"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, May 27, 2009

champion league final...

walaupun tak sokong mane2, tp tgk jugak lah...game mesti best nih...aduh, rabak la mata nk gi keje esok, huhu...next season, arsenal mesti champion punye..."keyakinan kena tinggi beb", huahaha...;p

Monday, May 25, 2009

gong badak...

kejohanan remaja kebangsaan U25, singles & pairs 2009…
sukan lawn bowls...
21 – 24 mei 2009...
kompleks sukan gong badak, kuala terengganu…

alhamdulillah, pasukan kebangsaan (elit & pelapis) telah berjaya mendominasi kejohanan tersebut...bagi acara singles (lelaki), johan telah dimenangi oleh pasukan pelapis kebangsaan, manakala acara singles (wanita) menyaksikan pasukan elit kebangsaan telah berjaya merangkul johan...pasukan elit kebangsaan juga telah berjaya merangkul johan dan naib johan bagi acara pairs (lelaki & wanita)...

tahniah diucapkan kepada jurulatih2 dan atlet2 elit & pelapis kebangsaan yg berjaya dlm kejohanan tersebut...semoga kejayaan ini menjadi pendorong serta menyuntik semangat bagi membawa misi negara ke kejohanan asia pacific 2009 pada bln ogos akan dtg, insyallah...selamat berjuang ke arah kecemerlangan sukan tanah air...malaysia boleh...

nota: dlm bnyk2 trip gi terengganu, ni lah first time pegi sana, tp tak dpt pegi pasar payang ngan losong...abis masa kt pdg je...tak dpt nk beli kepok lekor, huuaaaa....

bersama skuad lawn bowls kebangsaan...

Wednesday, May 20, 2009

slmt hari jadi mak...

selamat hari jadi buat mak yg tercinta dan sgt disayangi...hari ni genaplah usia beliau 51 tahun...syukur ke-hadrat Ilahi kerana msih memanjangkan umur dan memberi kesihatan kpd mak, alhamdulillah...terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih syg yg mak berikan pada sy selama ni...mmg x terbalas sgala pengorbanan tersebut...mak adalah insan terbaik dlm hidup sy...selagi sy waras dan boleh berfikir, takkan pernah sy melupakan mak walau dimana sekalipun...

insyallah sy akan menjaga mak sedaya yg mngkin...sy akan sentiasa mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan mak hingga akhir hayat sy..."itu janji sy pada mak..." sy amat bersyukur dikurniakan ibu mithali seperti mak...insyallah, sy takkan biarkan air mata mak mengalir akibat kekecewaan...malah, sy akan berusaha untuk membuatkan mak menitiskan air mata gembira dan bangga dgn kejayaan anak2nya...takkan sy sia-siakan pengorbanan mak mengandungkan sy selama 9 bulan dan membesarkan sy hingga ke hari ini...

"ya ALLAH, ampunkanlah dosa ibuku...jadikanlah dia ibu yg mithali...pnjgkanlah umurnya, berkatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya, kurniakanlah kekuatan padanya utk terus beribadat kpd-Mu ya ALLAH...sayangilah dia sepertimana dia menyayangi ku semasa aku kecil dahulu...jauhilah dia dari sebarang kesusahan, kesakitan, masalah dan sebagainya... sesungguhnya aku amat-amat menyayangi ibuku..."

"abg sayang mak..."


nota: hargailah kurniaan dari-Nya yg cukup berharga iaitu ibu dan bapa...jgnlah sekali pun kita sia-siakan mereka...kelak nnti kita akan menyesal sekiranya Tuhan mengambil mereka semula...syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu...

Monday, May 18, 2009

tahniah nina & yanto...

bergambar bersama pengantin...

selamat pengantin baru buat nina dan yanto yg selamat diijab kabulkan pada 16 mei yg lepas... trima kasih diatas undangan...smoga berkekalan hingga akhir hayat dan berbahagia hingga ke anak cucu, insyallah...

