"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Tuesday, September 28, 2010

ini boleh mendatangkan marah...


bukan susah sgt pun nk bg signal sblum belok...suis signal tu btol2 dekat dgn stering kereta...cuma perlu tolak ke atas bila nk belok kiri, dan tolak ke bawah bila nk belok kanan...lepas belok, tak perlu susah2 nk off balik signal tu...dia akan off sendiri bila stering dh tegak...bersusah payah engineer kereta ni memikirkan teknologi utk buat signal kereta tu semata-mata utk keselamatan semua pengguna jlnraya...tp malangnya ramai lg pemandu yg tak reti nk bagi signal bila nk belok...

adakalanya bile berhadapan dgn pemandu2 spt ini, boleh naik darah dibuatnye...mana taknye, kadang2 sampai kena emergency break...di samping mengundang bahaya kpd org lain, ia juga dpt meningkatkan tahap kemarahan pemandu lain ke tahap maksima...lalu terkeluarlah cacian dan maki hamun kpd pemandu 'bodoh' tersebut...tp dia bukan dgr pun, kita je dok maki sorg2 dlm keta, haha...tak pasal2 je dpt dosa kering...

seringkali penunggang motosikal yg menjadi mangsa...dah la tak reti bg signal, cermin blkg pun tak reti nk tengok...tiba2 teruih je belok...mmg 'bodoh' lagi 'mangkuk hayun' org2 sebegini rupa...bukan saja pemandu2 baru, malah pemandu2 lama pun ramai yg 'bengong'...mngkin bile dorg pasang signal, minyak kereta akan kurang kot...sbb tu la susah sgt nk bg signal...ntah la, bukan la nk berdoa benda2 buruk...tp kalo kena dkt diri sndiri atau insan2 yg terdekat, baru dorg nk sedar kot...

kpd pemandu2 'mangkuk hayun' sekalian...tolong la ubah cara pemanduan tu...anda menyusahkan pengguna jlnraya yg lain...kalo anda masih teruskan perangai 'bahalol' ni, setiap pengguna jln raya yg lain akan menyumpah seranah anda...bayangkanlah dalam satu hari, 3 org ckp anda 'bodoh'...kalo sebulan atau setahun, dh berapa bnyk 'bodoh' yg anda dpt...mngkin sbb tu anda jadi btol2 'bodoh' smpai ke tua tak reti nk bg signal bile bwk kereta...wallahualam...

nota: jgn contohi mr. bean yg bwk kereta sesuka hati mcm jlnraya tu mak bapak dia yg punya...kalo ye pun mak bapak korg kerja kt JKR atau yg tukang buat jalan tu, tak bermakna jlnraya tu mak bapak tiri atuk cucu nenek sedara pakcik belah ipar ko yg punye...ada pahaammm...

Monday, September 27, 2010

selamat berjuang...


selamat berjuang diucapkan kepada semua atlet negara dari sukan akuatik, memanah, olahraga, badminton, tinju, berbasikal, gimnastik, hoki, lawn bowls, ping pong, menembak, skuasy, ragbi dan tiga acara paralimpik dalam menggalas harapan negara ke temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India pada 3 - 1 4 oktober 2010 ini...harapan agar sasaran pingat dapat dicapai dan seterusnya mencapai kejayaan yg lebih baik dari temasya sebelum ini...

kami seluruh warga sukan khasnya, dan warga Malaysia amnya, mendoakan keselamatan dan kejayaan anda semua...

Wednesday, September 8, 2010

salam aidifitri 1431 hijriah...


sempena aidilfitri 1431 hijriah ini, saya memohon ampun dan maaf di atas segala dosa dan ketelanjuran masa lampau kpd semua yg mengenali diri ini...mohon dihalalkan segala ilmu, makan dan minum yg telah diberikan...saya juga dgn hati yg terbuka memaafkan segala kesilapan sesiapa sahaja kenalan2...semoga aidilfitri kali ini meninggalkan kenangan yg manis buat kita disamping insan tersayang, insyallah...

perkara2 sunat menjelang aidilfitri :

  • memperbanyakkan takbir (dari malam raya, hingga pagi raya)...
  • mandi sunat aidilfitri...
  • memakai pakaian yg terbaik yg dimiliki...
  • memakai bau-bauan yg harum (khusus bg lelaki)...
  • menjamah sedikit makanan sblum ke masjid...
  • jika berkemampuan, digalakkan berjalan kaki ke masjid...
  • pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yg berbeza...
  • solat sunat aidilfitri...
  • mendengar khutbah aidilfitri...
  • menziarahi jiran & sanak saudara...
  • mengucapkan slmt dan mendoakan satu sama lain dgn ucapan "taqabballahhu minna wa minkum" yg bermaksud, semoga Allah menerima amalan (ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu...
  • bergembira di hari raya...
sama2lah kita berusaha mengamalkan perkara2 sunat ini menjelang aidilfitri kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW...semoga aidilfitri kali ini lebih indah dan diberkati Allah SWT...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H...taqabballahhu minna wa minkum..."

Tuesday, September 7, 2010

bersabarlah saudaraku...

banjir @ Pakistan...

ya Allah…
di bulan yg mulia ini, Engkau kasihanilah saudara2 kami ini…selamatkanlah mereka dari dugaan-Mu ini...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan bala bencana kpd mereka...Engkau ampunkanlah dosa2 mereka di atas segala kezaliman yg telah mereka lakukan...kurangkanlah penderitaan kpd mereka yg beriman kepada-Mu...dan turunkanlah bala-Mu hanya kpd mereka yg derhaka kpd-Mu...

ya Allah...
sekiranya kejadian ini merupakan satu ujian dari-Mu kpd mereka di bulan yg mulia ini...maka Engkau golongkanlah mereka dikalangan org2 yg bersabar...tingkatkanlah keimanan mereka utk menempuhi segala ujian dari-Mu...janganlah Engkau golongkan mereka dikalangan org2 yg tidak bersyukur...

ya Allah...
sesungguhnya mereka adalah saudara2 kami...justeru, kami menadah tangan memohon rahmat-Mu agar mereka dpt menyambut hari mulia dgn hati yg gembira...kurniakanlah rahmat dan hidayah-Mu kpd mereka...sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala apa yg telah Engkau takdirkan...

amin ya Rabbal alamin...

nota: dikala kita bersuka ria menyambut hari mulia...masih ramai saudara kita menanggung derita, lapar dan dahaga...jgnlah kita lupa kpd mereka...sekurang2nya, kirimkanlah sekelumit doa, moga2 diringankan penderitaan mereka, insyallah...seharusnya kita perlu menadah tangan bersyukur di atas rezeki yg dikurniakan-Nya kpd kita...