi insan di bumi...
itu nikmat hari-hari ini...
tegur dan sapa senyum ketawa...
itu tanda kita riang ria...

abadikan keindahan ini...

'hijau bumi Tuhan...'
'XPDC...'

Thursday, October 8, 2009

oh perut, sabar ye...

banyaknye jamuan hari raya...dari rumah terbuka saudara-mara dan kwn2, hinggalah ke jamuan di pejabat...biaselah, nama pun raya...minggu ni je asyik dok kena pakai baju melayu gi keje...semuanya gara2 nk menghidupkan suasana raya di majlis2 jamuan raya ni...kalau bulan pose turun 2 kilo, masuk raya boleh naik 4 kilo, haha...main belasah je semua...mulut mmg seronok la mengunyah, tp perut la yg jadi mangsa, hahaha...

nota: "kesian perut aku...mintak maaf ye perut, bukan sengaja nk sumbat...tp tak tahan tgk makanan2 tu...nti kalo tak sumbat, tuan rumah kecik hati pulak...xpe, jgn risau...nti aku hadiahkan kau dgn pil chi kit teck aun, hehehe..."

Monday, October 5, 2009

berhati-hati...

sering kita dgr kes-kes ragut, rompak, samun, pecah rumah dan sebagainya...kebanyakan kes tersebut menggunakan kekerasan dan sesetengahnya sehingga mencederakan mangsa... tp kebelakangan ni, tak payah pakai kudrat pun dh boleh tibai duit org...bukan sikit2, kadang2 smpai ribu2 pun ada...bukan apa, rasa tergerak utk berkongsi coretan ni sbb dh berdepan dgn situasi ni...wlaubgmanapun, bukanlah aku yg jadi mangsa ataupun berada dlm keadaan tersebut...tp beberapa individu yg berkait rapat dgn aku yg kena dan kes tersebut melibatkan aku utk membantu menyelesaikan masalah tersebut...

rasanye tak perlulah aku menceritakan sepenuhnya kejadian tersebut kerana ianya tidak boleh dihebahkan dan ianya masih dlm siasatan polis...cuma ingin berkongsi supaya sahabat2 semua tidak terkena juga...kejadian ni melibatkan warga asing (masa tu, warga arab)...kena hati2 dgn 'mereka2' ni terutamanya jika kita sedang membawa wang dlm jumlah yg banyak...tak tau la mcmmane depa ni bleh tau kita bwk duit bnyk...ada ilmu boleh bau duit kot, haha...menurut polis, dah bnyk kejadian2 begini berlaku...'mereka' tak perlu guna kekerasan pun, tp dalam tak sedar 'mereka' boleh curi duit kita...

so, berhati-hatilah...mngkin tak semua warga asing begitu...dan mngkin masyarakat kita sendiri juga ada yg sebegitu...pastikan shbt2 semua sentiasa berwaspasa...'mereka' ni penuh dgn tipu muslihat dan cara yg licik utk memperdayakan kita...cara yg 'mereka' gunakan dlm kes ni pun agak professional...mmg tak sedar, tau-tau lesap...huh, apa boleh buat...

Thursday, October 1, 2009

ya Allah, jauhkanlah ia...

● gempa bumi...
● tsunami...
● banjir besar
● ribut taufan...
● hujan batu...

pagi td dlm keta, on de way ke opis, dgr berita mengenai bencana2 alam yg sedang menimpa dunia kita skrg ni...suratkhabar pun menyiarkan liputan utama mengenai bencana2 yg tak dapat di bendung dan dielakkan oleh manusia yg kerdil ini...antaranya adalah kejadian2 seperti yg disebutkan diatas...sering jgak kita dgr berita2 mcm ni sblm ni...tp kali ni ia berlaku btol2 berhampiran dgn kita...bukan sekadar itu, malah ada juga kejadian yg melibatkan kawasan dalam negara kita...

masa skolah dulu, ingat lg bile cikgu geografi mengajar...dia ckp, negara kita ni terletak di luar lingkaran gunung berapi pasifik (iye kot, lebih kurang begitu la)...dgn erti kata lain, negara kita selamat dari kejadian2 gempa bumi dan sbgnya...masa tu, rasa bertuah sbb dilahirkan di negara ni, haha...tp skrg ni, negara kita pun dah mula dilanda sebahagian dari kejadian2 tersebut...ye lah, fakta geografi tu cuma kajian manusia je kan...kuasa Allah s.w.t siapa yg tahu...apa2 saja boleh berlaku...

kebetulan pagi tadi masa lalu MRR 2...serentak dok dgr berita2 kejadian ni, aku ternmpk satu poster sebuah filem yg akan ditayangkan tak lama lg...tajuknya '2012'...kalo ikut gmbr filem tu, crita dia mengisahkan kemusnahan dunia...ala2 crita 'the day after tomorrow' la kot...bkn la nk crita pasal filem tu...tp bile dgr brita2 bencana ni dan tertengok gmbr filem tu, rasa lain mcm la pulak...takut pun ada...ye la kan, kalo dgr ustat2 bg ceramah pun, pastinya mereka akan berkata yg kita ni sudah di penghujung zaman...kalo nk ikutkan petanda, mmg dah ada...tp ntah bile la agaknye, wallahualam...
bile fikir blk akan hari kiamat yg telah dijanjikan Allah s.w.t, rasenya diri ni mmg sgt2 tak bersedia, masyallah...terlalu takut untuk berdepan dgn keadaan tersebut...terlalu bnyk kesalahan dan kelalaian yg dilakukan oleh manusia skrg ni..."ya Allah, jauhilah dan lindungilah kami dari azab dan bala bencanaMu...jika Kau ingin memberi peringatan kepada manusia2 yg lalai, janganlah balasan itu dipertanggungjawabkan kepada kami dan insan2 yg tidak bersalah ya Allah...jauhilah kami dari tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan yg akan menerima balasan...sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya, amin..."