Wednesday, May 13, 2009

bersatulah...

konvensyen yg julung2 kali diadakan ini mendapat sambutan yg amat menggalakkan… konvensyen selama satu hari ini bnyk memberi input2 yg berguna terutama dari segi sejarah, punca, taktik2, dan perancangan zionis celaka ini...konvensyen yg bertajuk 'berakhirnya agenda zionis' anjuran aman palestin dan persatuan belia islam nasional (pembina) yg berlangsung di dewan merdeka, pwtc pada 9 mei yg lalu merupakan satu usaha yg amat baik dlm menyampaikan informasi disamping berdakwah dlm usaha meningkatkan lagi kesedaran rkyt negara ini tentang betapa pentingnya kita memperjuangkan nasib saudara2 kita yg ditindas di bumi palestin...syarahan dan pidato yg disampaikan oleh panel2 tersebut amat berkobar-kobar...semangat jihad yg ditiupkan oleh mereka membuatkan aku terasa ingin sgt untuk berjihad di bumi gaza...adakala terpikir, alangkah ruginya aku tidak dilahirkan di bumi palestin...antara bumi suci umat islam...

walaubgmanapun, bukanlah berjihad di bumi palestin yg ditekankan dlm konvensyen ini...mereka juga tahu, jika kita kesana, seolah2 menyerah diri sahaja kepada peluru2 rejim zionis itu...namun, apa yg diminta adalah bersatu, bersatu dan bersatu...perpecahan sesama umat islam dewasa ini merupakan punca utama zionis ini semakin kurang ajar dan berleluasa...kejatuhan kerajaan othmaniyyah pada kurun ke-12 juga berpunca dari perpecahan...dari saat itu, umat islam terus berpecah menjadi negara2 islam yg lebih kecil seperti arab saudi, kuwait, jordan, palestin dan sebagainya yg kini menjadi boneka kpd amerika dan sekutu2nya...apabila ditanya kepada org israel samada mereka tidak takutkah kpd umat islam yg ramai di dunia ini...mereka menjawab, "kami akan takut pada islam sekiranya umat islam mula solat subuh seperti solat jumaat..." agak2nya, mngkinkah akan terjadi dinegara kita, solat subuh seperti solat jumaat...? wallahualam...

namun, apalah sgt yg kita dpt bantu selain doa dan sumbangan2 yg diberikan kepada mereka...sedangkan negara2 arab yg lain pun hanya menutup sebelah mata...takkan kita nk tnggu imam mahadi turun untuk selamatkan umat islam dari dajjal dan yakjud makjud baru kita nk brtindak...kalo mcm tu, x perlulah umat islam di dunia ni berjuang ke jalan Allah SWT sekiranya hanya mengharapkan turunnya imam mahadi...bersatulah saudara islam ku...hentikan perpecahan, toksahlah asyik nk berebut kuasa, berebut jawatan, berebut pangkat, berebut harta, berebut negeri...akhir skali, bangsa dan agama tergadai...
sama2lah kita fikir...aku cuma menyampaikan apa yg aku dengar dan dapat...smoga ianya bermanfaat, insyallah...bak kata nabil, "kita pikirlah sendiri..."


Friday, May 8, 2009

suka dan duka...

suka...

paksu dan maksu (adik mak) yg menetap di ipoh, telah mendapat cahaya mata yg ke-4 pada hari rabu lepas...bayi lelaki telah selamat di'bersalin'kan oleh doktor dan nurse2 di hospital ipoh tepat jam 7.00 pagi...comelnye, hehe...dpt lg sorg sepupu baru, alhamdulillah...tahniah buat paksu dan maksu...smoga bertambah2 lg rezeki dan sepupu kami, haha...

duka...

hari yg sama, sepupu mak (kira pangkat pak menakan aku la) telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di beruas, perak...beliau meninggal dunia kira2 jam 11.00 mlm hari sebelumnya akibat sakit tua...semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh, insyallah...salam takziah buat keluarga allahyarham pak jalil...semoga tabah dan redha dgn ketentuan Ilahi...

*hari tersebut, aku terpaksa EL (emergency leave) sbb nk melawat keluarga arwah...alang2 dh smpai beruas, teruih je ke ipoh nengok sepupu baru...

Thursday, May 7, 2009

ragut...

