"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Friday, March 5, 2010

apo la nk jadi...

adik syafia humairah sahari...

adik k. haresvarran...

apa kita patut klasifikasikan org yg membunuh anak2 kecil yg tak berdosa ni...? sesetengah org ckp, org mcm ni adalah 'binatang'...sanggup bunuh budak kecik...tp kalo kita slalu tgk rancangan discovery channel yg memaparkan kehidupan haiwan, kita boleh tgk yg binatang pun sayangkan anak...malah ada yg snggup mati bile mempertahankan bayi mereka yg baru lahir ataupun telur2 mereka yg baru menetas...kalo binatang tau pasal kes dera ni, dorg pun mesti marah kt manusia2 ni...

tp lain pulak jadinya org zaman skrg ni...anak2 kecik sanggup dipijak2nye smpai mati...besar sgt ke kesalahan bdk tu smpai didera dan dibunuh sedemikian rupa...budak2 kecik dh jadi mcm bola dh skrg ni...yg herannya, berani buat dpn org ramai plak tu...bapak berani seh...belum selesai berpuluh2 kes buang bayi setiap hari, muncul pulak satu lg fenomena hobi ekstrem yg kian digemari org kita iaitu sepak dan pijak bayi smpai mati...

mngkin manusia2 yg buat ni xde rasa apa2 pun sbb yg didera dan dibunuh tu bukan anak kandung mereka sendiri...tp dimanalah letaknya hati dan perasaan dorg ni...kita pun, kalo nmpk anak kucing melintas, mesti brek emergency punye...anak kucing pun tak snggup nk langgar...ini kan pulak anak org, masyallah...

apo dh jadi ni jang...dunia oh dunia...wallahualam, hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui...pasti ada sbb disebalik perkara2 ini terjadi utk ikhtibar dan renungan kita bersama...

Thursday, February 25, 2010

mari berselawat...

sabda Rasulullah s.a.w: "sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku...dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga..." (riwayat al-sajary daripada anas)...

"sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w)...wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan..." (al-ahzab: 56)...


Kelebihan berselawat:

1) mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w...
2) mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w (dengan izin Allah s.w.t jua)...
3) mendapat keampunan dosa dari Allah...
4) diberi pahala dari Allah s.w.t...
5) mendapat ketenangan jiwa...
6) mendapat rahmat dari Allah s.w.t...
7) mendapat hajat dunia dan akhirat...
8) digembirakan dengan syurga...
9) menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w di akhirat nanti...


nota: justeru, marilah kita sama2 sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...disamping itu, marilah jua kita sama2 berusaha untuk mengikut sunnah2 Baginda yg telah ditinggalkan kepada umat2nya sebagai petunjuk dan ikutan agar tidak tersesat dalam perjalanan, insyallah...

selamat menyambut hari keputraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w @ maulidur rasul 1431 hijrah...

Wednesday, February 24, 2010

re'brand'ing...

pengumuman wahai penjengok2 sekalian...

hari ni, blog aku ni dh bertukar nama daripada "perjalanan...", tukar ke "hijau bumi Tuhan..." maka, nickname aku dlm blog pun akan bertukar ke "hijau bumi Tuhan..." jugak... walaubagaimanapun, address blog ini masih lg sama iaitu, http://nurazlanshahbinadam.blogspot.com...

nota: ini adalah untuk makluman tuan2, puan2, dan penjengok2 sahaja...saje je tukar nama...rebranding la konon2, haha...tp isi tetap sama, dan penulisnya pun tetap org yg sama, hehe...

Tuesday, February 23, 2010

al-fatihah...

ucapan takziah diucapkan kepada rakan sekelasku dan rakan se'outdoor team'ku iaitu pn. fairulfauziema @ kak ema @ manjung d' kejo diatas kepulangan ayahanda beliau ke rahmatullah pagi td...marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga roh allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan org2 yg beriman dan ditempatkan di dalam syurga Allah s.w.t...

kpd k. ema: bnykkan bersabar dan beristighfar...Allah lebih menyayangi arwah, insyallah...

Monday, February 22, 2010

captain jack's wedding...

dengan doa tulus ikhlas...semoga berkekalan, gembira dan bahagia hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat...semoga dikurniakan keluarga yang bahagia, anak2 yg soleh dan solehah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...terima kasih diatas undangan...tahniah dan selamat pengantin baru buat saudara mohd rafsan saadun @ shawn @ hakikat rimba @ capt. jack sparrow...

berseri-seri si merpati 2 sejoli...


pengapit control ensem & control cun, hehehe...

"kami dari keluarga PERLU, mengucapkan selamaaattt pengantin baruuuuu......."

nota: shon, aku tnggu kemunculan jack sparrow jr, haha...lepaih ni standby serang umah cik sue plak kt beranang, insyallah...hehe