"let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil,
and they are those who are successful..." (3:104)

Wednesday, December 31, 2008

kecundang di tengah jalan...

sedih ada, malu ada, rasa rugi pun ada bila mengenangkan nasib yg telah menimpa...mungkin bukan rezeki ku kali ni...ataupun mngkin juga akibat kesilapan diri sendiri yg agak leka dan kurang bersungguh2...wlaubgmanapun itulah hakikatnya...aku x dpt meneruskan pelajaranku diperingkat sarjana sains sukan di UiTM Shah Alam apabila keputusan yg keluar baru2 ini menyaksikan aku telah gagal dan diberhentikan dari kursus tersebut...

mmg agak teruk keputusanku utk semester yg lepas...mngkin ini satu lagi pengajaran dari-Nya utk aku muhasabah diri kembali...insyallah, aku akan terima dgn hati yg tenang dan terbuka... bukan salah org lain pun, salah diri sendiri jgak...aku percaya, keputusan ini juga telah mengecewakan beberapa pihak terutamanya ibubapaku sndiri...walaupun mereka tak menunjukkan sgt reaksi kecewa, tp aku pasti mereka kecewa..."maafkan saya mak, ayah..."

utk jangka masa terdekat ni, aku masih belum merancang utk menyambung semula...skrg ni, nk fokuskan pada kerjaya dahulu...kalau ada rezki dan diizinkan ALLAH swt, aku akan teruskan cita2 ini pada masa akan dtg...semangat utk mendapatkannya masih menebal dlm hati ini...namun, masa yg akan menentukannya...insyallah, aku akan cuba lg...

cuti oh cuti...

lama gak aku ambil cuti utk habiskan baki cuti aku utk tahun ni...dari 22hb hari tu, smpai la 31hb ni...tp kadang2 tu dtg gak opis, saje tgk kot2 ada keje yg perlu di setelkan...hari ni pun masuk opis gak, dh lama sgt tak jengok blog...dh bnyk ketinggalan crita2 mengenai shbt2...bnyk episod suka dan duka perjalanan hidup ini dlm tempoh 2,3 minggu kebelakangan ni...

lagi beberapa jam lg, kita akan melangkah ke tahun baru 2009...maka bermulalah satu lg episod perjalanan sebuah kehidupan ini...dlm masa cuti ni, dh biasa bangun lewat...biasanya lepas subuh terus tido blk smpai kol 9, 10 pagi...pasni kena la bangun awal blk, haha...smoga tahun akan dtg akan lebih baik dari tahun2 sebelum ini, insyallah...

Tuesday, December 9, 2008

salam aidiladha...


selamat menyambut hari raya aidiladha @ hari raya korban 1429 hijrah...sama2lah kita berkorban ke jalan ALLAH swt...smoga segala pengorbanan yg telah dilakukan, diberkati oleh-Nya, insyallah...

Wednesday, December 3, 2008

tahniah sahabat...

sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada sahabat2 dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam diatas kejayaan menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-69 UiTM

tahniah kepada ustat @ barakah, abe @ andaiku tahu, mus @ w.g.t.e, mie @ tropic puppet, dan sahabat2 yg lain…smoga sgala ilmu yg diperolehi diberkati-Nya serta dpt digunapakai dan dipraktikkan di masa akan datang demi kemajuan agama, bangsa dan negara, (ceewah ayat, hehe)...

selamat bergelar 'alumni UiTM'...

Monday, December 1, 2008

s.u.a @ a.u.g 2008


Sukan Universiti Asean ke-14 2008
11 - 21 Disember 2008
Kuala Lumpur, Malaysia

aku telah mendapat amanah dari bos utk melibatkan diri dlm temasya sukan ni sbg sekretariat bersama2 Majlis Sukan Universiti2 Malaysia (MASUM) dibwh bahagian persediaan atlet...aku merupakan wakil tunggal dari MSN sbg sekretariat...yg lain pun ada terlibat, tp kebanyakan mnjadi jurulatih dan pengurus pasukan...

bermula dari 27hb Nov hingga 7hb Dis ni, kem centralized training di UPM...pastu, rehat jap raye haji...pastu 9hb smpai 21hb Dis, bermulalah cabaran kontinjen Malaysia ke kejohanan tersebut...sama2lah kita mendoakan kecemerlangan kontinjen negara dan sama2lah kita menjayakan Sukan Universiti Asean ke-14 2008 ini... "Malaysia Power"...