"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Thursday, March 25, 2010

warisan sejagat...

warisan segajat...itulah nama yg telah dipilih oleh kumpulan ku sepanjang 3 hari yg lepas...panji dan amanah yg melambangkan kedaulatan kumpulan ini sentiasa dibawa bersama walau kemana jua...selama 3 hari, diberi pendedahan dan kesedaran mengenai sebuah bangsa yang bergelar Melayu...samada ianya realiti atau retorik, terpulang kpd penerimaan masing2...namun yg pasti, warisan tinggalan nenek moyang semakin menghilang...dan yg lebih teruk lg, bangsa yg bergelar Melayu ini semakin hari semakin berpecah belah dan ada sebilangannya telah pun hanyut bersama budaya bangsa2 yg lain...secara sedar atau tidak, bangsa Melayu kini semakin hilang segala2nya termasuklah ekonomi dan kuasa politik...kini yg tinggal, hanyalah Perkara 153 yg perlu dipertahankan...sedarlah wahai Melayu, bersatulah...tegakkan Islam, martabatkan Melayu, pertahankan Tanah Melayu...perangi segala rasuah, salah guna kuasa, politik wang dan sebagainya...tidak adakah jalan utk kita bersatu dibawah satu naungan Islam dan Melayu...ketepikanlah kepentingan masing2 demi utk agama, bangsa dan negara...bersatulah wahai Melayu...

warisan

disini lahirnya sebuah cinta...
yang murni abadi sejati...
disini tersemai cita cita...
bercambah menjadi warisan...

andai ku terbuang tak diterima...
andai aku disingkirkan...
kemana harus ku bawakan...
kemana harus ku semaikan cinta ini...


betapa...
dibumi ini ku melangkah...
ke utara selatan timur dan barat...
ku jejaki...

aku...
bukanlah seorang perwira...
gagah menghunus senjata...
namun hati rela berjuang...
walau dengan cara sendiri...
demi cinta ini...

ku ingin kotakan seribu janji...
sepanjang kedewasaan ini...
ku ingin sampaikan pesanan...
akulah penyambung warisan...


(Allahyarham Sudirman...)


nota: baru lepas balik kursus kenegaraan (BTN) kt melaka 3 hari lepas...teruih je patriotik, hahaha...

Monday, March 15, 2010

all england...

tahniah buat dato' lee chong wei di atas kejayaan merangkul kejuaraan dan membawa pulang trofi all england ke tanah air sekaligus mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan oleh mohd hafiz hashim pada tahun 2003 yg lalu...satu kebanggaan apabila jalur gemilang berkibaran dan sorakan "malaysia boleh" bergema di pentas antarabangsa mengiringi kejayaan tersebut...namun, sedikit kekecewaan apabila pemain2 negara bagi acara2 yg lain terkandas di awal pusingan...namun begitu seperti biasa, harapan diletakkan di bahu pemain perseorangan negara ini dan kali ini beliau tidak mengecewakan kita semua...

apa yg mnjadi persoalan dan tanda tanya, dari manakah dtgnya kehebatan anak muda dari jepun itu yg berjaya menundukkan ramai pemain2 pilihan utk smpai ke peringkat akhir...melihat kepada peningkatan mendadak pemain muda jepun itu, kita seharusnya mengambil langkah yg pantas bagi menggilap pengganti chong wei pada masa akan dtg...jika kita masih lg mengharapkan sukan badminton melalui sentuhan chong wei di masa2 akan dtg, ia dilihat agak sukar terutamanya dalam usaha utk mendapatkan pingat emas pertama negara dalam sukan olimpik yg akan dtg, dikala negara maju yg lain sentiasa menghasilkan atlet2 yg berkualiti dan bertaraf antarabangsa...ayuh atlet2 pelapis, jadikan pemain2 handalan ini sbg contoh terutama dari segi disiplin, komitmen, cara latihan dan semangat juang mereka agar anda dpt mencapai tahap yg setanding dgn mereka...jgn hanya memberi fokus kpd lin dan shja kerana jika lin dan tiada, kemungkinan china mempunyai 10 lg lin dan yang bakal muncul...begitu jugalah negara2 yg lain...

nota: sape tgk game final ni smlm...? kalo tak silap aku, point kemenangan chong wei tu rasenye out...tp tiba2 chong wei dh menjerit kegembiraan...mngkin sbb linesman dh ckp masuk kot...tp takpe la, bgus le tu, haha..."malaysia boleh..."

Wednesday, March 10, 2010

lam 'porto'...watakungsi...

"oh tidak...tak sanggup aku nk tgk bola ni masuk gol...lebih baik aku penjamkan mata je, huk3..."
"adeh, tak sampai...pendek plak kaki aku nih...knape la tinggi sgt pak itam ni..."

"fuh, apehal la laju sgt mamat ni...penat aku kejar dari hujung sana...tak dpt2 lg..."

Tuesday, March 9, 2010

batu...

sudah menjadi resmi manusia...
ingin hidup seribu tahun lagi...
seperti batu-batu, setulus putih hati...
melihat kurniaan Tuhan...

lihat batu-batu diiringan jalan...
terlanjang disinari dan dibasahi hujan...
terbiar detik pagi tangisan mengiringi...
lihat anak kecil hadiri...
sampai akhir nanti...

batu sayang kau tak boleh berkata...
semuanya kau lihat...
walau kau tak bermata...
dari mula dunia engkau dicipta...
hingga akhir dunia engkau kekal jua...


sweet charity - 'batu' (1983)...

Friday, March 5, 2010

apo la nk jadi...

adik syafia humairah sahari...

adik k. haresvarran...

apa kita patut klasifikasikan org yg membunuh anak2 kecil yg tak berdosa ni...? sesetengah org ckp, org mcm ni adalah 'binatang'...sanggup bunuh budak kecik...tp kalo kita slalu tgk rancangan discovery channel yg memaparkan kehidupan haiwan, kita boleh tgk yg binatang pun sayangkan anak...malah ada yg snggup mati bile mempertahankan bayi mereka yg baru lahir ataupun telur2 mereka yg baru menetas...kalo binatang tau pasal kes dera ni, dorg pun mesti marah kt manusia2 ni...

tp lain pulak jadinya org zaman skrg ni...anak2 kecik sanggup dipijak2nye smpai mati...besar sgt ke kesalahan bdk tu smpai didera dan dibunuh sedemikian rupa...budak2 kecik dh jadi mcm bola dh skrg ni...yg herannya, berani buat dpn org ramai plak tu...bapak berani seh...belum selesai berpuluh2 kes buang bayi setiap hari, muncul pulak satu lg fenomena hobi ekstrem yg kian digemari org kita iaitu sepak dan pijak bayi smpai mati...

mngkin manusia2 yg buat ni xde rasa apa2 pun sbb yg didera dan dibunuh tu bukan anak kandung mereka sendiri...tp dimanalah letaknya hati dan perasaan dorg ni...kita pun, kalo nmpk anak kucing melintas, mesti brek emergency punye...anak kucing pun tak snggup nk langgar...ini kan pulak anak org, masyallah...

apo dh jadi ni jang...dunia oh dunia...wallahualam, hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui...pasti ada sbb disebalik perkara2 ini terjadi utk ikhtibar dan renungan kita bersama...