"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Friday, March 27, 2009

terima kasih...

rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan terima kasih kepada kepada En. Hisyam selaku pensyarah subjek outdoor UiTM @ penasihat PERLU, serta semua sahabat2 PERLU yg lain yg memberi kesempatan untuk aku turut serta dlm 'final camp' di Janda Baik dua minggu lepas...

walaupun tidak bersama pada keseluruhan perkhemahan, namun kepuasan tetap dirasai...tetap juga mendapat pengalaman baru terutama dalam mengendalikan xtvt kembara / explorace... terima kasih juga kepada semua peserta dari jurusan diploma dan ijazah...semoga anda semua diberkati dan dirahmati-Nya...

terima kasih...

tahniah hafiz @ hafiz...

tahniah buat kedua-dua rakan ku, Hafiz Tahar dan Hafiz Yahya...secara kebetulan kedua-dua rakanku ini telah menempa hari yg bersejarah pada hari yg sama iaitu pada 21 Mac 2009 bersamaan 24 Rabiul Awal 1430...

tahniah buat Hafiz Tahar diatas persandingan dlm majlis penuh berseri bersama isteri, Kak Suzie di Kelab Shah Alam...tahniah juga buat sahabatku Hafiz Yahya yg melangsungkan pertunangan dengan Nur Fazleen di ampang, selangor...semoga kalian semua berbahgia ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yg beriman dan beramal soleh, insyallah...

alhamdulillah, sempat aku meluangkan masa untuk menghadiri kedua-dua majlis tersebut...

Wednesday, March 11, 2009

maulidur rasul...

sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan...
9 mac 2009 / 12 rabiulawal 1430...
dataran merdeka, kuala lumpur...
7 am - 11 am...
kontinjen rojak...

'wadah pemangkin khaira ummah'

post tepi kolam...

sempat pekena nasi lemak ngan teh tarik dulu...

p/s: sebenarnye kami dari MSN ni masuk bawah kontinjen KBS...tp oleh sbb lmbt hntr nama kt KBS, x dpt le baju melayu seragam...so, jadilah kami kontinjen rojak, pakai baju sendiri je, haha...masa perbarisan pun main masuk je kumpulan2 yg rojak mcm kami jgak, haha...

Friday, March 6, 2009

Sallallahu Alaihi Wasallam...


khamis, 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan dengan 23 april 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w...Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t...tapak kelahiran Baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi...

Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah s.w.t yang terakhir...Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia... sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam...Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai...Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul...Nabi Muhammad s.a.w merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa...

sempena Maulidur Rasul yg bakal menjelang 9 mac 2009 (isnin) ini. marilah kita semua umat Islam mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah melupakan umatnya walaupun sehingga saat2 Baginda hampir wafat dan diambil nyawanya...hanya kita yg sering lupa akan nya, masyallah...

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (surah Al-Anbiya, ayat 107)

Tuesday, March 3, 2009

juara...

pada 27 feb hingga 1 mac tempoh hari, telah berlansung Karnival Sukan KBS yang bertempat di MSN, bukit jalil...beberapa jenis sukan telah dipertandingkan seperti futsal, bola jaring, ping pong, bola tampar, sepak takraw, senamrobik, tarik tali dan sbgnya...setiap kontinjen terbahagi pada zon2 yg telah ditetapkan seperti zon utara, selatan, tengah, timur, barat, timur laut, pantai timur, barat daya, tenggara, barat laut, hehehe...so, semua organisasi yg bernaung dibwh KBS telah menyertai karnival sukan tersebut seperti MSN, ISN, IKBN, Jbtn2 Belia dan sbgnya...

temasya tersebut berlangsung dgn begitu meriah dgn kehadiran kontinjen2 dari seluruh pelosok tanah air...kontinjen kami diwakili MSN, IKBN Sepang dan IKBN Chembong...sukacitanya dimaklumkan bahawa kontinjen ini telah dinobatkan selaku juara keseluruhan dan membolot bnyk kejuaraan bagi sukan2 yg dipertandingkan...tahniah diucapkan pada kontinjen tersebut...tp wlaubgmanapun, aku x mngambil bhgian pun dlm apa2 acara...cuma sbg pasukan sorak je, haha...