Kes terbaru:

1) wanita hamil 2 bulan maut diragut…
2) wanita hamil 3 bulan maut diragut...
3) nenek 86 tahun maut angkara peragut...

apa la nk jadi skrg ni...mana la dtgnya insan2 yg tak berhati perut ni...para peragut ini telah menunjukkan sifat kebinatangan yg sgt tidak boleh diterima...kalo dulu, peragut ni cuma meragut brg je, tp skrg ni dgn nyawa2 pun dia ragut skali...berape punye cilake la prangai manusia2 ni... agak2nya, apakah punca sebenar kejadian ni...? cuba kita tgk beberapa punca yg sering di kaitkan dgn gejala celaka ni:

1) kurang didikan agama dan moral...
2) kurang didikan dan pengawasan ibubapa...
3) keadaan kewangan yg sempit dan terdesak...
4) tiada pekerjaan...
5) pengaruh rakan2...
6) penguatkuasaan undang2 yg longgar
7) siksaan tak berat sekiranya tertangkap
8) saje suka2 / hobi...
9) dah ajal org yg kena ragut tu / takdir...
10) langkah2 keselamatan tak diambil oleh yg diragut


mungkin inilah sbb musabab belakunya kes2 ragut ni...mmg inilah yg selalu kita dgr pendapat2 dari bnyk pihak sekiranya berlaku kes2 mcm ni...ntah la, sape yg harus di salahkan sebenarnya...skrg ni mmg peragut2 ni dok attack pompuan, makcik2 dan nenek2 tua yg senang dijadikan mangsa...kalau yg diragut tu maut, satu hal lah...yg geramnye, anak2 yg kecil pun akan jadi mangsa kehilangan ibu tercinta dikala mereka sgt memerlukannya...bygkan lah mcmmane prasaan anak2 dan suami mangsa tersebut...mane la letaknye peri kemanusiaan peragut2 ni...ke mmg dh xde perasaan dh...

bnyk sbb yg kita boleh nmpk...tp yg kita tak nmpk pun mngkin ada jgak...mngkin ini salah satu bala dari ALLAH SWT yg kita x prasan sbnrnya...mngkin Dia turunkan org2 seperti ni untuk memberi pengajaran pada masyarakat kita yg semakin hari semakin jauh dari-Nya...ini termasuklah gejala2 sosial yg melanda anak2 muda skrg...sbnrnya ini semua bala dari ALLAH SWT sbb kita sibuk dok crita hal dunia saja...sibuk dok berebut jawatan, berebut kuasa, berebut harta sehingga agama diabaikan, menolak ajaran yg dh ditulis oleh-Nya di dlm Al-Quran dan sbgbya...so, ni lah jadinya...dari luaran, nmpk negara kita mcm aman sentosa...tp di dalam, duduk umah sendiri pun bleh kena ragut...bak kata nabil, "kita pikirlah sendiri..."

"kepada org ramai terutama wanita2 yg menjadi target peragut2 ni...toksah la syg sgt dgn beg tu...kalo kena tarik, lepas je la...jgn le bwk duit bnyk2 sgt...kdang2 tindakan utk mempertahankan beg tu yg menyebabkan anda terkorban...lagi satu, kalo jln sorg2, toksah le tayang rantai n gelang emas tu...bukak, simpan je...biar org kata tak berduit, tp slamat, insyallah..."

"kepada para peragut yg celaka lg lahanat, walaupun aku tau korg takkan baca blog aku ni, tp aku nk bgtau kt korg...hentikanlah perbuatan ni, udah2 le tu...korg tu menyusahkan org tau tak...kalo terrer sgt, gi la rompak bank ke, hi-jack kapal terbang ke, baru la pueh hati jadi kaya trus...ini ko layan makcik2 n nenek2 tua tu wtpe, xde telor ke...hari ni ko ragut, esok dh abis dh duit tu...x berbaloi lngsung...anjing pun tolong org kejar pencuri tau...korg ni mmg lg hila dari taik anjing, cilako, buduh..."

* maaf sekiranya coretan kali ni agak 18SX dan 18SG...nk lepas geram punye pasal, haha...

champions league 09...

semi final:

ARS (1) vs M.U (4)
BARCA (1 - away goal) vs CHLSEA (1)

final:

BARCA vs M.U


*arsenal kalah lagi, hampeh...kecewa siot...xpe, cuba lg next season, huhu...

Monday, May 4, 2009

hari pekerja 2009

perhimpunan hari pekerja 2009...
2 mei 2009...
stadium putra, bukit jalil...
"keranamu, malaysia maju..."

sekitar perhimpunan hari pekerja 2009 (kontigen majlis sukan negara...)


*sekali warna baju mcm safety jaket daa, huhu...