khamis, 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan dengan 23 april 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w...Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t...tapak kelahiran Baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi...
Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah s.w.t yang terakhir...Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia... sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam...Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai...Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul...Nabi Muhammad s.a.w merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa...
sempena Maulidur Rasul yg bakal menjelang 9 mac 2009 (isnin) ini. marilah kita semua umat Islam mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah melupakan umatnya walaupun sehingga saat2 Baginda hampir wafat dan diambil nyawanya...hanya kita yg sering lupa akan nya, masyallah...
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (surah Al-Anbiya, ayat 107)
No comments:
Post a Comment